Skip to main content

Ada apa pada nama?

Manifesto Perdana Menteri Najib ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Adalah diyakini bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Dato’ Seri Najib bukanlah gagasan yang diilham daripada gagasan Malaysia Malaysian. Jauh sekali daripada gagasan yang dibawa oleh Ehud Barak, ישראל אחת‎ (Yisrael Ahat). Ia hanya cuma menyerupai “One Israel.”


Berdasarkan perbandingan kasar, gagasan One Israel adalah berteraskan pada pendirian politik yang sederhana di samping mengurang reputasi sekularis dan elitis dalam politik untuk mengwujudkan perpaduan politik dalam negara. Manakala gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah berteraskan pada pengekalan dan peningkatan perpaduan di dalam kepelbagaian. Jauh panggang dari api, tetapi adakalanya panggang memerlukan api.

Tidak diketahui secara tersurat mahupun tersirat sama ada Ehud Barak atau mana-mana pemimpin politik negara Yahudi laknatullah ada membuat kenyataan secara tertutup atau terbuka berkaitan dengan manifesto Perdana Menteri Najib, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Mungkin disebabkan kerana Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Jikalau pun ada mana-mana pemimpin politik negara Yahudi laknatullah membuat kenyataan berkaitan dengan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, ia mungkin disenyapkan oleh kerajaan yang memerintah dan media tanah-air agar supaya tidak wujud spekulasi berkaitan “1Malaysia” dan “One Israel.

Walaubagaimana pun tidak ada yang perlu digusarkan. 1Malaysia hanya menyerupai “One Israel.” Ada apa pada nama? Lagipun tidak semua rakyat Malaysia mengetahui atau memahami konsep gagasan 1Malaysia walaupun apparatchik dan apparatus kerajaan yang memerintah berhempas pulas menjelaskan konsep gagasan 1Malaysia. Inikan pula konsep One Israel.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.