Skip to main content

Penjajahan ekonomi "secara TPPA"?

Penjajahan bentuk baharu sama ada dalam bentuk pasif atau agresif bukan lagi bersifat darah dan besi yang dianggap sebagai tidak bertamadun. Tetapi lebih pada bentuk dan sifat "yang kelihatan bertamadun sedikit" yang antaranya secara penjajahan ekonomi. Kenapa masih lagi wujud penjajahan (dalam pelbagai bentuk dan sifat)? Sedangkan dunia umum akur akan bahawa jajah adalah sesuatu tindakan atau perbuatan yang sudah dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak bertamadun.

IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa), Bank Dunia termasuk WTO (Organisasi Perdagangan dunia) merupakan antara institusi-institusi yang banyak mendatangkan masalah kepada ekonomi dunia dalam masa dua dekad akhir ini.

"In this book, I focus mostly on the IMF and the World Bank, largely because they have been at the center of major economic issues of the last two decades, including the financial crisis and the transition of the former communist countries to market economies."

"The Keynesian orientation of the IMF, which emphasized market failures and the role of government in job creation, was replaced by the free market mantra of the 1980s, part of a new "Washington Consensus" - a consensus between the IMF, the World Bank, and the U.S. Treasury about the "right" policies for developing countries - that signaled a radically different approach to economic development and stabilization."

- Joseph E. Stiglitz

Indonesia sewaktu era pentadbiran Soeharto boleh dijadikan prognosis pembelajaran dan pengajaran sosio-ekonomi yang baik. Berkat dan rahmat bantuan pemulihan ekonomi IMF semasa Krisis Kewangan Asia Timur 1997/98 melanda, salah satu industri penting pembangunan strategik Indonesia, yakni industri pembuatan pesawat terbang, stall dan berkubur dengan sendirinya. PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional) barangkali akan menerima nasib sama yang menimpa industri pembuatan pesawat terbang Indonesia sekiranya pada masa itu Tun Dr. Mahathir akur dengan cadangan "gaya pemulihan ekonomi" Anwar Ibrahim - Program IMF tanpa IMF - sewaktu negara berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia Timur 1997/98.

TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik), walaupun ia bersifat rundingan secara rahsiah ia bukanlah sesuatu yang bersifat baharu terutamanya di kalangan negara-negara yang mendukung "Washington Consensus Doctrine", IMF, Bank Dunia (dan WTO). Secara kefahaman dasar TPPA pada zahirnya ialah dan adalah bersifat quid pro quo - sesuatu untuk sesuatu (yang bersifat ekonomi dagang semata). Secara menyeluruh TPPA juga tidak bersifat one size fits all. Barangkali TPPA bersifat "sama rata sama rasa" dengan negara-negara kuasa besar ekonomi yang menyertainya. Tetapi tidak "sama rata" dengan negara-negara kecil kuasa ekonomi yang menyertainya? Bagaimana penjajahan ekonomi boleh dilakukan "secara TPPA?

Realiti ekonomi ialah untung dan rugi. Penawaran dan permintaan tidak akan terhenti selagi kedua-duanya terus berputar dan saling lengkap melengkapi. Pihak yang membuat penawaran dan permintaan boleh jadi terdiri daripada negara-negara kuasa besar ekonomi yang sama ada menyertai TPPA atau tidak. Negara-negara yang kecil atau kerdil kuasa ekonominya hanyalah "pelengkap" dalam penyertaan TPPA. Negara-negara yang kecil atau kerdil kuasa ekonominya tentunya tidak dapat menentukan dasar ekonominya sendiri kerana terperangkap dengan percaturan terancang negara-negara kuasa besar ekonomi (sama ada peserta TPPA atau tidak). Sekiranya demikian secara tanpa sedar negara-negara yang kecil atau kerdil kuasa ekonominya terjajah (ekonominya) "secara TPPA" dengan sendirinya.

Terdapat dua belas buah negara yang terlibat dengan TPPA - Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, dan Vietnam. Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan New Zealand merupakan negara-negara dominan putih yang berpengaruh dari segi dasar-dasar ekonominya. Manakala Jepun dan Singapura pula merupakan sekutu kuat ekonomi negara-negara dominan putih (termasuk Britain yang tidak menyertai TPPA). Mexico, Chile, dan Peru pula sentiasa berhadapan dengan masalah ekonomi yang berpanjangan tetapi tunduk dengan Amerika Syarikat dan Kanada. Brunei dan Malaysia pula merupakan negara Islam yang masih membangun ekonominya. Vietnam yang mengalami proses pembangunan ekonomi pula berperanan sebagai negara "gantian" kos pengeluaran murah.

Secara pemahaman mudah, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan New Zeland berperanan sebagai negara pemodal dan penasihat teknikal dan kepakaran. Jepun dan Singapura pula berperanan sebagai "rakan sejawat" negara-negara dominan putih. Mexico, Chile, dan Peru pula berperanan sebagai negara "tuan rumah" FDI (Pelaburan Langsung Asing) di samping menyediakan tenaga input-output faktor pengeluaran - sumber bahan mentah dan tenaga buruh. Sebagai negara Islam Malaysia dan Brunei Darusslam dijadikan sebagai test case dalam menarik minat negara-negara Islam lain (yang kaya dengan sumber modal kewangan dan sumber bahan mentah) untuk menyertai TPPA. Vietnam pula berperanan sebagaimana Mexico, Chile, dan Peru untuk wilayah Asia Pasifik sekiranya wujud pergeseran politik-ekonomi di antara negara-negara kuasa besar ekonomi (negara-negara dominan putih terutamanya) dengan negara China.

