Skip to main content

Budaya MCA berpuak; Umno juga!

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu budaya berpuak-puak di dalam MCA dihapuskan supaya proses pemulihan parti itu berjalan lancar dan sekali gus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti tersebut.
''Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi sebaliknya kita mesti mara ke hadapan dalam usaha kita menunaikan kewajipan, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh perwakilan MCA. Oleh itu tidak ada lagi kumpulan dalam MCA dan MCA mesti menjadi parti yang satu."

- Dato' Seri Najib Razak


Dongengan tidak menarik. Lelucon tidak lucu. MCA mendapat "swing" nasihat percuma daripada Presiden Umno / Pengurusi BN. Nasihat kerisauan bercampur keperihatinan-hapuskan budaya berpuak. Dato' Seri Najib berfirasat budaya berpuak dalam MCA sedang "mempuaka."
"Swing" percuma kena pada masa dan keadaan MCA. Dato' Seri Najib sedar budaya berpuak yang "mempuaka" dalam MCA akan memberi kesan terhadap kehegomonian BN sebagai parti yang memerintah dan Umno sebagai tunjang parti yang memerintah.
Namun siapa sangka sudah budaya MCA berpuak; Unmo juga! Malah lebih parah lagi jika dibandingkan dengan budaya MCA berpuak. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sudah budaya MCA berpuak; Umno juga!
"Alif mim nun tendang wau sarkas"
- Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Seniman Negara
Di dalam UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN (2009), Tan Sri Mohamed Rahmat menjelaskan bahawa pertandingan dalam parti untuk jawatan tinggi dan tertinggi, telah menghumban pemimpin dan ahli Umno ke dalam gelanggang perebutan kuasa. Seterusnya membawa kepada pengamalan jatuh-menjatuhkan dan politik wang.
Apakah itu merupakan kunci punca berpuak dalam Umno dari sejak ia ditubuhkan, diharamkan dan dihidupkan semula sehingga ke hari ini?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.