Skip to main content

GST dan TPPA: Berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi

Tuduhan liar yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang yang kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertujuan mendera rakyat telah dijawab oleh Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) dengan: "Dan saya nak tanya adakah lebih 160 negara yang laksanakan GST telah 'mendera' rakyat mereka?" semasa dalam sidang Dewan Rakyat pada 27 Oktober lalu.


Semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam sidang Dewan Rakyat pada 2 November lalu pula, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) terpaksa 'disekolahkan' oleh Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) gara-gara cuba menyamakan isu GST dengan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Pokok Sena ini kalau buat analogi (tahap) sekolah rendah memang cukup cekap, analogi tidak ada kelas langsung, macam orang tidak sekolah, jangan samakan soal TPPA dengan percukaian GST, ini seperti hendak bandingkan antara epal dan oren."

- Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu)

GST dan TPPA sememangnya berbeza. Secara pemahaman mudah, GST adalah suatu sistem percukaian yang dipraktikkan oleh lebih 160 negara manakala TPPA merupakan cadangan perjanjian perdagangan yang disertai oleh 12 Negara termasuk Malaysia (Zainudin Ismail, Datuk). Walaupun GST dan TPPA berbeza tetapi kedua-duanya saling lengkap-melengkapi.

Bagaimana GST dan TPPA - boleh - saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain? Sekiranya (atau seandainya) kerajaan yang memerintah menerima TPPA dan menguatkuasakan perlaksanaannya pada masa akan datang, katakanlah selepas pilihanraya umum-14 (PRU-14), maka GST dan TPPA akan lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ini kerana kerajaan yang memerintah sudah tentu akan mengenakan GST ke atas - hasil urusniaga perdagangan - TPPA.

GST dan TPPA tidak akan saling lengkap-melengkapi sekiranya kerajaan yang memerintah tidak menerima TPPA, atau tidak mengenakan GST ke atas TPPA walaupun menguatkuasa perlaksanaan TPPA.

Negara - di bawah kerajaan yang memerintah - tentunya tidak berupaya mengurangkan import dalam keadaan ringgit mengalami pengukuhan dan kenaikan nilai secara in tandem di pasaran antarabangsa, walaupun - pada setiap masa - berupaya memperoleh lebihan dagangan. Semasa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) masih dikuatkuasakan perlaksanaannya, hasil cukai urusniaga perdagangan yang diperoleh kerajaan yang memerintah tentunya adalah tidak seberapa plus to minus-nya. Tetapi dengan adanya GST, maka kerajaan yang memerintah berupaya memperoleh hasil cukai urusniaga perdagangan secara value added walaupun import negara mengalami kenaikan dari masa ke semasa.

Comments

Unknown said…
Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I’ll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. different web designs
Unknown said…
Heya Belly Ballot

Thank you for stumbled upon my blog. Nou en of, I'll keep it up. Hectic days in working place always stray me from blogging time.

Once again thank you.

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.