Apabila TPPA dilaksanakan sepenuhnya kelak tidak mustahil IMF, Bank Dunia, termasuk WTO akan memainkan peranan di sebalik tabir dalam mencatur dan menentukan "cara kerja" TPPA dengan dasar-dasar yang pada kebarangkalianya bersifat double standard. Untuk apa IMF dan Bank Dunia (melainkan WTO) perlu memainkan peranan (walaupun di sebalik tabir) sedangkan IMF dan Bank Dunia (melainkan WTO) bukan "negara peserta" TPPA?

TPPA pada dasarnya ialah kerjasama ekonomi dagang. Dalam dunia dagang sebagaimana dalam dunia niaga perlu ada institusi yang berperanan sebagai creditor ini kerana dengan secara sendirinya sudah wujud debtor. Negara-negara peserta TPPA yang kecil kuasa ekonominya terutamanya Chile, Mexico, dan Peru (dengan mengecualikan Brunei Darussalam) dengan secara sendirinya akan menjadi debtor. Begitu juga dengan Vietnam dan Malaysia - yang tidak seberapa kuasa ekonominya walaupun berpengaruh di peringkat Asia Tenggara dan di peringkat Organisasi Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) - tetapi kebarangkalian menjadi debtor adalah positif sekiranya ia kehilangan kedaulatan ekonomi secara beransur-ansur (akibat dasar-dasar TPPA yang berat sebelah dan penuh kerahsiaan).

Sebagaimana yang diretorikkan oleh negara-negara kuasa besar ekonomi yang menyertai TPPA bahawa TPPA mengahsil minus to plus kepada ekonomi negara memang ada benarnya. Malah secara teori di atas kertas pun TPPA boleh dibuktikan hasil positifnya sama ada ia dilaksanakan/dipraktikkan atau tidak. Tetapi ia memerlukan syarat yang asas iaitu "sama rata sama rasa, tiada kerahsiaan, tiada diskriminasi atau layanan yang bersifat double standard. Bagi negara-negara peserta TPPA yang kecil atau kerdil atau tidak seberapa kuasa ekonominya syarat asas ini tidak mendatangkan masalah. Tetapi bagaimana pula dengan negara-negara peserta TPPA yang besar kuasa ekonominya (yang menjadi "host" dan "server" IMF dan Bank Dunia)?

Bagi negara-negara yang kecil atau kerdil atau tidak seberapa kuasa ekonominya yang baharu menyertai TPPA, TPPA tidak akan mendatangkan kesan pada peringkat permulaan perlaksanaannya kerana sedia maklum akan manfaatnya - perluasan perdagangan. Dan malah tidak akan menjadi debtor kepada negara-negara peserta TPPA yang besar kuasa ekonominya dan IMF dan Bank Dunia. TPPA hanya akan mendatangkan kesan kepada negara-negara peserta TPPA yang kecil atau kerdil atau tidak seberapa kuasa ekonominya apabila input perdagangannya gagal menembusi pasaran luas TPPA kerana lebihan penawaran kurangnya permintaan akibat percaturan licik negara-negara peserta TPPA yang besar kuasa ekonominya.

Situasi "lebih tawar kurang minta" ini menyebabkan negara-negara peserta TPPA yang kecil atau kerdil atau tidak seberapa kuasa ekonominya akan terpaksa meminta nasihat dan kepakaran teknikal daripada negara-negara peserta TPPA yang besar kuasa ekonominya - untuk bagaimana mengembang perdagangan dan mencapai economic surplus. Maka dengan secara sendirinya IMF dan Bank Dunia termasuk WTO akan campur tangan secara "mild" bagi menyediakan rancangan penyelamat dan pemulihan. Ini seterusnya memboleh negara-negara peserta TPPA yang besar kuasa ekonominya berganding bahu dengan IMF dan Bank Dunia termasuk WTO untuk merangka dasar-dasar TPPA yang akhirnya membebankan negara-negara peserta TPPA yang kecil atau kerdil atau tidak seberapa kuasa ekonominya.

TPPA akan - berupaya - dapat berfungsi dengan baik dan sepenuhnya tanpa mendatangkan beban tanggungan "kerugian berantai" kepada negara-negara peserta TPPA - negara-negara peserta TPPA yang kecil atau tidak seberapa kuasa ekonominya - sekiranya amalan perlaksanaannya bersifat sama rata sama rasa. Seandainya wujud "campur tangan" IMF, Bank Dunia (dan WTO) secara "mild", dan TPPA tetap kekal dengan dasar sama rata sama rasa, sudah tentu persekitaran amalan TPPA akan bersifat efektif dan kondusif di samping mewujudkan situasi menang-menang di kalangan negara-negara peserta TPPA. 

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.