Skip to main content

Perasuah dan Dirasuah

Ungkapan “Dunia ini cukup bagi orang yang biasa tetapi tidak bagi orang yang tamak” adalah ungkapan yang telah diungkap oleh bapa kemerdekaan India, Karamchand Mahatma Mohandas Gandhi. Ungkapan ini membenarkan perbezaan di antara orang biasa dan orang yang tamak. Walaupun ada yang menyebut “orang tamak selalu rugi” tetapi pernyataan ini sudah tidak munasabah di era ini yang mana manusia berlumba-lumba memanjat kasta sosial. Adakalanya orang yang tamak tidak akan rugi tetapi orang biasa pula yang sebaliknya.


Salah satu petunjuk agung yang menggambarkan orang yang tamak ialah perasuah dan dirasuah. Sesiapa sahaja boleh menjadi perasuah dan dirasuah atau menjadi kedua-duanya sekali dalam masa yang serentak. Fakta telah membenarkan bahawa perasuah dan dirasuah berada di antara kita, di kalangan kita. Perasuah adakalanya orang politik dan ahli perniagaan dan perdagangan. Yang dirasuah pula adakalanya orang politik, pegawai kanan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), rakyat dan sebagainya.

Namun, rakyat menjadi dirasuah kerana dorongan habuan dan dorongan keadaan yang mendesak. Bagaimanapun, orang politik, ahli perniagaan dan perdagangan, dan pegawai tinggi kerajaan (yang memerintah) selalunya mengungguli carta kekerapan merasuah dan dirasuah. Jika kekerapan merasuah dan dirasuah kalangan ketiga-tiga golongan perasuah dan dirasuah ini rendah, ada kemungkinan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan dinaik taraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apabila BPR dinaik taraf sebagai SPRM, telah menunjukkan bahawa amalan rasuan sudah semacam candu di negara ini. Mungkin ada yang berpendapat bahawa BPR dinaik taraf sebagai SPRM adalah untuk menjadikannya sebagai badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pendapat ini boleh diterima tetapi akan menjadi tidak munasabah sekiranya terdapat kalangan pegawai dan pegawai kanan SPRM sendiri dirasuah oleh perasuah.

Selagi wujud perasuah dan dirasuah di dalam kerajaan dan tangan-tangan kerajaan (Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman), SPRM tidak akan menjadi badan bebas dalam menjunjung dan mendunkung ethos BERSIH, CEKAP, AMANAH. SPRM akan menjadi badan bebas sekiranya perasuah dan dirasuah tidak berada atau tiada di dalam kerajaan yang memerintah dan tangan-tangan kerajaan yang memerintah.

Perilaku dan tingkah laku perasuah dan dirasuah sememangnya memudaratkan negara terutamanya rakyat jelata. Kesan daripada perilaku dan tingkah laku perasuah dan dirasuah menyebabkan hak rakyat jelata dinafikan secara senyap. Manakala hak membela diri perasuah dan dirasuah sentiasa pula dibela oleh “palu hakim” di mahkamah pebicaraan. Rakyat mempunyai hak ke atas asset-aset bernilai mega negara seperti MMR2, yang mana pembinaannya menggunakan wang rakyat.

Infrastruktur yang dibina pada kos berskala mega, pada kebiasaanya atau formalitinya memiliki kualiti dan tahap keselamatan yang maksimum. Tidak menjadi sesuatu yang sia sekiranya berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk pembinaan infrastruktur yang mana hasilnya cemerlang, gemilang, terbilang. Namun jika sebaliknya, maka wang rakyat yang dibelanjakan itu menjadi suatu yang sia walaupun ia dinamakan atas nama “negara.”

Kes berprofil tinggi seperti kes MMR2, PKFZ, dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh disifatkan sebagai satu siri kejayaan perilaku dan tingkah laku perasuah dan dirasuah. Kegagalan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak lain yang berkaitan menyiasat kes berprofil tinggi tersebut pasti akan melonjakkan lagi kedudukan Malaysia di dalam Carta Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa ke kedudukan 5.0 ke bawah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.