Skip to main content

Kenaikan harga rokok

Kenaikan harga rokok mungkin sesuatu yang di luar jangkaan kerana kenaikan harga rokok telah dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun. Abdullah Ahmad Badawi. Pada sesi pembentangan Belanjawan 2009, duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak RM 0.03 sen dan harga baru sebatang rokok selepas kenaikan ialah RM 0.18 sen. Manakala cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang memerintah terhadap 20 batang rokok ialah RM 0.60 sen. Kenaikan harga rokok pada paras tertinggi belum tentu menggerunkan penghisap rokok tegar di samping mengurang dan membuang tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.


Antara harga rokok yang dinaikkan ialah Dunhill Fine Cut 20 RM10 sekotak, Dunhill 20 (RM9.30), Dunhill 14 (RM6.90), Kent 20 (RM9.30) dan Kent 14 (RM6.90). Jenama rokok lain yang turut dinaikkan ialah Pall Mall Plain 20 (RM9.70), Pall Mall 20 (RM7.80), Pall Mall 18 (RM7.00), Pall Mall 14 (RM5.80), Pall Mall 25 (RM9.70). Manakala Benson & Hedges 20 (RM9.30) dan Benson & Hedges 14 (RM6.90).

Buat masa ini belum lagi ada kajian di buat mengenai kecenderungan kerajaan yang memerintah menaikan harga rokok. Dari sudut pemangkinan ekonomi, menaikan harga rokok bertepatan dengan hukum penawaran, monopoli, dan permintaan. Pihak yang memberi penawaran dan monopoli adalah pihak kerajaan yang memerintah dan industri (pengeluar rokok). Manakala pihak yang membuat permintaan adalah rakyat kelas biasa.

Apabila pihak yang membuat penawaran dan pihak industri memonopoli pasaran rokok tempatan, maka kedua-dua pihak terbabit akan cuba mengawal dan menaikkan harga rokok yang ditawarkan. Apabila pihak yang membuat penawaran dan pihak industri berjaya menaikkan harga rokok dengan sebaik mungkin, pihak yang membuat permintaan pastinya akan meningkatkan lagi tahap kuasa beli dengan sedaya upaya.

Walaupun dari sudut ekonomi, menaikkan harga rokok adalah bertepatan, namun ia sama sekali bercanggah dengan sudut integriti amalan kita. Kerajaan yang memerintah, ahli bijak pandai yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah, dan rakyat jelata pastinya sedia maklum akan bahaya dan kesan mudarat rokok terhadap kesihatan. Malah kerajaan yang memerintah melalui Kementerian Kesihatan akan sentiasa memastikan setiap sekotak rokok disertai cetakan label amaran kesihatan oleh Kerajaan Malaysia sebagai tanda keperihatinan kerajaan yang memerintah terhadap penjagaan kesihatan. Maka adalah lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang seandainya kerajaan yang memerintah mengharamkan rokok di negara ini sama sekali. Menaikkan harga rokok bukannya mengharamkan rokok adalah amalan yang tidak berintegriti.

Kejayaan kerajaan yang memerintah menaikkan harga rokok juga menunjukkan dan membuktikan bahawa Kementerian Kesihatan tidak bersikap telus terhadap soal penjagaan kesihatan. Kementerian Kesihatan dianggap “sihat” sekiranya menjelaskan kepada kerajaan yang memerintah bahawa “merokok membahayakan kesihatan” dan rokok seharusnya diharamkan. Mengharamkan rokok membawa kepada amalan penjagaan kesihatan.

Cigarette for food?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.