Skip to main content

Demonstrasi jalanan adalah sebaik cara sekiranya...

Pada 31 Ogos 2009 ini, Malaysia akan menginjak usia 52 tahun berdasarkan fakta dan bukannya logika. Malaysia yang akan berusia 52 tahun nanti walaupun tidak matang sepenuhnya tetapi memperlihatkan sedikit kematangan dari segi rantaian sosial, ekonomi, dan politik, jika dibandingkan dengan mana-mana negara yang seusia dengannya atau yang lebih berusia darinya. Oleh yang demikian, minda dan pemikiran rakyatnya sudah semestinya lebih baik daripada minda dan pemikiran rakyatnya di era ia baru mencapai kemerdekaan.


Pada kebiasaannya, sesebuah negara memerlukan masa tempoh dua puluh tahun untuk mendidik rakyatnya dengan didikan dasar. Dalam konteks negara membangun seperti Malaysia, masa tempoh dua puluh tahun sememangnya tempoh masa yang mencukupi untuk mendidik rakyat dengan didikan dasar. Perlaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan dan dikelolakan oleh kerajaan yang memerintah dalam masa tempoh dua puluh tahun telah merubah pola kotak minda dan pemikiran rakyat daripada belenggu dan terungku. Kesan perubahan pola kotak minda dan pemikiran rakyat seterusnya memberi ransangan kepada perasaan ingin menyampai dan memberikan pendapat dan pandangan kepada sesiapa sahaja termasuklah kerajaan yang memerintah.

Semasa masih menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan kepada rakyat supaya tidak usah mencampuri urusan politik dan hanya membiarkan urusan politik dicampuri oleh orang politik. Penegasan yang dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sama sekali bertentangan dengan konsep dan konteks dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat. Dalam dunia demokrasi, rakyat adalah sebahagian daripadanya walaupun rakyat tidak tahu apa-apa tentang politik apatah lagi dengan ragam politikus yang membadut dan menikus. Seandainya penegasan serupa dilontarkan oleh Dato’ Seri Najib Razak, maka Dato’ Seri Najib Razak telah melakukan kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat yang terdidik dan terpelajar biasanya tidak mahu berasa terpinggir apatah lagi memencil diri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat. Rakyat yang terdidik dan terpelajar selalunya ingin mengetahui dan mengikuti setiap perkembangan semasa yang berlaku di sekelilingnya. Oleh kerana Malaysia ditadbir oleh animal politics dan bukannya Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), maka rakyat berpendapat bahawa “kita mesti mengambil tahu setiap apa yang berlaku di sekeliling walaupun ia berkait rapat dengan hal ehwal dan perkara politikal yang memeningkan.”

Kerajaan yang memerintah seharusnya perlu memahami dengan jelas dan tuntas apa kehendak dan kemahuan rakyat dengan berpandukan konsep dan konteks daripada rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat. Hanya setakat memahami keluh resah rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga barangan pengguna, masalah pengangkutan awam, kenaikan kadar indeks jenayah, masalah pengangguran, karenah perkhidmatan awam, dan sebagainya masih tidak menepati konsep dan konteks daripada rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat.

Di Malaysia, Perdana Menteri tidak dipilih secara langsung oleh rakyat yang memberikan kuasa sebagaimana yang berlaku di Amerika Syarikat dan Indonesia. Rakyat hanya memilih perwakilan (Wakil Rakyat) untuk mewakili mereka terutamanya di dalam hal ehwal sosial, ekonomi, dan politik. Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat sama ada melalui Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) akan memilih Perdana Menteri sebagai mewakili suara rakyat suara keramat secara simbolik. Namun pada masa yang sama atau dalam situasi yang istimewa, Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat akan akur dengan kehendak whip parti politik yang dianggotainya di dalam penentuan pemilihan Perdana Menteri. Ini bermakna parti politik kerajaan yang memerintah – Umno/BN – lebih berkuasa daripada rakyat.

Oleh kerana pemilihan Perdana Menteri ditentukan oleh whip parti politik kerajaan yang memerintah, dan bukannya rakyat, dan oleh kerana pemilihan wakil rakyat untuk PRU dan PRK ditentukan oleh kehendak parti politik kerajaan yang memerintah, dan bukannya rakyat, maka berlakulah peristiwa “silap mata” dan “aksi di sebalik tabir” yang jelik dan memalukan tanpa pengetahuan rakyat. Peristiwa “silap mata” dan “aksi di sebalik tabir” yang jelik dan memalukan ini biasanya memberi kesan negatif yang mendalam kepada rakyat. Peristiwa “silap mata” dan “aksi di sebalik tabir” adalah merujuk kepada pergantungan dua pihak (Perdana Menteri dan Wakil Rakyat) di antara satu sama lain tanpa melibatkan pihak ketiga (rakyat) walaupun dua pihak tersebut menyatakan dengan lantang yang mereka bergantung sepenuhnya kepada pihak yang ketiga.

Oleh kerana Perdana Menteri bergantung kepada Wakil Rakyat, dan Wakil Rakyat bergantung kepada Perdana Menteri maka kehendak dan kemahuan rakyat terpaksa diketepikan atas nama negara untuk sementara waktu dan adakalanya memakan masa yang agak lama. Seterusnya, Perdana Menteri dan Wakil Rakyat beranggapan bahawa rakyat tidak seberapa ambil perduli dengan segala dasar yang digubal oleh penggubal dasar kerajaan yang memerintah, lebih-lebih lagi dengan dasar yang terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Perdana Menteri dan Wakil Rakyat menganggap generasi muda hanya pemilih pelapis untuk pilihanraya yang akan datang dan suara mereka tidak perlu dikhuatirkan. Di samping itu, mengandaikan bahawa generasi muda (mahasiswa dan mahasiswi) tidak akan bersuara lantang kerana minda mereka sudah teracuan dengan propaganda kerajaan yang memerintah yang tersurat dan tersirat di dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Maka apabila rakyat dapat memahami secara tersurat dan tersirat keberanggapan Perdana Menteri dan Wakil Rakyat terhadap rakyat, maka rakyat berpendapat “kita harus menyampaikan suara melalui media cetak dan elektronik yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah di samping menerangkan apa sebenarnya yang kita mahu dan hendak daripada kerajaan yang memerintah.” Kegagalan kerajaan yang memerintah memahami apa yang telah diluahkan rakyat melalui media cetak dan elektronik yang bertuan dibawahnya menyebabkan rakyat berpendapat “kita harus ‘turun pandang’ bersama sepanduk dan kain rentang agar Perdana Menteri dan Wakil Rakyat dapat membuka hati, mata, dan telinga kerajaan yang memerintah.” “Mungkin dengan cara ini Perdana Menteri dan Wakil Rakyat, dan kerajaan yang memerintah akan mengambil perhatian penuh terhadap keluh resah kita dan apa yang kita mahu dan hendak.”

Mungkin boleh dikatakan bahawa demonstrasi jalanan lebih jelik daripada perlakuan rasuah. Tetapi perlu diyakini sepenuhnya bahawa demonstrasi jalanan adalah lebih bermaruah daripada perlakuan rasuah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.