Skip to main content

BERSIH perlu neutral

Walaupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 berjaya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, Sabtu lalu ia tetap gagal mencapai matlamat utamanya - Menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula beberapa perkara dalam melaksanakan proses pilihan raya di negara ini. Secara kebarangkalian kegagalan Bersih 2.0 mencapai matlamatnya kerana (1) diperkuda oleh Reformasi dan (2) tidak bersifat neutral.


Kalut keterlaluan pihak berkuasa - kerajaan yang memerintah dan Polis di-Raja Malaysia (PDRM) - terhadap Bersih 2.0, mainan isu bahawa Bersih 2.0 cuba untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah dan tindakan polis dan penyokong Bersih 2.0 mencetuskan provokasi di antra satu sama lain merupakan antara penyumbung utama kepada kegagalan Bersih 2.0 mencapai matlamat utamanya.

Kenapa Bersih perlu neutral? Bersih bukanlah parti politik walaupun ia bersifat politikal. Bersih boleh - paling tidak pun layak - dianggap sebagai pemuka masyarakat sivil. Sebgai pemuka masyarakat sivil, Bersih seharusnya tidak mempunyai impian atau cita-cita politik apatah lagi melibatkan diri dalam politik kepartian sama ada secara aktif mahupun pasif.

Malaysia dan "Malaysia," termasuklah Bersih sendiri, secara keseluruhannya tentunya inginkan perubahan positif yang telus terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini. Oleh hal yang demikian, sebagai pemuka masyarakat sivil Besih sebaiknya perlu memainkan peranan dalam mendidik dan mengajar Malaysia dan "Malaysia" (1) apa itu pilihanraya bersih, (2) pilihanraya bersih itu untuk siapa dan (3) bagaimana pilihanraya bersih boleh dijalankan di dalam persekitaran politik yang kondusif.

Seterusnya dalam menyatakan ketidaksetujuan terhadap amalan atau praktik perlaksanaan dan perjalanan pilihanraya di negara ini Bersih perlu bertindak secara mandiri bukannya melalui tindakan secara bersama dengan mana-mana parti politik. Jika tidak, secara teknikalnya Bersih ditunggangi atau diperkuda oleh parti-parti politik yang hanya mempunyai kepentingan politik semata. Bersih tidak akan mencapai matlamat Pilihan Raya Bersih jika menjadi atau dijadikan "kuda tunggangan" parti-parti politik.

Untuk melaksanakan pilihanraya bersih secara total di Malaysia adalah sesuatu yang mustahil. Merealisasikannya memerlukan penggerak, yakni manusia, yang mana mens dan spiritus-nya terpelihara daripada dosa atau yang bersifat maksum-ist. Pun begitu, masih terdapat ruang di dalam ruang yang boleh diisi oleh Bersih untuk mencapai matlamat pilihanraya bersih dan adil di Malaysia.
 

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.