Skip to main content

Umno-PAS-PKR

Umno/BN-PAS-PKR, ketiga-tiganya parti politik Melayu. PAS sememangnya parti politik pembangkang Melayu sejak era Tunku Abdul Rahman lagi. Manakala, PKR, pengasas dan ketua umumnya, dulunya politikus Umno/BN. Adakah kebercakaran di antara ketiga-tiga parti politik Melayu ini telah menyebabkan orang Melayu berada di dalam keadaan berpuak-puak? Adakah orang Melayu kembali bersatu teguh semula sekiranya Umno-PAS-PKR wujud dalam satu parti?


Apabila Umno-PAS-PKR bercakaran sesama sendiri, secara tidak langsung orang Melayu juga akan turut bercakaran. Kebercakaran yang dicetuskan oleh Umno-PAS-PKR ini seterusnya menyebab dan mengakibatkan orang Melayu tidak bersatu, dan wujud di dalam keadaan berpuak-puak. Kebercakaran orang Melayu sesama sendiri bukan sahaja melonggarkan rantaian ikatan sosial di negara ini. Malah, kaum Cina, India, dan Bumiputera turut menerima kesan negatifnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seterusnya, ia akan memungkinkan rantaian persekitaran sosial, ekonomi, dan politik tanah-air (Malaysia) menjadi pincang dan lumpuh. Yang mana akhirnya, orang Melayu hilang di dunianya.

Umno-PAS-PKR mempunyai cita-cita yang tinggi melangit seperti partikel-partikel debu yang beterbangan. Mengimpikan “masyarakat sempurna” melalui politik. Ingin dan hendak menjadi jaguh rakyat berteraskan cogan kata “dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat.” Tetapi setakat ini, ketiga-tiga Umno-PAS-PKR belum lagi mampu merealisasi “masyarakat sempurna” yang dicita-cita dan diimpikan itu. Maka, bukanlah sesuatu yang takjub jika kebersatuan orang Melayu sejak akhir-akhir ini longgar hingga orang Melayu seolah “Melayu lawan Melayu.”

Walaupun tiada yang mustahil, agak mustahil Umno-PAS-PKR boleh bersatu di bawah satu gagasan iaitu gagasan bangsa Melayu, dan wujud dalam satu parti politik Melayu. Krisis politik yang berlaku di negeri Perak umpamanya didalangi dan ditunggangi oleh Umno-PAS-PKR, hanya kerana disebabkan oleh perebutan kuasa politik yang tidak seberapa. Negari Perak adalah sebuah negeri yang kecil, bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidaklah sebanyak mana. Janganlah hanya kerana berebutkan “kerusi empuk kuasa” yang sedikit Umno-PAS-PKR beraksi seperti anjing dan kucing sarkas. Bagaimana dengan kata sinis Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "alif, mim, nun, tendang wau, sarkas?" Adakah kerana alif, mim, nun tendang wau, orang Melayu hilang kebersatuannya?

Kebercakaran Umno-PAS-PKR yang terus berakar tidak mustahil akan melegasikan “percakaran” kepada politikus-politikus generasi baru Umno-PAS-PKR di masa akan datang. Apabila situasi ini berlaku maka Malaysia telah mula menapak ke arah kehancuran. Apabila Malaysia hancur, orang Melayu akan menjadi mangsa pertama. Manakala kaum Cina dan India akan juga akan menjadi mangsa. Tetapi kaum Cina dan India memiliki semangat survival yang tinggi yang membolehkan mereka dapat hidup, dan berdiri di atas kaki sendiri walaupun di benua mana sekali pun mereka berada. Oleh yang demikian, kaum Cina dan India tidak akan berterusan menjadi mangsa kehancuran keadaan. Di mana sifat survival orang Melayu? Adakah survival orang Melayu di dalam tangan Umno-PAS-PKR?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.