Skip to main content

Mengapa larangan mahasiswa berpolitik kekal?

Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda, dimana para mahasiswa diberi lebih kebebasan bersuara, boleh membicarakan hal ehwal politik semasa yang berlaku di negara ini, tetapi larangan mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik kepartian adalah kekal.


Mengapa larangan tersebut kekal? Adakah kerana;

1. "Malaysia" yakni golongan birokrat beranggapan bahawa mahasiswa hanyalah penuntut, pelajar. Bukannya menganggap mahasiswa lebih daripada penuntut, pelajar. Salah tanggap "Malaysia" ini dipengaruhi oleh kecenderungan pesimisme dan dan kecenderungan skeptis. Kedua-dua kecenderungan ini dipengaruhi oleh kecenderungan politik.

2. Bagi "Malaysia," politik kampus - bukannya politik kepartian - adalah memadai untuk mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik. Ini adalah kerana pada "Malaysia" politik kampus sudah mampu mematangkan mahasiswa dalam hal ehwal politik tanah air.

3. Pada "Malaysia," rakyat di negara ini - termasuklah komuniti mahasiswa - walaupun diberi lebih kebebasan bersuara dan boleh membicarakan hal ehwal politik semasa, tetapi cenderung kepada konseptual politik dan berpolitik hak ekslusif animal politics.

4. "Malaysia" juga berkecenderungan bahawa jika mahasiswa dibenarkan melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam kancah politik kepartian, mahasiswa berpotensi untuk memainkan peran sebagai komuniti pendesak politik yang boleh memberi tekanan politik kepada kerajaan pemerintah.

5. Dari spektrum politik kerajaan pemerintah, "Malaysia" berkecenderungan bahawa mahasiswa akan cenderung kepada kecenderungan BEBAS, dimana mahasiswa akan tidak sehaluan secara mutlak dengan halatuju kecenderungan kerajaan pemerintah terutamanya terhadap dasar-dasar politik jika mempunyai organisasi politik kepartian.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.