Skip to main content

Apabila dua Timbalan Menteri menimbulkan "hype"

Hype - publisiti yang mengelirukan dan diperbesar-besarkan; gembar-gembur. Cuba bayangkan apabila Timbalan Menteri menimbulkan "hype" dengan hal dan perkara dangkal? Apakah sudah menjadi satu tradisi - Timbalan Menteri di negara ini - membuat "hype" dengan perkara dangkal. 1Timbalan Menteri 1"Hype" barangkali.


Secara mudah hal dan perkara boleh ditakrifkan sebagai soal atau pokok perbincangan. Manakala dangkal pula boleh ditakrifkan sebagai tidak faham benar. Dan apabila soal dan pokok perbincangan yang tidak difahami di-"hype"-kan oleh entiti kerajaan yang memerintah, bakal pasti mengundang kegusaran di kalangan masyarakat umum, terutamanya golongan tertentu.

Terdapat dua contoh perkara atau pokok perbincangan dangkal yang di-"hype"-kan oleh dua Timbalan Menteri kerajaan yang memerintah; (1) lesen perguruan dan (2) lesen judi pertaruhan bola sepak. Jika pun ada pihak menganggap dua perkara ini sebagai remeh, namun ia bakal memberi kesan negatif dari segi aspek psikologi terhadap (1) Timbalan Menteri, (2) Menteri dan (3) Kerajaan yang memerintah.

Rata-rata warga guru - terutamanya yang berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah - di seluruh negara tidak akan bersetuju sekiranya mereka diwajibkan perlu memiliki lesen perguruan sebelum berkhidmat. Isu guru-guru di seluruh negara perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional sebelum berkhidmat ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

"Ia merupakan satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang percaya kepada golongan tersebut."

- Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi

"Hype" yang ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran ini akhirnya diredakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa lesen perguruan tidak praktikal. Pada kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari "hype" yang ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran itu boleh menjejaskan kredibiliti Kementerian Pelajaran khususnya dan kerajaan yang memerintah amnya.

Hal dan perkara dangkal seterusnya di-"hype"-kan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin - lesen judi pertaruhan bola sepak. Isu ini timbul apabila Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsung perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Seandainya cadangan - lesen judi bola sepak - itu diluluskan, sudah pasti Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan akan berhadapan dengan kecaman dan cemuhan yang memalukan - tetapi menginsafkan - daripada masyarakat umum, masyarakat penganut Islam terutamanya. Apakah Menteri Kewangan akan tampil kehadapan untuk meredakan isu yang ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu? Siapa Menteri Kewangan kita?

Menimbulkan "hype" dengan perkara dangkal sememangnya tidak kena dengan keperibadian Timbalan Menteri apatah lagi Menteri. Ini adalah kerana penyandang jawatan Timbalan Menteri apatah lagi Menteri terdiri daripada yang terpilih, berpelajaran tinggi dan berkredibiliti tinggi. Seandainya Timbalan Menteri apatah lagi Menteri lena dan leka dengan menimbulkan "hype" dengan perkara dangkal, bakal pasti menghakis kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan yang memerintah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.