Skip to main content

Perhimpunan

Sejak Abdullah Ahmad Badawi bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 negara mulai dilanda pelbagai karenah teutamanya berbaur politik. Pada tahun ini (2007) sahaja sudah dua perhimpunan menggegarkan negara. Kedua-dua perhimpunan ini tetap dilabel oleh kerajaan PM Abdullah sebagai haram kerana tidak mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan atas faktor keselamatan dan keamanan negara.

Perhimpunan pertama dimulakan oleh BERSIH pada 10 november 2007. Perhimpunan aman yang dianjurkan BERSIH ini tidak mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan walaupun BERSIH ada memohon kebenaran untuk berhimpun secara aman. Walaupun BERSIH tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan BERSIH bertegas untuk menganjurkan perhimpunan demi keadilan dan ketelusan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Perhimpunan kedua diikuti oleh Hindraf yang diadakan pada 25 november 2007 lalu. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindraf ini juga senasib dengan BERSIH iaitu tidak mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan. Namun demikian perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindraf ini tidaklah boleh disamakan seperti perhimpunan BERSIH kerana Hindraf secara jelas dan terang melakukan perhimpuanan beralakan demonstrasi agresif sehingga berlakunya pertumpahan darah dan menuntut sesuatu yang tidak masuk akal dan jauh daripada logika.

Perhimpunan yang dianjurkan BERSIH ini walaupun dalam bentuk aman tetap dilabel oleh kerajaan PM Abdullah sebagai "haram" dan setaraf dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindraf. Ia dilabel sebagai haram kerana tidak mendapat keizinan atau permit daripada pihak berkuasa kerajaan atas dasar menjaga keamanan negara. Apa yang agak sarkastik ialah PM Abdullah mengarahkan secara langsung kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya tidak memberi permit kebenaran berhimpun secara aman kepada BERSIH. Pada masa yang sama juga PM Abdullah menegaskan perhimpunan yang dianjurkan BERSIH tetap haram disisi kerajaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kerajaan. Persoalannya yang wujud ialah pihak manakah dan siapakah yang berkuasa didalam memberi keputusan, apakah PM Abdullah atau pihak kerajaan ?

Kenyataan tegas PM Abdullah ini terus disebar dan dicanang oleh akhbar-akhbar dibawah telunjuknya dan wajah tegas PM Abdullah mendapat "close up" daripada lensa kamera wartawan untuk dipublisitikan keseluruh pelusuk negara.

Pengajaran yang wujud samada secara sedar mahupun tidak ialah pimpinan PM Abdullah kini tidak mendapat tempat dihati rakyat marhean terutamanya yang terdidik dan terpelajar dan tidak terkongkong oleh kerajaan. Golongan yang sedikit ini akhirnya bangun bertindak dan bersuara dari semasa-kesemasa samada secara praktikal mahupun secara "perang siber." Bukti ini boleh dikukuhkan dengan fakta jelas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu ramai golongan muda tidak mendaftar sebagai pemilih dan pihak SPR sendiri tidak pernah mengkajiselidik faktor apakah yang menyebabkan golongan muda tidak mendaftar sebagai pemilih. Apakah golongan muda sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan SPR atau Kerajaan PM Abdullah?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.