Skip to main content

Anwar dan "Sesuatu untuk sesuatu"nya

Kenyataan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" sepatutnya tidak terpacul keluar dari mulut seorang pemimpin yang didakwa mampu menyatukan umat Islam dan (paling tidak) menyatukan dunia Arab. Sebagai seorang yang didakwa sedemikian, Datuk Seri Anwar sepatutnya menyatakan "I support all efforts to protect the security of the state of Palestine."


Jika dibuat perbandingan di antara Datuk Seri Anwar dan Israel (yang dilaknat Allah SWT), sungguh jauh perbezaannya. Walaupun Datuk Seri Anwar dan Israel datang dari faktor biologi yang sama yakni manusia - makhluk ciptaan Allah SWT. Secara perbandingan mudah, Datuk Seri Anwar, agamanya dan bangsanya diredhai Allah SWT. Manakala Israel pula agamanya dan bangsanya dilaknati Allah SWT.
Kenyataan ketua pembangkang ini walaupun ideosinkratik dan jahil bunyinya tetapi di sebaliknya pada kebarangkalian quid pro quo - sesuatu untuk sesuatu. Jika bukan kerana sesuatu untuk sesuatu sudah tentu Datuk Seri Anwar tidak akan membuat kenyataan yang ideosinkratik dan jahil bunyinya.

Andaian lateral yang boleh dihasilkan daripada "sesuatu untuk sesuatu" Datuk Seri Anwar ini ialah: Warlords dan Godfathers Israel boleh dijadikan sebagai "tangan ajaib lagi halimunan" untuk membantu Datuk Seri Anwar menawan "Sarang binatang buas" - Putrajaya - dan kerusi empuk kuasa No. 1 negara - jawatan Perdana Menteri.

Di negara-negara kuasa besar sama ada dari segi ekonomi, sosial, politik mahupun sebagainya, Warlords dan Godfathers Israel ialah dan adalah Warlords dan Godfathers segala Warlords dan Godfathers. Apabila Warlords dan Godfathers Israel ini "menabur angin," Warlords dan Godfathers negara-negara kuasa besar yang bakal pasti "menuai badai."

Peluang hanya datang sekali. Tetapi bagi Datuk Seri Anwar peluang tentunya bukan sahaja datang sekali malah berkali-kali asalkan penghalalan cara Machiavelli siap sedia digunakan di dalam ruang dan peluang yang terbuka atau tersembunyi. Namun penghalan cara Mchiavelli tidak akan mampu mengatasi takdir yang telah ditentu-tetapkan Allah SWT walaupun seluruh ahli teoritis dunia bergabung kudrat dan tenaga.

Malaysia dan "Malaysia" sememangnya tahu akan cita-cita besar Datuk Seri Anwar - "Sarang binatang buas" - Putrajaya - dan jawatan Perdana Menteri. Barangkali dengan membuat kenyataan yang ideosinkratik dan jahil bunyinya Datuk Seri Anwar berpendapat dan berpandangan yang Warlords dan Godfathers Israel akan memberi "bantuan dan pertolongan cemas" kepadanya untuk mencapai cita-cita yang dicitakan.

Adalah satu ironi jika Warlords dan Godfathers Israel tidak memahami secara tersurat atau tersirat kenyataan ideosinkratik dan jahil Datuk Seri Anwar ini. Andaikanlah Warlords dan Godfathers Israel ini memberi "bantuan dan pertolongan cemas" kepada Datuk Seri Anwar. Apakah bentuk "bantuan dan pertolongan cemas" yang diberikan? Agar supaya cita-cita besar Datuk Seri Anwar menjadi kenyataan. Bagaimana dengan bantuan tekanan dan desakan (yakni memberi tekanan dan desakan ekonomi kepada Malaysia secara halus dan tersembunyi)?

Warlords dan Godfathers Israel terkenal dengan kepandaian dan kepintaran, kemuslihatan dan kelicikan yang tanpa tandingan. Menghasil manipulasi dan spekulasi, membei tekanan dan desakan, mencetus chaos ekonomi-politik dan politik-ekonomi yang mendatangkan laba sama ada kepada pihak sendiri, apparatus dan apparatchik adalah antaranya.

Tekanan dan desakan, terutamanya tekanan ekonomi lazimnya amat berkesan untuk menjatuh atau menukar kepimpinan kerajaan sesebuah negera. Malaysia walaupun kukuh teras keinstitusiannya tetapi mudah rapuh dari dalam sekiranya terdapat unsur atau anasir yang boleh dijadikan faktor. Contohnya gangguan atau kekacauan ekonomi atau sosio-ekonomi yang berlaku di dalam unit rantaian sosialnya - Melayu/Bumiputra, Cina, India dan Lain-lain - boleh menjadi faktor penyebab kepada kerapuhan keinstitusiannya.

Warlords dan Godfathers Israel tentunya "maklum sepanjang masa" dengan setiap apa yang berlaku di dalam sosial-ekonomi-politik Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan peranan yang diperanankan oleh Amerika Syarikat dan Singapura, walaupun tahu bahawa Malaysia dan Israel tiada hubungan diplomatik.

