Skip to main content

Krisis politik di Perak hanyalah hakikat politik

1) Kemelut politik yang berlaku di Perak hanyalah asam garam politik bagi orang yang berpolitik. Oleh yang demikian ahli-ahli politik Parti Pembangkang (ADUN dan AP) perlu bersikap professional dan bukannya emosional. Kalah, menang atau seri bukan sahaja adat perlawanan dalam permainan tetapi juga adat berpolitik.


2) Ahli-ahli politik Parti Pembangkang perlu akur akan keputusan “politik” yang diputusakan oleh DYMM Sultan Perak. Sekiranya ahli-ahli politik Parti Pembangkang (Melayu, Islam terutamanya) ingin atau cuba membelakangi apa yang telah diputuskan bermakna mereka boleh disifatkan atau disabitkan sebagai cuba menderhaka atau menderhaka kepada DYMM Sultan Perak.

3) Sebagai sebuah organisasi politik, ahli-ahli politik Parti Pembangkang perlu memahami bahawa sesebuah parti politik memerlukan “aset” yang bersifat ekonomik sebagai satu senjata politik. Parti Pembangkang belum berupaya mengatasi senjata politik Umno/BN ini (yakni ekonomi), walaupun mendapat sokongan mutlak rakyat pada pilihan raya.

4) Rakyat negeri Perak mempunyai sifat yang “ambitious” sedikit. Mereka inginkan sebuah negeri yang maju dan produktif dari segi ekonomi. Ini hanya boleh dicapai melalui pemberian “endorsement” (sama ada suka atau tidak) terhadap Umno/BN merangkap kerajaan pusat. Namun sifat “ambitious” rakyat negeri Perak tidak boleh diperbudak-budakan kerana sudah dapat semulajadi manusia bersifat “ambitious.” Parti Pembangkang pun sudah semestinya bersifat “ambitious.”

5) Untuk memenangi semula hati rakyat negeri Perak, Parti Pembangkang perlu menstruktur semula percaturan politiknya. Pada masa yang sama, Parti Pembangkang perlu menurunkan sedikit “keegoan” politik dalam melaksanakan amanat dan mandat rakyat. Ahli dan pemimpin politik (tanpa mengira sama ada Parti yang memerintah atau Parti Pembangkang) tidak akan lari daripada cacat dan cela. Salah satu daripada punca penolakan rakyat kepada ahli dan pemimpin politik adalah berpunca daripada “keegoan” (sama ada politik atau bukan politik) yang menggunung. Keegoaan ini hanya boleh diubati dengan terapi “muhasabah diri.”

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.