Skip to main content

"Politik tidak sihat"

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya kerajaan Barisan Nasional di tiga negeri bakal tumbang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak layak disifatkan sebagai politik tidak sihat. Politik tidak sihat selalunya - yang pada akhirnya menjadi kebiasaan - berpunca daripada tindak-tanduk politikus itu sendiri seperti: Cakap tak serupa bikin dan tidak amanah (korup) dalam berpolitik.

"Adalah tidak wajar baginya menyatakan perubahan kerajaan akan berlaku di Perak, Terengganu dan Johor. Itu tak betul.

"Pada pilihan raya akan datang, biarlah rakyat yang memilih."

- Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong

Cakap tak serupa bikin di kalangan politikus dalam berpolitik, tanpa mengira sama ada politikus itu politikus parti politik kerajaan yang memerintah atau pembangkang, bukanlah sesuatu yang baharu dalam iklim dan cuaca politik negara. Bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah perkara politikal yang boleh dijadikan kes Cakap tak serupa bikin.

Bagaimana bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan bersifat politikal dan menjadi politik tidak sihat pada akhirnya?

Pada 1 April 2015, Kerajaan yang memerintah telah menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ia adalah kerana kerajaan yang memerintah yakin akan kemampuan dan keupayaan GST untuk memakmurkan ekonomi negara. Walaupun mendapat tentangan dari rakyat, penjawat awam dan parti politik pembangkang, kerajaan yang memerintah tetap dengan keputusannya.

Untuk meredakan keadaan disamping meyakinkan rakyat akan kemampuan dan keupayaan GST untuk memakmurkan ekonomi negara, bekas Timbalan Menteri Kewangan tampil di media arus perdana dan media sosial dengan kenyataan: "Harga barang boleh turun kerana GST."

Namun apa yang berlaku pada saat ini adalah sebaliknya. Kerajaan yang memerintah seakan gagal mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Faktor langsung yang mempengaruhi kenaikan kos sara hidup ialah dan adalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bukan rakyat kelas bawahan sahaja yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup tetapi juga rakyat kelas pertengahan dan kelas atasan. 

"Harga barang boleh turun kerana GST" telah bertukar menjadi "Harga barang boleh naik kerana GST." Apabila bekas Timbalan Menteri Kewangan membuat kenyataan Cakap tak serupa bikin, maka ia akan bersifat politikal. Apabila ia bersifat politikal rakyat akan tertanya-tanya secara dengan sendirinya: Adakah bekas Timbalan Menteri Kewangan terpaksa membuat kenyataan populis demi kehegomonian parti politik kerajaan yang memerintah?

Dunia politik parti politik kerajaan yang memerintah bakal menjadi tidak sihat sekiranya ia memiliki politikus kebanyakan seperti bekas Timbalan Menteri Kewangan yang Cakap tak serupa bikin. Ia akan menjadi liabiliti kepada pucuk pimpinan parti politik kerajaan yang memerintah khasnya dan parti politik kerajaan yang memerintah keseluruhannya. Bayangkan kalau politikus kebanyakan seperti bekas Timbalan Menteri Kewangan dijadikan calon dalam pilihan raya umum.
   
Pada 10 Oktober lalu Transparency International-Malaysia telah mendedahkan bahawa, Barometer Rasuah Malaysia 2014 menunjukkan parti politik adalah badan yang paling korup di Malaysia diikuti oleh polis dan penjawat awam. Orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab.

"Ahli politik dilihat paling korup dan menggantikan polis untuk menduduki tempat teratas pada tahun sebelumnya.

"Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya.

"Statistik SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menunjukkan bahawa dua ahli politik ditahan daripada 670 jumlah tangkapan pada 2015 dan dua daripada mereka ditahan sehingga Oktober 2016."

- Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akbar Satar

Ibu segala politik tidak sihat sudah tentu tidak lain dan tidak bukan - ahli politik korup. Ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga, ahli politik korup bukan sahaja mendatangkan masalah kepada "industri politik" tetapi juga kepada parti politik yang disertainya. Lebih-lebih lagi kalau parti politiknya itu ialah dan adalah parti politik yang membentuk kerajaan dan memerintah sama ada di peringkat persekutuan atau di peringkat negeri atau kedua-duanya sekali.

Punca yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap ahli-ahli politik dan parti-parti politik ialah dan adalah - korup. Parti politik, sekiranya ia disertai oleh ahli dan pemimpin korup, hayat politik parti politik itu tidak akan berpanjangan. Lebih-lebih lagi jika generasi penerusnya terdiri daripada kalangan generasi ketiga.

Kegagalan berterusan dan berpanjangan pucuk dan barisan pimpinan politik untuk mencegah dan mengubati ahli dan pemimpinnya yang korup bakal menjadikan politik negara tidak sihat akhirnya.

"Alangkah bagusnya kalau rakyat kita satu hari nanti dapat lebih dahulu memantapkan kedudukan dalam profesion dan dunia perniagaan, kemudian baru masuk politik, seperti ahli politik Britain. [...] Pesan saya kepada kaum pemuda kita [...], jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan atau pekerjaan (Kuok 1991: 217-8).

- Tun Dr. Ismail Alhaj, Allahyarham

Berbalik kepada kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad - "kerajaan Barisan Nasional di tiga negeri bakal tumbang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14" - yang disifatkan oleh Presiden Gerakan sebagai politik tidak sihat, jika ia dibandingkan dengan kenyataan bekas Timbalan Menteri Kewangan - "Harga barang boleh turun kerana GST" - dan pendedahan Presiden Transparency International-Malaysia - "Ahli politik dilihat paling korup..." - kenyataan bekas Timbalan Menteri Kewangan dan pendedahan Presiden Transparency International-Malaysia adalah lebih tidak sihat.    

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.