Skip to main content

"Tragedi Oktober"

“Tragedi Oktober, 2008, Umno” menyingkap tragedi-tragedi yang sarkastik tetapi menyayat hati bagi yang menginsafi. Persoalan akhlak dalam politik di kalangan kebanykan ahli dan para pemimpin Umno semakin dipersoal oleh minda yang celik. Untuk menjadi “animal politics,” sememangnya sukar kerana sejak dari zaman silam Yunani lagi, asal-usul politik dan ilmu politik (untuk menjadi animal politics) mempunyai hubunganyang erat dengan persoalan akhlak dan moral, kerana disinilah letaknya persoalan falsafah dan perana ideologi dan nilai-nilai normatif dalam politik.


Namun, untuk bergelar atau berstatus “animal” politics, tidaklah sesukar menjadi “animal politics.” Apa yang perlu dilakukan hanyalah mempraktiskan secara yakin sifat-sifat “animal” itu sama ada dalam amalan “omnivore,” “carnivore,” atau “herbivore,” atau ketiga-tiganya sekali.

Berikut urutan “tragedi oktober,” Umno, pada bulan Oktober, 2008;

1. Kecoh: mesyuarat Puteri Bukit Bintang ditunda. Ketua Puteri bahagian Bukit Bintang, Leni Abd Latif bertengkar dengan Lyana berikutan mesyuarat puteri bahagian bukit Bintang ditunda. – Kuala Lumpur 11 Oktober

2. Wakil Wanita Pokok Sena tidak dibenar mengundi bagi mengelakkan perjalanan persidangan bahagian menjadi tidak sah. – Alor Setar 18 Oktober

3. Bibi Sharliza tidak dicalon anak buah. Rembau pilih “orang Sabah” rebut Ketua Puteri. – Rembau 19 Oktober

“Ada unsur luar ajar Puteri melanggar setiakawan dan berpecah, tiada ketelusan dalam Umno Rembau pada peringkat kepimpinan atau dalam Puteri sendiri.”

- Bibi Sharliza, Ketua Puteri Rembau

4. Kertas undi lebihan “masuk” lokap polis. Kertas undi bagi menentukan calon Ketua Umno bahagian Alor Gajah terpaksa dihantar ke Balai Polis Selandar apabila didapati berlaku lebihan dari segi jumlah. – Alor Gajah 19 Oktober

5. 9 AJK Pemuda Gelang Patah letak jawatan selepas tiak berpuas hati dengan ketelusan proses pengiraan undi pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian. – Johor Bahru 19 Oktober

6. Badan Perhubungan Umno Sabah akan meneliti laporan berhubung perjalanan mesyuarat perwakilan beberapa Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian di negeri itu yang dilaporkan menghadapi masalah. – Kota Kinabalu 19 Oktober

7. Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap lapan ahli dan pemimpin parti pada peringkat cawangan and bahagian kerana bersalah mensabotaj parti, rasuah politik dan salah guna kuasa yang melanggar Perlembagaan dan Tata Etika Ahli Umno. – Kuala Lumpur 24 Oktober
8. Wanita Umno bahagian Sandakan menggesa supaya pelan peralihan kuasa di antara Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib ketuanya Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dipercepatkan. – Sandakan 25 Oktober

9. Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Mas berlangsung dalam suasana tegang berikutan tindakan 30 ahlinya mengadakan tunjuk perasaan menuntut supaya mesyuarat itu dibatalkan. – Pasir Mas 25 Oktober.

Bulan November menjadi penutup tirai dan kemuncak tragedi Umno, 2008, apabila;

10. Semasa insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Tuanku Ja’afar, dua oang dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas mereka yang terbabit membaling kerusi, bertumbuk serta memaki hamun antara satu sama lain ketika persidangan berlangsung. – 10 November

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.