Skip to main content

Tabik Nik Aziz!

Tabik harus diberikan kepada bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz telah menunjukkan sikap dan sifat kepimpinan melalui teladan - memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya selama 23 tahun menerajui kepimpinan negeri Kelantan.
 
"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
 
"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpim Kelantan."
 
- Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Pemimpin, pemimpin politik terutamanya, tanpa mengira latarbelakang parti politik secara dengan sendirinya tidak akan lari dari palitan kesalahan dan kesilapan. Lebih-lebih lagi jika seseorang pemimpin itu, pemimpin politik terutamanya, selalu dipalit dan terpalit dengan kontroversi yang boleh mendatangkan kemudaratan yang bukan alang-alang bahananya.
 
Pemimpin, termasuklah pemimpin politik, sudah semestinya mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam hirarki stratifikasi sosial. Sungguhpun begitu, sebagaimana manusia biasa, dirinya tidak akan bersifat sempurna secara total. Melainkan seseorang pemimpin itu berpegang teguh kepada ungkapan Napoleon Bonaparte (1769 - 1821) - "orang yang tidak pernah melakukan kesilapan ialah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa."
 
Apabila seseorang pemimpin itu, lebih-lebih lagi pemimpin politik, memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan semasa hayat kepimpinannya, maka dia telah menunjukkan sikap dan sifat yang bertanggungjawab ke atas segala apa yang dilakukannya semasa hayat kepimpinannya. Sikap dan sifat bertanggungjawab perlu ada pada diri pemimpin, pemimpin politik terutamanya.
 
Iklim politik negara walaupun baik tetapi cuaca politiknya kurang baik. Kekurang baik cuaca politik negara ini bukanlah disebabkan oleh sistem politik itu sendiri tetapi disebabkan oleh animal politics sendiri, terutamanya pemimpin politik, yang rencam gelagat dan tingkahlaku politiknya.
 
Sikap dan sifat kepimpinan melalui teladan yang telah ditunjuk buktikan oleh Nik Aziz seharusnya dijadikan ikutan dan ikhtibar oleh pemimpin, pemimpin politik terutamanya.
 
Nik Aziz tentunya bukan sahaja akan dikenang sebagai pemimpin politik yang sentiasa hidup serba sederhana, tidak digelumangi dengan isu keperibadian dan akhlak tetapi juga sebagai pemimpin politik yang tidak miskin jiwanya. Walaupun pendirian politik dan bukan politik yang dicetuskannya terkadang mengundang kontroversi tetapi menginsafi kekurangan dan kelemahan diri, dan menginsafi kesalahan dan kesilapan melalui permohonan maaf dengan hati yang jernih. Sekali lagi - tabik Nik Aziz!   

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.