Seterusnya selain "maklum sepanjang masa" Warlords dan godfathers mustahil tidak membuat diagnosis dan prognosis faktor mutlak yang mempengaruhi kelemahan dan kekuatan ekonomi Malaysia secara mikro-makro. Pada kebarangkalian Warlords dan Godfathers Israel ini juga tahu dan faham secara teknikal bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 boleh berlaku sekali lagi sekiranya ada pihak mahu mencetuskan gangguan dan kekacauan ekonomi.

Kekacauan ekonomi yang tercetus secara lansung akan member kesan terhadap unit sosial - rakyat - dan unit politik - kerajaan yang memerintah. Namun kekuatan unit politik - kerajaan yang memerintah - secara praktikalnya berupaya meredakan kekacauan ekonomi daripada berlarutan sehingga tidak boleh dikawal. Tetapi tidak bagi unit sosial - rakyat - jika dibandingkan dengan unit politik - kerajaan yang memerintah - yang kuat.

Sukar untuk diteka tetapi percaya atau tidak Warlords dan Godfathers Israel mengakui bahawa Malaysia masih memiliki unit politik - kerajaan yang memerintah - yang kuat walaupun unit politik Malaysia secara keseluruhannya nampak kucar-kacir (merujuk kepada hubungan UMNO/BN dengan Pakatan Oposisi). Krisis kewangan Asia 1998 - yang diatasi oleh kerajaan yang memerintah secara bukan konvensional - mengiakan akuan Warlords dan Godfathers Israel.

"Ibarat pemakan suap yang kelaparan suap" kenyataan ideosinkratik dan jahil Datuk Seri Anwar boleh dijadikan alasan oleh Warlords dan Godfathers Israel memainkan peranan halus dan tersembunyi. Dalam memberi tekanan dan desakan ekonomi kepada Malaysia Warlords dan Godfathers Israel hanya memerlukan ruang dan peluang serta apparatus dan apparatchik yang boleh diperkuda semutlaknya. Antaranya ialah tidak lain dan tidak bukan pemegang modal antarabangsa dan global yang melabur di Malaysia menerusi pelaburan langsung asing. Juga termasuk entiti atau institusi antarabangsa dan global yang ditunggangi oleh Warlords dan Godfathers Isreal seperti Bank Dunia (WB), Institut Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Dalam menghulur "bantuan dan pertolongan cemas" kepada Datuk Seri Anwar, bagaimana Warlords dan Godfathers Israel boleh memberi tekanan dan desakan ekonomi kepada Malaysia? Sedangkan Warlords dan Godfathers Israel mengetahui bahawa Malaysia dan Israel tidak memiliki hubungan diplomatik. Seandainya Warlords dan Godfathers Israel melancarkan serangan tekanan dan desakan ekonomi secara terancang dan tersembunyi mampukah ekonomi Malaysia bertahan?

Secara teorinya, Warlords dan Godfathers Israel tidak memerlukan Presiden Barack H. Obama dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk melancarkan serangan tekanan dan desakan ekonomi secara halus dan tersembunyi kepada Malaysia - agar supaya membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Cukuplah hanya dengan menggerakkan apparatus dan apparatchiknya secara "gerakan permainan catur," yakni pemegang-pemegang modal antarabangsa yang melabur di Malaysia (menerusi pelaburan langsung asing) dan pemain-pemain panggung Bank Dunia, IMF dan WTO, ekonomi Malaysia bakal lumpuh secara teknikal dan empirikal. Hal ini kerana sejak dari dahulu lagi hampir daripada separuh ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada pelaburan langsung asing. Dan pelaburan langsung asing ini kebanyakannya di bawah kawal seliaan Warlords dan Godfathers Israel.

Andaikanlah ekonomi Malaysia lumpuh setelah mendapat serangan tekanan dan desakan secara halus dan tersembunyi yang dilancarkan oleh Warlords dan Godfathers Israel. Dan Kerajaan yang memerintah (UMNO/BN) di bawah pimpinan gandingan Najib-Muhyiddin yang mantap itu tidak dapat berbuat apa-apa. Adakah Datuk Seri Anwar dapat menawan "sarang binatang buas" Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya? Belum tentu.

Perkara yang perlu diketahui oleh Datuk Seri Anwar ialah: "Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Tetapi saya tinggalkan sedikit kepada kamu. Kenapa? Supaya kamu kenal siapa Yahudi, dan mencari jawaban kenapa saya bunuh Yahudi" (Adolf Hitler, Mein Kampf). Tidak mustahil Warlords dan Godfathers Israel juga inginkan quid pro quo - sesuatu untuk sesuatu daripada Datuk Seri Anwar. Kegagalan Datuk Seri Anwar menunaikan quid pro quo Warlords dan Godfathers Israel bakal melebur impiannya untuk menawan "sarang binatang buas" Putrajaya dan Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.