Skip to main content

UUHLP: Dua kali lima, lima kali dua

Cadangan mewujudkan undang-undang halang lompat parti (UUHLP), adalah sesuatu yang tidak praktik dan tidak demokratik. Jika cadangan ini diterima dan dikuatkasakan ianya pasti menyekat kebebasan berpolitik di kalangan ahli-ahli politik. Seterusnya ahli-ahli politik tidak akan bersifat praktik di dalam menjunjung amanat dan mandat rakyat yang selaras dengan daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

Berdasarkan fakta, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di dalam sistem politiknya. Walaupun tidak demokrasi sepenuhnya seperti sistem demokrasi liberal, ahli-ahli politik Malaysia mengakui bahawa demokrasi masih segar di Malaysia. Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P036, Kuala Terengganu, Dato’ Seri Najib Razak sendiri dengan menyatakan bahawa demokrasi masih segar di Malaysia sewaktu memberi ulasan tentang kekalahan calon BN kepada calon PAS. Jika demokrasi masih segar di Malaysia, maka perlunya ada kebebasan terhadap ahli-ahli politik untuk menganggotai mana-mana pertubuhan politik tanpa mengambil kira sama ada pertubuhan politik itu besifat “Kerajaan” mahupun “Pembangkang.”

Seterusnya, untuk merealisasikan cadangan UUHLP, Umno/BN memerlukan 2/3 suara majoriti Dewan Rakyat. Tanpa 2/3 suara majoriti Dewan Rakyat, Umno/BN tidak boleh berbuat demikian melainkan Parti Pembangkang memberi sokongan kepada Umno/BN. Namun, UUHLP ini menyebabkan Umno/BN dan Parti Pembangkang berada dalam keadaan statik dari segi keanggotaan dan penyertaan ahli-ahli politik ke dalam kedua-dua pertubuhan politik tersebut.

Parti Pembangkang memerlukan keanggotaan dan penyertaan ramai Ahli-ahli Parlimen Umno/BN bagi membolehkannya memperoleh 2/3 majoriti Dewan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Pusat. Umno/BN, walaupun Presidennya mendakwa yang Umno/BN mencapai kemenangan pada PRU-12 lalu, tetapi telah gagal memperoleh 2/3 majoriti Dewan Rakyat. Umno/BN memerlukan keanggotaan dan penyertaan ahli-hali parlimen Parti Pembangkang untuk memperoleh 2/3 majoriti Dewan Rakyat. Dengan adanya UUHLP, maka ahli-ahli parlimen Parti Pembangkang tidak boleh lompat ke dalam Umno/BN walaupun Umno/BN memberi twaran yang lumayan atau merasuah, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum UUHLP dilaksanakan, umno/BN perlu mengkaji secara terperinci kenapa ahli-ahli parlimen sama ada ahli parlimen Umno/BN mahupun Parti Pembangkang melompat parti? Adakah ahli-ahli parlimen lompat parti kerana didalangi rasuah? Sekiranya didalangi oleh rasuah, maka ahli parlimen yang lompat parti boleh dikenakan tindakan disiplin Lembaga Disiplin Parti dan sudah semestinya perlu diheret ke muka pengadilan melalui akta pencegahan rasuah. Walaupun UUHLP dikuatkuasakan terhadap ahli-hali parlimen, tetapi UUHLP hanya setakat “halang lompat parti.” Manakala rasuah pula tetap berterusan di dalam parti.

Bagaimana sekiranya rakyat marhaen yang memilih ahli parlimen mereka melalui PRU dan PRK menginginkan atau mengkehendaki ahli parlimen yang dipilih itu supaya lompat parti atas sebab nasib mereka gagal dibela oleh parti kerajaan yang memerintah? Adakah UUHLP mampu mengatasi suara rakyat suara keramat? Adakah UUHLP ini ingin menjadi “pembangkang” kepada suara rakyat suara keramat? Dengan perlaksanaan UUHLP ciptaan Umno/BN, Umno/BN pastinya akan bakal menerima tulah rakyat sekali lagi sebagaimana yang diterima pada PRU-12 lalu. Apa mungkin pada PRU-13 nanti? Menurut kepercayaan Inggeris nombor 13 suatu angka yang sial. Kebetulan pula PRU yang seterusnya ialah PRU yang ke – 13. Pada PRU yang ke – 13 nanti, Dato’ Seri Najib Razak adalah Presiden Umno dan Pengurusi BN, dan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 6. Pastinya Dato’ Seri Najib Razak tidak mahu menjadi PM "sepenggal."

UUHLP hanya satu kesedaran palsu Umno/BN atas nama prinsip parti. Ianya hanya kesedaran palsu kerana Umno/BN kini berada dalam keadaan tenat akibat ditulah oleh suara rakyat suara keramat. Pada masa yang sama, “tidur malam” Umno/BN sering tidak lena kerana dihantui dengan bayang-bayang Ketua Parti Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bersungguh-sungguh hendak membetuk kerajaan pusat.

Apa yang ketara ialah Umno/BN semakin takut kepada penolakan rakyat terhadap kehegomoniannya dan penerimaan rakyat terhadap Parti Pembangkang sejak akhir-akhir ini. UUHLP tidak lain dan tidak bukan hanyalah penjamin kehegomonian Umno/BN supaya berterusan walaupun ditolak rakyat melalaui laungan suara keramat.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.