Skip to main content

Ekonomi negara tersungkur tanpa GST?

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagaimana negara-negara lain yang tidak melaksanakannya sudah tentu ekonomi Malaysia tersungkur. Barangkali Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang tersungkur ekonominya sekiranya tidak melaksanakan GST pada 15 April 2015. Barangkali negara-negara lain yang tidak melaksanakan GST telah tersungkur ekonominya pada ketika ini.

Adakah ekonomi Malaysia akan tersungkur kerana tidak melaksanakan GST?

Ketersungkuran ekonomi sesebuah negara selalunya berpunca daripada masalah yang berlaku dalam sistem rantaian sosio-politiknya dan sosio-ekonominya (dalam kerangka politik-sosial-ekonomi). "Masalah dalam sistem" yang wujud dalam sistem rantaian sosio-ekonomi dan sosio-politik ini selalunya menghambat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tanpa mengira sama ada negara itu kuasa besar ekonomi atau sebaliknya. Antara "Masalah dalam sistem" adalah seperti yang berikut:

1. Rasuah,
2. Pecah amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa,
3. Ketirisan ('Errors & Omissions'),
4. Ketidakcekapan urus dan tadbir (kewangan dan bukan kewangan), dan
5. Karenah birokrasi yang melesukan.

Walaupun (1) Kadar pengangguran yang tinggi, (2) Kuasa beli isi rumah yang rendah, (3) Pendapatan boleh guna dan boleh simpan isi rumah yang rendah, (4) Aliran keluar wang ke luar negara yang tinggi, (5) Pelabur asing langsung yang menarik keluar pelaburannya serta merta dan sebagainya tetapi lima "Masalah dalam sistem" seperti yang disebutkan di atas masih lagi merupakan penghambat utama yang boleh membawa kepada ketersungkuran ekonomi sesebuah negara.

"Bila harga minyak jatuh, RM35 bilion kerugian hasil negara, kalau tidak ada GST hari ini, 'mengkaraklah' kita hari ini, maknanya tersungkurlah ekonomi negara kita."

- Dato' Seri Najib Tun Razak

"Across the world, oil is invoked as a machine of destiny. Oil will make you rich, oil will make you poor, oil will bring war, oil will deliver peace, oil will define our world as much as the glaciers did in the Ice Age."

"Their prosperity in the last fifty years was in contrast to oil exporters like Iraq, Iran and Nigeria, which did not have the profile of winners. Among their humiliations, the most absurd is that they have shortages of gasoline. They are examples of what economists call the "resource curse," which posits that countries dependent on resource exports-especially oil but also natural gas, diamonds and other minerals-are susceptible to lower growth, higher corruption, less freedom and more warfare."

- Peter Maass, Crude World, The Violent Twilight of Oil, 2009

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dato' Seri Najib dan kerajaan yang memerintah kerana -  tidak berbelanja secara boros sebaliknya mengikut kemampuan serta had perbelanjaan secara berhemah sekali gus membawa negara ke landasan ekonomi yang positif. Namun tiadalah berguna sepenuhnya "Kerajaan tak boros" kalau rasuah, pecah amanah, penyelewengan, salah guna kuasa, ketirisan, Ketidakcekapan urus dan tadbir (kewangan dan bukan kewangan), karenah birokrasi yang melesukan dan sebagainya masih membelenggu pentadbiran kerajaan yang memerintah sepanjang masa.

Bagaimana pula ekonomi negara tanpa GST

Realiti ekonomi ialah untung dan rugi. Realiti untung dan rugi pula ialah jual dan beli. Selagi ada urusan niaga, yakni urusan jual dan beli di pasaran niaga, selagi itulah roda ekonomi sentiasa berputar dan tidak akan tersungkur walaupun bentuk sistem percukaian negara bukannya GST tetapi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Andaikanlah kerajaan yang memerintah masih kekal dengan perlaksanaan sistem percukaian SST; sekiranya pentadbiran kerajaan yang memerintah sifar "Masalah dalam sistem" sudah tentu ekonomi negara tidak akan 'merangkaklah' atau tersungkur; di samping (1) Kadar pengangguran yang rendah, yakni ideal, (2) Kuasa beli isi rumah yang tinggi, (3) Pendapatan boleh guna dan boleh simpan isi rumah yang tinggi, (4) Aliran keluar wang ke luar negara yang rendah, (5) Pelabur asing langsung menambah masuk pelaburannya dari masa ke semasa dan sebagainya.

Rasional kerajaan yang memerintah menukar sistem percukaian kepada sistem percukaian yang didakwa lebih telus dan "terkehadapan" adalah untuk memantapkan sistem percukaian negara agar supaya laluan negara ke arah "Negara Berpendapatan Tinggi" terbentang luas di samping mengimbangi kejatuhan nilai hasil cukai minyak mentah di pasaran minyak mentah dunia. Jauh sekali untuk memulih atau "Recover the  Errors & Omissions" yang berlaku di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang memerintah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.