Skip to main content

Apa yang berlaku di Jepun boleh berlaku di Malaysia

Apa yang berlaku di Jepun merupakan satu keajaiban politik yang amat menakjubkan. Ia pasti menjadi impian dan “penanda aras” kepada semua parti politik pembangkang di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Jepun tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) berjaya ditumbangkan oleh parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) walaupun mengambil masa lebih separuh abad.


LDP merupakan parti pemerintah yang amat signifikan di dalam sejarah Jepun. Ia telah berjaya mencorak Jepun ke arah yang agresif, progresif, dan dinamik. Sebagai parti politik yang bertanggungjawab membawa Jepun ke tahap negara maju, amat mustahil rakyat Jepun begitu sanggup menidakkan parti pemerintah, LDP melalui suara rakyat suara keramat. Ini bermakna ada sesuatu sebab yang menyebabkan rakyat Jepun menolak parti pemerintah, LDP daripada terus memerintah.

Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya.”

– DPJ

Di Malaysia, parti pemerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/Barisan Nasional (Umno/BN) telah mencatat sejarah yang cemerlang, gemilang dan terbilang apabila gagal memperoleh 2/3 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 12, 2008 (PRU12). Kegagalan parti pemerintah (Umno/BN) memperoleh 2/3 kerusi Parlimen menunjukkan isyarat bahawa rakyat inginkan perubahan yang drastik.

Umno/BN sebagai pemerintah telah berjaya mencorak Malaysia dalam masa 52 tahun daripada negara agrarian kepada negara perindustrian. Di samping berusaha membangunkan Malaysia sebagai negara membangun, Umno/BN seterusnya berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 dan negara bangsa dengan berteraskan ideologi dan manifesto 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Bertitik tolak daripada tsunami politik yang melanda pada PRU12, kehegomonian parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) telah menunjukkan sedikit penguasaan sekali gus menghakis sedikit kehegomonian parti pemerintah, Umno/BN. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) memberangsangkan.

Pada PRU12 rakyat Malaysia telah jelas menunjukkan yang mereka inginkan perubahan yang selaras dengan konsep dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat. Kegagalan Umno/BN memahami perubahan yang diingini ini akan menyebabkan kehegomoniannya terkikis dan terhakis sedikit demi sedikit. Selain daripada perubahan yang berteraskan konsep dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat, rakyat Malaysia ingin juga melihat Umno/BN berubah dari segi amalan dan praktik iaitu menolak amalan rasuah politik, nepotisme dan kronisme. Ini kerana, amalan rasuah politik, nepotisme dan kronisme merupakan unsur yang mampu menjebakkan Umno/BN kepada pengamalan membelakangi rakyat dan seterusnya mengkhianati rakyat.

Berikut adalah bukti jelas yang menunjukkan kejayaan parti pembangkang menumbangkan parti pemerintah yang telah berkuasa sekian lama.

Parti pembangkang menang besar

TOKYO 30 Ogos - Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat hari ini, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula meramalkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu akan memenangi 321 kerusi.

Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.

Nippon Television pula menjangkakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.

“Ia merupakan kemenangan besar. Ia pilihan raya yang dramatik,” kata wartawan veteran yang berkhidmat dengan akhbar harian Asahi Shimbun, Hiroshi Hoshi kepada TV Asahi.

LDP - yang telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali “berehat sekejap” selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu.

DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.

"Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya," demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula pagi tadi.

Pegawai berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun - menunjukkan orang ramai sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP.

Saya perlu menanggung tanggungjawab itu,” katanya kepada stesen penyiaran, NHK.

- Agency

DPJ bincang bentuk kerajaan baru

TOKYO 31 Ogos - Parti Demokratik Jepun (DPJ) hari ini memulakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan baru dengan cabaran memulihkan ekonomi dan membentuk semula hubungan dengan sekutu- sekutu penting, selepas mencatat kemenangan besar pada pilihan raya Jepun, semalam.

DPJ yang dipimpin Yukio Hatoyama kini berdepan tekanan kuat supaya bertindak segera bagi menangani halangan besar yang dihadapi oleh negara yang berhadapan dengan masalah masyarakat tua yang semakin meningkat dan krisis ekonomi.

Pasukan beliau berbincang untuk melantik barisan Kabinet dan mengusahakan peralihan kuasa yang lancar daripada kerajaan pimpinan Taro Aso, yang mengakui kalah dan menyatakan kesanggupan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).

DPJ memenangi 308 daripada 480 kerusi di Dewan Rendah pada pilihan raya Parlimen semalam, sekali gus menamatkan tempoh lebih separuh abad pemerintahan konservatif, menurut keputusan rasmi yang dikumpulkan.

Parlimen dijangka mengesahkan Hatoyama, 62, sebagai Perdana Menteri dalam masa dua minggu dan beliau bersedia membentuk pakatan dengan parti-parti sekutu lebih kecil seperti Parti Demokratik Sosial dan Parti Baru Rakyat.

Jurutera lulusan Amerika Syarikat (AS) daripada keturunan dinasti politik yang kaya itu, berjanji untuk membina kerajaan yang mendapat persetujuan dan mengelakkan rasa “bangga diri” selepas berjaya menewaskan LDP.

Kami tidak akan terus melaksanakan polisi begitu saja. Kami akan bersabar dan mendapatkan kefahaman rakyat kerana kami telah diberikan kepercayaan yang tinggi” kata beliau kepada pemberita.

Pengundi Jepun yang biasanya mengelak melakukan risiko, tetapi kerana kecewa dengan kelembapan ekonomi terburuk selepas Perang Dunia Kedua, telah “menghukum” Aso dan memaksa LDP berundur buat kali kedua sejak 1955.

Aso hari ini mengakui “keputusan pilihan raya adalah sangat buruk dan tidak memihak kepada LDP.”

Kita perlu bermula dari awal. Untuk merampas semula kerajaan, saya rasa LDP perlu bangun semula,” tegas ASO. - AFP

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.