Skip to main content

"Merakyatkan UMNO"

Langkah pembaharuan yang diambil UMNO menerusi pindaan perlembagaan dan penghapusan sistem kuota merupakan langkah paling drastik dan berani dalam usaha merakyatkan UMNO. “Merakyatkan UMNO” tidak wajar diperkatakan. Ini kerana UMNO sememangnya lahir dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat, bukannya lahir secara ajaib dari Bukit Siguntang atau lahir dari muntah jin.


Pemimpin-pemimpin UMNO barangkali beranggapan UMNO bukannya parti rakyat lebih-lebih lagi beranggapan rakyat tidak berperanan langsung dalam penubuhan dan pergerakan UMNO. Maka tanggapan “merakyatkan UMNO” kena dan tepat pada masanya untuk diperkatakan. Jauh sekali menyedari UMNO ditolak rakyat kerana tidak bersifat dan berfahaman rakyat.

Terdapat dua perkara pokok yang harus ditelusuri secara ikhlas untuk dijadikan renungang bersama. Untuk apa UMNO perlu meminda perlemabagaan dan menghapus sistem sistem kuota? Adakah kerana nasib dan masa depan pemimpin dan ahli UMNO semata? Atau adakah kerana rakyat semata?

Seandainya kerana nasib dan masa depan pemimpin UMNO semata maka UMNO bakal mengulangi peristiwa Mac 2008. Seandainya bukan kerana nasib dan masa depan pemimpin dan ahli UMNO, kerana rakyat semata, maka berduyun-duyunlah rakyat datang memangkah kertas undi parti kerajaan yang memerintah (UMNO/BN) pada pilihan raya.

Malang dan nasib UMNO dan masa depan UMNO adalah di tangan rakyat bukannya di tangan pemimpin dan ahli UMNO. Rakyat tidak sama sekali memberi malang kepada UMNO. Hanya pemimpin dan ahli UMNO yang memberi malang kepada UMNO.

Pemimpin dan ahli UMNO mutakhir ini sudah gagal memahami apa itu UMNO dan UMNO itu untuk apa. Barangkali masih ada di kalangan pemimpin dan ahli UMNO buta sejarah penubuhan dan pergerakan UMNO. Barangkali masih ada di kalangan pemimpin dan ahli UMNO tidak tahu dan faham Perlembagaan UMNO satu persatu. Seandainya UMNO mengadakan peperiksaan berpusat untuk pemimpin dan ahli UMNO, barangkali ramai di kalangan pemimpin dan ahli UMNO tewas di atas kertas peperiksaan.

Tidak mengapa jika kegagalan memahami apa itu UMNO dan UMNO itu untuk apa disebabkan oleh kemampuan akal yang tidak seberapa. Sebab itu lebih munasabah jika dibandingkan dengan kegagalan pemimpin dan ahli UMNO memahami apa itu UMNO dan UMNO itu untuk apa yang disebabkan sikap jahil pemimpin dan ahli UMNO memahami apa itu UMNO dan UMNO itu untuk apa.

Untuk mengembalikan UMNO ke pangkuan rakyat, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu bertapa di dalam gua Bukit Setugal (tempat persembunyian Pak Belalang) atau pergi bertapa ke gua Ali Baba dan empat puluh pemnyamun. Cukuplah sekadar mengetahui dan memahami apa itu UMNO dan UMNO itu untuk apa, dan memahami apa itu rakyat dan rakyat itu untuk apa.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.