Skip to main content

Rakyat sememangnya mengundi BN!

Rakyat sememangnya mengundi BN! Tetapi rakyat yang bagaimana? Kelas marhaen? Atau rakyat kelas elitis? Dari segi makna rakyat adalah merujuk kepada (1) seluruh penduduk sesebuah negara, (2) anak buah, orang-orang sebawahan, dan (3) orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa (Kamus Dewan, 1993).


Pada kemungkinan, rakyat yang mengundi BN ialah (2) anak buah, orang-orang sebawahan, dan (3) orang kebanyakan, orang ramai, dan orang biasa. Manakala (1) seluruh penduduk (rakyat) di negara ini belum pasti mengundi BN lebih-lebih lagi rakyat kelas elitis. Apakah anak-anak buah, orang-orang sebawahan, orang kebanyakan, orang ramai, dan orang biasa hanya mengundi BN atau sememangnya mengundi BN?

Barisan Nasional (BN) merupakan parti kerajaan pemerintah yang telah lama berkuasa. Sebagai sebuah parti yang telah lama berkuasa, sudah semestinya BN memiliki apparatus (seperti wang dan ISA) dan apparatchik (seperti Polis di-Raja Malaysia) politik agar kehogomonian politik sentiasa terjamin sama ada untuk hari ini, esok, sebelum PRU-13, atau selepas PRU-13.

Manakala pakatan parti pembangkang (DAP-PKR-PAS) yang sedang “tenat politk” sekarang ini pula tidak memiliki apa-apa melainkan pasukan demonstrasi jalanan. Pakatan parti pembankang, walaupun telah lama membangkang tidak akan mencapai apa yang dimiliki oleh BN (apparatus dan apparatchik). Untuk memiliki apparatus dan apparatchik sebagaimana BN, pakatan parti pembangkang terlebih dahulu perlu memenangi hati nurani rakyat, memerintah dan mentadbir, dan mengurus hasil perbendaharaan negara dan memungut cukai.

Rakyat kelas marhaen, jika diberikan dua pilihan antara BN dan pakatan parti pembangkang, tentunya mereka akan memilih BN daripada memilih pakatan parti pembangkang. Rakyat sama ada kelas elitis mahupun kelas marhaen sememangnya sudah memahami bahawa pakatan parti pembangkang tidak memiliki apa-apa yang mampu menjamin nasib dan adu mereka walaupun BN ditunggangi oleh koruptor dan politkus menikus yang membadut.

Tiada apa yang perlu dihairankan sekiranya pemimpin-peminpin tertinggi BN membuat kenyataan media bahawa “rakyat mengundi Barisan Nasional (BN).” Apa yang jelas rakyat sememangnya mengundi BN. Bagi rakyat, kelas marhaen terutamanya, mengundi BN adalah menentukan nasib sendiri dan anak cucu di masa hadapan. Ini kerana pemimpin-pemimpin BN telah menjelaskan secara tuntas kepada mereka bahawa hanya BN yang mampu membela nasib dan mendengar adu mereka.

Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan, BN telah mengalami kekalahan walau bagaimanapun ia tetap membela nasib dengan menunaikan janji yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya kecil rakyat dan mendengar adu rakyat. Parti pakatan pembangkang kemungkinan tidak akan dapat melakukan apa yang dilakukan oleh BN. Oleh yang demikian, rakyat, kelas marhaen terutamanya, perlu memangkah kertas undi parti kerajaan yang memerintah setiap kali pilihan raya dalam memilih wakil rakyat walaupun wakil rakyat yang dipilih itu kelas politikus menikus dan koruptor. Dengan berbuat demikian barulah “rakyat mengundi Barisan Nasional (BN).”

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.