Skip to main content

Selepas GST, TPPA?

Satira daripada judul buku The Coming Economic Collapse: How You Can Thrive When Oil Cost $200 a Barrel, edisi first trade, 2007, hasil tulisan Steephen Leeb, PhD, ialah "The Coming Economic Collapse: How You Can Thrive When Oil Cost $48 a Barrel." Pada 10 September lalu harga minyak mentah Brent ialah AS$48 setong.

 Pada bab 14 buku ini, Making Money in the Coming Collapse, Investment Jackpot #2: Oil and Oil Shares, Steephen Leeb menyatakan bahawa:

"So if our predictions regarding oil are correct, you will make excellent returns from the majors. And if we are wrong and  prices fall, you will have some downside protection. Big oil company also offer excellent yields, typically twice that of the market."



Downside protection: GST

Seandainya kerajaan yang memerintah ialah sebuah syarikat gergasi minyak terkemuka tentunya ia memiliki downside protection sebagaimana syarikat-syarikat gergasi minyak terkemuka lainnya. Hakikatnya kerajaan yang memerintah bukanlah Big Oil Company. Kerajaan yang memerintah tetap kerajaan yang memerintah. Walaupun demikian, kerajaan yang memerintah tetap memiliki downside protection untuk menangkis serangan makro-mikro ekonomi yang sentiasa penuh dengan kejutan yang tidak disangka.

Pada 14 September lalu, ketika mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi Malaysia, di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa antara sebab mengapa kita (Malaysia) mengalami kejatuhan (ekonomi) yang lebih serius ialah kerana:

1. Pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika berikutan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat.

2. Kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan getah.

3. Penyederhanaan ekonomi Republik Rakyat China yang merupakan rakan dagang utama negara serta penurunan nilai mata wang renminbi.

4. Sentimen mengenai perkembangan semasa - yang dipolitikkan - dalam negeri yang telah memberi kesan penyusutan ringgit.

5. Adanya pelbagai cabaran lain yang dihadapi antaranya jangkaan penurunan hasil kerajaan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia; akaun semasa imbangan pembayaran yang semakin mengecil; dan kenaikan kos sara hidup, terutama bagi golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak kelima-lima sebab di atas bukanlah kerana negara di ambang muflis, berada dalam krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan kerajaan yang dikatakan tidak berhemah.

Kerajaan yang memerintah telah pun menguatkuasakan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu biarpun mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular. Dalam perkiraan kerajaan yang memerintah, pada 2016, seandainya GST tidak dilaksanakan, dan masih dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST):

1. Hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.

2. Defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada 2016.

3. Kerajaan - akan - terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat.

Downside protection seterusnya: TPPA?

"Sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia tidak boleh berada di luar kumpulan kerana ia akan hilang kelebihan daya saing dan akhirnya kerugian apabila hanyut ke arah keterasingan."

- Paulius Kuncinas, Editor Serantau Oxford Business Group bagi Asia

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan jumlah dagangan sekitar 150 peratus melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kerajaan secara prinsipnya menerima hasil rundingan TPPA itu."

- Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri

Sekiranya jangkaan harga minyak mentah dunia kekal rendah pada 2016 tidak meleset, di samping pengukuhan nilai mata wang dolar Amerika, kejatuhan secara harga komoditi selain minyak mentah, dan pertumbuhan sederhana ekonomi rakan dagang utama negara, bermakna pendapatan kerajaan yang memerintah terutama daripada dividen Petroliam Nasional Berhad (Petronas), serta hasil cukai petroleum akan mengalami penyusutan.

Jika keadaan ini - kejatuhan ekonomi yang lebih serius - berterusan secara in tandem tentunya kerajaan yang memerintah, secara political will, menaikkan peratusan kadar semasa GST, atau menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), atau kedua-duanya sekali (?)

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.