Skip to main content

Keluar parti, masuk parti, lompat parti

Keluar parti, masuk parti, lompat parti walaupun tidak semacam candu barangkali sudah semacam tradisi animal politics mutakhir kini. Sama ada mereka itu animal politics parti kerajaan yang memerintah (Umno/BN) atau Pakatan Rakyat (PR), resamnya tetap semacam. Tidak keliru.


(1) Keluar parti, (2) masuk parti dan (3) lompat parti biasanya menjadi pilihan. Tun Dr. Mahathir umpamanya keluar parti dan masuk semula. Dato' Seri Anwar Ibrahim keluar parti dan tidak masuk semula. Kini penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR). Datuk Zaid Ibrahim dan Dato' Seri Chua Jui Meng pula keluar parti dan lompat parti.

Terdapat juga di kalangan animal politics tetapi tidak masuk semula parti atau lompat parti. Malah memilih untuk menjadi Wakil Rakyat Bebas. Sekiranya menjadi calon pada pilihanraya mereka akan bertanding atas tiket Bebas. Bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin umpamanya yang keluar parti kini Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu.

Hakikat dan keadaan yang menyebabkan animal politics keluar parti, masuk parti dan lompat parti tidak lain dan tidak bukan "menyambung hidup" kerjaya politik. Disamping meneruskan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara (agenda agama, bangsa dan negara sering dijadikan batu loncatan oleh animal politics "gagak hitam").

Namun agenda perjuangan agama, bangsa dan negara seringkali menjadi tonjolan hakikat dan keadaan sehingga hakikat dan keadaan yang sebenar kabut kelihatan. Bakal pasti rata-rata animal politics akan menolak atau menyangkal dakwaan sekeras-kerasnya jika mereka didakwa dengan dakwaan politics for food.

Walaupun ada animal politics keluar parti, masuk parti dan lompat parti atas nama perjuangan agama, bangsa dan negara, bilangannya tidaklah banyak. Boleh dihitung mudah dengan jari.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.