Skip to main content

Tenaga nuklear - Keperluan siapa sebenarnya?

Tenaga nuklear - keperluan siapa sebenarnya? Negara? Kerajaan yang memerintah? Industri? Isi rumah/rakyat? Atau kesemuanya? Jika kesemuanya - yakni negara, kerajaan yang memerintah, industri, isi rumah/rakyat - memerlukan tenaga nuklear, bermakna Malaysia bakal sama rata sama rasa dengan UK, Russia, AS, Ukraine dan Jepun. Bukan hanya setakat itu sahaja, juga pada kebarangkalian sama rata sama rasa dengan lima negara kuasa veto - AS, Russia, China, UK, Perancis.


"Neraka telah jatuh dari langit" di Windsclae, UK dan di Kyshtym, Russia pada 1957, di Three Mile Island, AS pada 1979, di Chernobyl, Ukraine pada 1986, di Tokaimura, Jepun pada 1999, dan yang terbaharu di Fukushima, Jepun - 2011. Bagaimana pula dengan Malayasia? Apakah Malaysia juga akan ditimpa "neraka jatuh dari langit" sekiranya memiliki loji tenaga nuklear nanti? Ledakan jangka akan menentukannya!

Berbalik kepada persoalan: Tenaga nuklear - Keperluan siapa sebenarnya? Pada kebarangkalian negaralah yang memerlukannya. Ini kerana Negara sedang bergelut dengan "susut nilai" bahan sumber untuk penghasilan tenaga - minyak dan gas asli. Namun dari sudut logika, negara tidak boleh disifatkan sebagai: yang memerlukan tenaga nuklear. Ini adalah kerana di sebalik negara ialah (1) kerajaan yang memerintah, (2) industri dan (3) isi rumah/rakyat.

Di sebalik negara adalah kerajaan yang memerintah, industri dan isi rumah/rakyat. Ketiga-tiganya memiliki kuasa mendesak dan upaya mempengaruhi di antara satu sama lain berdasarkan teras modus vivendi - untuk mencapai quid pro quo. Walaupun ketiga-tiganya memiliki kuasa pendesak dan upaya pengaruh tetapi wujud ketidak simeterian kuasa pendesak dan upaya pengaruh - terutamanya isi rumah/rakyat. Walaubagaimana pun, kuasa pendesak kerajaan yang memerintah dan industri adalah simeteri.

Dalam menyelesaikan teka-teki: siapa sebenarnya yang memerlukan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif bagi menggantikan penggunaan tenaga yang berasaskan minyak dan gas asli? Adakah kerajaan yang memerinth? Atau industri? Atau kedua-duanya sekali? Ledakan penduduk (isi rumah/rakyat) pula bagaimana? Apakah faktor ledakan industri dan ledakan penduduk (isi rumah/rakyat) juga mendorong kepada keperluan tenaga nuklear?

Ledakan industri dan ledakan penduduk (isi rumah/rakyat) adalah penyebab utama kepada desakan keperluan tenaga. Walaupun ledakan penduduk (isi rumah/rakyat) adalah antara faktor yang mempengaruhi tetapi pengaruhnya tidak semutlak pengaruh industri. Jika dibuat perbandingan di antara industri dan penduduk (isi rumah/rakyat), dalam keperluan tenaga, perbandingan ini boleh diterjemah secara nisbah 70:30 – industri memerlukan 70 peratus tenaga. Manakala penduduk (isi rumah/rakyat) hanya memerlukan 30 peratus tenaga.

Malaysia walaupun negara kecil tetapi boleh dianggap “boleh tahan” kerana memiliki sumber bumi yang memberangsangkan. Walaupun sumber bumi yang dimiliki itu mengalami penyusutan akibat pengeksploitasian – untuk kegunaan domestik dan ekspot -, Malaysia masih berupaya mengimbang semula kepenggunaan dan keperluan dengan rizab simpanan sumber bumi yang masih ada. Pun begitu, rizab simpanan yang masih ada itu tidak akan kekal lama. Pada kemungkinan atau kebarangkaliannnya ia hanya mampu bertahan kurang daripada lima puluh tahun dari sekarang.

Dalam persoalan keperluan tenaga nuklear, layak dikatakan bahawa di antara kerajaan yang memerintha, industri dan isi rumah/rakyat (penduduk), kerajaan yang memerintah dan industrilah yang sebenarnya memerlukan tenaga nuklear sama ada dalam masa terdekat atau pada masa hadapan. Ini kerana, tenaga, dalam apa jua bentuk sekali pun penjanaanya ia tetap penting kepada kepada kerajaan yang memerintah dan industri.

Andaikanlah rizab simpanan sumber bumi – terutamanya minyak dan gas asli – yang ada pada Malaysia selepas lima puluh tahun atau lebih daripada lima puluh tahun “zero to blank,”apa akan bakal jadi kepada industri, kerajaan yang memerintah dan juga isi rumah/rakyat? Industri akan lumpuh. Kerajaan yang memerintah bakal susut nilai perolehan cukainya. Isi rumah/rakyat tidak lagi produktif dan terpaksa bergantung kepada kerajaan yang memerintah sama ada kebergantungan penuh atau separa.

Boleh disimpulkan bahawa kerajaan yang memerintah industri dan isi rumah/rakyat yang sebenarnya yang memerlukan tenaga nuklear jika Malaysia benar-benar mengalami “zero to blank,” yakni rizab simpanan sumber buminya dalam masa terdekat atau pada masa akan datang. Namun demikian kerajaan yang memerintah dan industrilah yang lebih memerlukan tenaga nuklear dalam masa terdekat atau pada masa akan datang jika dibandingkan dengan isi rumah/rakyat.

Keterdesakan kerajaan yang memerintah dan industri terhadap keperluan tenaga – tanpa mengira sama ada tenaga yang berasaskan bukan nuklear atau berasaskan nuklear – dapat dilihat melalui analogi berjimat cermat: Kerajaan yang memerintah memberi khidmat nasihat percuma kepada isi rumah/rakyat – berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik di mana-mana jua (di rumah atau di luar rumah). Persoalannya ialah: Sekiranya isi rumah/rakyat berjimat cermat dalam kepenggunaan tenaga elektrik, katakanlah dalam masa lima puluh tahun, adakah tenaga elektrik yang dijimat cermat itu boleh digunakan selepas lima puluh tahun nanti?

Seandainya tenaga elektrik yang dijimat cermatkan itu boleh digunakan oleh isi rumah/rakyat selepas lima puluh tahun kemudian bermakna kerajaan yang memerintah – termasuklah industri – tidak terdesak dalam keperluan untuk menggunakan tenaga nuklear. Jika tenaga elektrik yang dijimat cermatkan oleh isi rumah/rakyat dalam masa lima puluh tahun itu tidak boleh digunakan selepas lima puluh tahun kemudian bermakna tenaga elektrik yang dijimat cermatkan itu telah digunakan oleh tidak lain dan tidak bukan: kerajaan yang memerintah dan industri untuk tujuan domestik dan ekspot.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.