Skip to main content

Takutnya kerajaan yang memerintah kepada pengangguran

Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Baru (1993), pengangguran merujuk kepada perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan. Secara teorinya, pengangguran wujud apabila permintaan isi rumah (rakyat) terhadap pekerjaan melebihi penawaran pekerjaan yang disediakan sama ada oleh kerajaan yang memerintah mahupun sektor swasta. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang (ini), keterserlaan ketakutan kerajaan yang memerintah terhadap pengangguran semakin jelas kelihatan.

Ketakutan kerajaan yang memerintah terhadap pengangguran sebenarnya bermula sejak ia memahami “Supply” dan “Demand.” Dua unsur ekonomi ini sering menjadi petualang kebimbangan dan selalunya mengheret para penggubal dasar kerajaan yang memerintah dan para pakar ekonomi kepada “pencak putar belit” yang berpanjangan. Kegagalan mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan-keputusan ekonomi akhirnya menyebabkan kedua-dua pihak ini tidak lain tidak bukan seperti “kilang buih mulut.”

Dalam berhadapan dengan ketakutan terhadap permasalahan ekonomi ini yakni pengangguran, kerajaan yang memerintah mencuba dengan sedaya upaya yang boleh agar kadar pengangguran bersifat statik atau supaya kadar pengangguran menjunam teruk ke paras sifar. Antara pendekatan yang digunapakai oleh kerajaan yang memerintah dalam mengatasi pengangguran adalah melalui pendekatan mempelbagaikan sektor ekonomi sama ada dalam skala “proletariat,” “pertengahan” mahupun “borjuis.” Namun pada kelazimannya, kerajaan yang memerintah lebih cenderung kepada mempelbagaikan sektor eknomi skala “pertengahan” dan “borjuis” atas faktor nasib dan masa depan cukai negara.

Kepelbagaian sektor ekonomi yang diperkenalkan adakalanya mencapai kejayaan dan mengalami kegagalan. Pada era 1990-an, ketiga-tiga sektor “skala” ekonomi tersebut mengalami pertumbuhan yang pesat. Negara sekaligus mencapai kejayaan ekonomi dan mendapat julukan “Harimau Ekonomi.” Kejayaan ekonomi yang dicapai pada era 90-an menyebabkan kadar pengangguran negara berada dalam keadaan murung dan suram. Kejatuhan kadar pengangguran telah memberi peluang kepada kenaikan perolehan cukai negara. Namun pada akhir-akhir tahun 1990-an yakni tahu 1997 dan 1998, dunia mencapai krisis ekonomi yang dipentualangi oleh seorang aktor ekonomi Yahudi, George Soros (Penulis anti Yahudi).

Tahun 1997 dan 1998 merupakan tahun Krisis Kewangan Asia. Semasa krisis kewangan Asia, sektor ekonomi skala “proletariat” dan “pertengahan” mengalami “demam influenza” ekonomi. Ia menyebabkan kadar pengangguran mencanak sehingga menyebabkan kerisauan kepada kerajaan yang memerintah, para penggubal dasar kerajaan yang memerintah dan para pakar ekonomi yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah. Kesan krisis kewangan Asia 1997/98 menyebabkan sekto-sektor eknomi utama negara mengalami kelembapan yang meyakinkan. Kelembapan yang dialami ini menyebabkan sektor ekonomi skala “proletariat” dan “pertengahan” mengalami penguncupan “proletar” yang drastik.

“Deman influenza” ekonomi tidak berhenti setakat itu sahaja. Pada awal-awal tahun abad ke-21, “demam influenza” ekonomi memperlihatkan tanda-tanda yang kritikal. Keadaan ekonomi dunia dalam masa 10 tahun sejak dari tahun krisi kewangan Asia 1997/98 berada dalam keadaan turun naik tetapi statik dengan kadar angka pertumbuhan yang lembap. Dengan kadar angka pertumbuhan yang lembap, golongan “borjuis ekonomi” semakin yakin terhadap “pendekatan pengangguran” sebagai langkah mudah penyelesaian masalah ekonomi jangka masa pendek.

Adalah diyakini bahawa pengangguran akan menterencatkan produktiviti negara. Produktiviti negara yang terencat pasti memberi padah kepada rakyat terutamanya yang bergelar “proletar” dan golongan "pertengahan.” Keterencetan produktiviti salah satunya adalah disebabkan oleh pengangguran. Isi rumah (rakyat) yang menganggur sama ada secara terpaksa mahupun secara sukarela pastinya tidak memiliki keupayaan ekonomik (kuasa beli). Keupayaan ekonomik isi rumah (rakyat) yang menganggur akan jatuh merudum apabila harga barangan keperluan isi rumah (rakyat) mengelembung dengan cemerlang, gemilang dan terbilang akibat kegagalan kerajaan yang memerintah mengawal kenaikan harga.

Pengangguran seterusnya menyebabkan pendapatan para peniaga (penjaja dan peruncit terutamanya) mengalami kadar kejatuhan hasil jualan. Manakala peniaga yang berstatus quasi-korporat dan korporat hanya mengalami tempias kerugian tetapi masih mampu memperoleh keuntungan “cukup makan.” Kejatuhan hasil jualan adalah berpunca daripada merudumnya kuasa beli isi rumah (rakyat). Kejatuhan kadar hasil perniagaan peniaga akan menyebabkan kerajaan yang memerintah tidak dapat meningkatkan hasil pungutan cukai langsung dan bukan langsung perniagaan. Hasil cukai perniagaan yang merudum pula seterusnya memberi kesan kepada prestasi kewangan kerajaan yang memerintah.

Walau bagaimanapun, keruduman perolehan salah satu daripada hasil pungutan cukai tidak akan memberi kesan kepada pendapatan bulanan dan tahunan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet. Manakala pendapatan bulanan dan tahunan penjawat-penjawat tertinggi awam atau Ketua Polis Negara (KPN) juga sedemikian melainkan penurunan sedikit jumlah bonus tahunan. Tetapi penurunan jumlah bonus tahunan penjawat-penjawat tertinggi awam tidak sama sekali merencatkan upaya kuasa beli mereka.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.