Skip to main content

Bantah CBP: Penjawat awam yang terlibat pengkhianat?

Apabila penjawat awam turut menyertai perhimpunan membantah CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang dianjurkan oleh pihak Pembangkang di ibu negara pada 1 Mei lalu bermakna penjawat awam juga seperti rakyat - terbeban dengan bebanan yang membebankan - kos sara hidup yang makin rocketing high dari masa ke semasa!

"Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah CBP di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat."

- CUEPACS


Secara kebarangkalian, pada kerajaan yang memerintah CBP adalah demi kepentingan rakyat. Pada sesetengah rakyat yang memahami sistem percukaian baharu yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah, yakni CBP, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat. Pada penjawat awam CBP pula bagaimana?

Perkara yang perlu difahami secara rincian asas ialah secara keseluruhan penjawat awam tidaklah bersifat "sama rata sama rasa" baik dari segi tangga jawatan mahupun tangga gaji. Tidak mustahil penjawat awam yang bergaji rendah kerana berjawatan rendah dalam kerjaya Penjawat Awam adalah kelas sosial yang terbesar jika dilihat dari segi hirarki kelas sosial keseluruhan kepenjawatan awaman.

Penjawat awam yang bergaji rendah tentunya juga seperti rakyat. Terbeban dengan bebanan kenaikan harga yang makin rocketing high dari masa ke semasa. Walaupun laporan ekonomi saluran perdana sentiasa melaporkan "persembahan ekonomi" negara yang selalu dikesimpulan mudahkan sebagai "mengagumkan."

Adalah tidak wajar penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah CBP di Dataran Merdeka pada 1 Mei lalu ditembak sebagai pengkhianat. Mereka juga seperti rakyat lainnya. Punya dan memiliki hak untuk bersuara selagi apa yang hendak disuarakan itu bersifat apa, kenapa, mengapa dan untuk apa, yakni keberasasan perkara yang bersifat rational yang boleh diketengahkan untuk disebulat suarakan secara situasi menang-menang.

Penjawat awam wajar dianggap sebagai pengkhianat sekiranya penjawat awam itu sama ada secara perseorangan atau perkumpulan atau kedua-duanya sekali melakukan tindakan khianat seperti membocorkan rahsiah negara kepada pihak negara lain. Tetapi jikalau hanya sekadar terlibat dalam perhimpunan seperti perhimpunan membantah CBP umpamanya - walaupun perhimpunan tersebut dianjurkan oleh pihak pembangkang - ia sama sekali tiada kena mengena dengan perbuatan khianat.

Kenapa dan mengapa terdapat penjawat awam melibatkan diri dalam perhimpunan membantah CBP di Dataran Merdeka pada 1 Mei lalu? Adakah penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan tersebut tidak suka dengan CBP hanya kerana tidak suka dengan CBP? Andaikanlah penjawat awam tidak suka dengan CBP sama ada ketidak sukaan yang bersebab dan yang tidak bersebab - kenapa, mengapa dan untuk apa? Secara teorinya, bukankah CBP baik untuk kepentingan rakyat kerana ia bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat?

Perkara asas yang perlu difahami. Penjawat awam juga rakyat sebagaimana rakyat lainnya. Punyai dan memiliki hak sebagaimana rakyat lainnya. Dua hak utama penjawat awam adalah tidak lain dan tidak bukan (1) hak sebagai rakyat dan (2) hak sebagai penjawat awam. Hak penjawat awam sebagai rakyat tentunya tidak bercanggah dengan amalan berdemokrasi. Nou en of! - Penjawat awam boleh ditembak sebagai pengkhianat dengan syarat kita mengamalkan amalan bernegara secara totalitarianisme.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.