Skip to main content

Mansuh ISA: Langkah tepat atau bijak?

Kebarangkalian berlakunya ancaman ekstremisme terhadap keselamatan negara akan sentiasa ada. Walaupun cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa kontemporari ini berbeza dengan cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa lalu. Memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bermakna kerajaan yang memerintah telah membuka ruang dan peluang kepada berlakunya ancaman ekstremisme pada bila-bila masa sahaja.
 

ISA perlu dimansuhkan sekiranya ia disalahguna oleh kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri). Di bawah ISA, Menteri Dalam Negeri memiliki kuasa tahanan tanpa perbicaraan. Kebarangkalian kecenderungan kerajaan yang memerintah menyalahguna ISA melalui Menteri Dalam Negeri - positif. Ini demikian terutamanya dalam keadaan apabila animal politics kerajaan yang memerintah mengalami sindrom "tekanan kecelaruan politik."
 
Tulis, baca, kira (TUBAKI) adalah amalan yang diamalkan sejak zaman kuno lagi. Pun begitu, ia masih diamalkan sehingga ke saat ini. Apakah tulis, baca, kira juga perlu "dimansuhkan" di negara ini sekiranya ia disalahguna? Amalan tulis, baca, kira, jika dibandingkan dengan ISA - terutamanya - dari segi "kekunoan" nou en of amalan tulis, baca, kira lebih kuno daripada ISA. Malah dari segi kebahayaan, amalan tulis, baca, kira lebih berbahaya daripada ISA.

Sesuatu yang kurang difahami oleh kerajaan yang memerintah ialah bagaimana ISA boleh disalahguna sehingga tanpa sedar telah menyalahgunakan ISA. Apabila kerajaan yang memerintah menyalahgunakan ISA - adakah ISA itu bermasalah sehingga mendatangkan masalah? Tidak, salahguna ISA ialah dan adalah permasalahanya.

Keselamatan dalam negeri/negara tidak boleh hanya bergantung kepada (1) tentera dan polis, (2) empat cabang kerajan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif dan Institusi Raja) dan (4) isme kesetia-negara-an rakyat - serta belas kasihan negara musuh/bakal negara musuh. Tetapi ia juga bergantung kepada kebagaimana-jalanan sistem politik dan animal politics - animal politics parti kerajaan yang memerintah dan parti oposisi.

Sebagai sebuah negara yang majmuk dan plural - mengapa keselamatan dalam negeri/negara begitu penting kepada Malaysia? Bukankah sebagai entiti yang berdaulat Malaysia dengan secara sendirinya memiliki "bond keselamatan" - tentera dan polis, empat cabang kerajaan dan isme kesetia-negara-an rakyat?

Malaysia, sampai ke akhir pengakhirannya ia akan kekal sebagai sebuah negara. Tidak akan ada negara Malaysia kedua, ketiga dan seterusnya. Tetapi "bond keselamatan"nya sentiasa silih berganti dari masa ke semasa. Melainkan Malaysia dan "Malaysia" secara keseluruhannya mengalami kepupusan total. Oleh yang demikian sebagai entiti yang berdaulat Malaysia, sama ada mahu atau tidak, tetap memerlukan pencegah ancaman keselamatan - ISA.

"Ini yang kita bincangkan. Najib ada reformasinya, dia ingin mansuhkan ISA tetapi itu bukan masalahnya. ISA juga bukan masalah. Masalahnya adalah bagaimana ia disalahgunakan. Adakah Najib faham perkara ini? Adakah dia faham inilah yang sebabkan kami marah?"

- Raja Petra Kamarudin

Memansuh ISA bukanlah langkah tepat. Bukan juga langkah bijak. Tujuan ISA adalah untuk menutup ruang dan peluang kepada berlakunya ancaman ekstremisme terhadap keselamatan negara. Memansuh ISa boleh disifatkan sebagai langkah tepat dan bijak sekiranya kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri) "hilang kawalan diri" untuk terus menyalahgunakannya secara tidak tepat  dan tidak bijak.

Bagaimana kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri) boleh disifatkan sebagai penyalahguna atau menyalahguna ISA? Apabila kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri) menahan seseorang di bawah ISA atas dakwaan yang sama sekali tiada kena mengena dengan keselamatan negara, dibawa ke mahkamah, dan mahkamah akhirnya memutuskan penahanan adalah salah dan tidak sah, maka kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri) telah pun menyalahguna ISA.

Apakah yang menyebabkan kerajaan yang memerintah (melalui Menteri Dalam Negeri) menyalahgunakan ISA? Hampir daripada jumlah keseluruhan ahli kabinet (parti) kerajaan yang memerintah terdiri daripada animal politics. Animal politics - selagi ia bergelar animal politics sampai ke akhir pengakhiran hayatnya tidak akan terlepas daripada sindrom "tekanan kecelaruan politik." Lebih-lebih lagi jika animal politics itu berjawatan "menteri kanan" di dalam kabinet (parti) kerajaan yang memerintah.

"Tekanan kecelaruan politik" pada kebiasaannya akan menyebabkan animal politics sentiasa berada dalam keadaan phobia dan myopia. Keadaan phobia dan myopia ini selalunya menjadikan animal politics "kabur" dalam memahami sesuatu perkara atau isu yang memerlukan keseimbangan antara ratio decidendi dan orbiter dictum/orbiter dicta dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh: "Tapi anda tangkap sesorang atas dakwaan ucapan atau menulis sesuatu. Ia tak ada kena mengena dengan keselamatan negara. Dalam kes saya, saya ditahan dibawah ISA kerana didakwa menghina Islam. Apabila ia dibawa ke mahkamah, mahkamah memutuskan penahanan saya adalah salah dan tidak sah, jadi kemudian saya dibebaskan." - Raja Petra Kamarudin.

Memansuh ISA bukanlah langkah tepat atau bijak. Keadaan: "Dunia ini sentiasa penuh dengan kejutan dan kita tidak akan tahu," akan sentiasa berlaku dan berulang dari masa ke semasa. Tanpa mengambil kira sama ada terdapat ruang dan peluang atau tidak. Adalah gemilang, cemerlang, terbilang jika kerajaan yang memerintah "bermonolog" secara kritis: Adakah kebarangkalian keganasan - atau ancaman keganasan - masih mengancam Malaysia? Memansuh penyalahgunaan ISA adalah langkah tepat dan bijak!

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.