Skip to main content

Kesan pengukuhan ringgit

Pengukuhan ringgit adalah kesan langsung daripada peningkatan ringgit secara sedikit demi sedikit. Ringgit yang ditambat pada RM3.80 sejak 1998, dan selepas tambatan ringgit berbanding Dolar AS dihapuskan pada pertengahan 2005, meningkat kepada RM 3.20 berbanding dengan Dolar AS pada Mac 2010.


Pengukuhan ringgit akan memberi kesan terhadap imbangan perdagangan (BOT) negara. Imbangan perdagangan walaupun dipengaruhi secara mutlak oleh prestasi eksport dan import, pengukuhan ringgit akan menyebabkan jumlah import mengatasi jumlah eksport. Keadaan ini menyebabkan imbangan perdagangan negara berada dalam keadaan defisit.

Bagaimana jumlah import boleh mengatasi jumlah eksport sedangkan ringgit berada dalam keadaan kukuh, atau dalam erti kata lain mengalami pengukuhan yang memberangsangkan?

Apabila ringgit mengalami pengukuhan bermakna ringgit mengalami kenaikan nilai. Kenaikan nilai ringgit secara langsung boleh menyebabkan kenaikan harga eksport. Harga eksport yang tinggi atau meningkat menyebabkan entiti pengimport negara luar akan mengurangkan jumlah import mereka terhadap barangan keluaran negara.

Negara Thai umpamanya pernah mengalami kesan kenaikan dan pengukuhan Baht. Sebelum krisis kewangan Asia melanda, kenaikan nilai Bath Thai yang tidak dapat dikawal menyebabkan kenaikan harga eksport sehingga mengakibatkan negara Thai mengalami defisit seterusnya kelembapan ekonomi.

Pengukuhan ringgit seterusnya menggalakkan import di samping melonjakkan jumlah import, ekoran daripada kenaikan dan pengukuhan nilai ringgit. Apabila ringgit mengalami kenaikan nilai, seterusnya pengukuhan, ia secara langsung mempengaruhi tingkat upaya kuasa beli pengguna terhadap keluaran negara luar. Dalam keadaan ini, jumlah import akan menaik seterusnya mengatasi jumlah eksport. Imbangan perdangangan negara sudah tentu berada dalam keadaan defisit.

Apabila jumlah import mengatasi jumlah eksport kesan kenaikan dan pengukuhan ringgit dalam jangka masa yang panjang, ia akan memberi kesan terhadap aliran tunai negara. Secara teorinya, jumlah import yang tinggi bermakna aliran tunai keluar negara tinggi. Jumlah eksport yang rendah bermakna aliran tunai masuk negara rendah. Ini seterusnya memberi kesan terhadap jumlah keluaran dalam negara dan jumlah pendapatan perkapita negara secara keseluruhannya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.