Skip to main content

RM 1 juta insentif Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun-Atlet negara yang memenangi pingat emas pada sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM 1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini."

-Utusan Malaysia.

"...negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$ 1 juta untuk atlet mereka yang yang meraih emas Olimpik...,"...ganjaran RM 1 juta adalah "wajar dan berpatutan" memandangkan temasya sukan Olimpik itu 'begitu gah'dan diadakan empat tahun sekali."

-Dato' Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri

Baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar insentif atlet yang menang emas Olimpik dari RM160,000 kepada RM 1 juta. Ini bermakna kerajaan PM Abdullah masih mempunyai sokongan kewangan yang kukuh dan kerajaan PM Abdullah belum lagi "muflis." Ini juga sekaligus membuktikan kenyataan Tun Dr. Mahathir terhadap latar belakang kewangan kerajaan "kerajaan banyak duit." Tindakan kerajaan menaikkan kadar insentif atlet kepada RM 1 juta pada masa krisis harga minyak sekarang adalah tidak masuk akal dan boleh dianggap sebagai satu pembaziran yang amat menghina. Apakah "Hadahri" menyeru kepada pembaziran?



"...Secondly projects which were approved by the previous government of which he was a member and Deputy Prime Minister, and projects he had undertaken to approve were cancelled by him ostensibly because the Government had no money. This cannot be true because I made sure the Government's financial position was good when I stepped down. There were loose talk that I used up all government funds and there was no more money for anything. Malasyia is far from being bankrupt. Its credit rating is high..."

-Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri

Kenaikan sebanyak RM840,000 adalah satu jumlah besar bagi rakyat miskin dan RM840,000 ini juga boleh dimanfaatkan atau disalurkan kepada pembangunan kemanusiaan sekali gus menjayakan hasrat kerajaan PM Abdullah membasmi kemiskinan tegar di seluruh negara dan mengurangkan pengangguran.Menurut CIA-World Fact Book, kadar peratusan penduduk yang berada dibawah garis kemiskinan adalah berjumlah 5.1% (jangkaan 2002), dan kadar pengangguran berjumlah 3.2% (jangkaan 2007). Walaupun kadar kemiskinan dan pengangguran menunjukkan peratusan yang kecil, tetapi itu hanyalah gambaran fakta semata-mata dan masih boleh dipertikaikan tahap kesahihannya.

Melalui program TV3, "Bersamu," jelas terpancar raut-raut wajah rakyat yang setia mengundi parti pemerintah (Umno/BN) dibebankan dengan kemiskinan dan sudah tentu mengharapkan belas kesihan daripada pihak-pihak yang sudi membantu terutamanya pihak kerajaan. Sudah pasti PM Abdullah sendiri tidak suka kepada kemiskinan kerana kemiskinan boleh menghakis akidah manusia dan mendekatkan diri kepada kekufuran. Seandainya sebahagian daripada insentif RM 1 juta disalurkan kepada dana khas bantuan untuk rakyat miskin, sudah tentu kerajaan dan PM Abdullah akan dilimpahkan berkat daripada Allah S.W.T. kerana membuat kebajikan. Lagipun membantu rakyat miskin adalah salah satu daripada motif "Hadhari."

Atlet sekarang tidak sama dengan atlet dahulu. Atlet dahulu begitu terbukti kejayaannya dan jelas membuktikan kejayaan mereka di arena sukan sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Kejayaan mereka ini tidak didorong oleh motif kewangan atau disuntik dengan "suntikan modal" kerajaan walau sesen pun. Tanpa wang sesen dari kerajaan pun mereka mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan dunia. Kerajaan telah membelanjakan wang berjuta-juta ringgit atas nama pembangunan sukan tetapi gagal melahirkan handalan sukan dunia melainkan "jaguh kandang," malah melonggokkan lagi jumlah wang atas nama pembangunan sukan dan maruah sukan.

"...Dahulu sekolah yang terkenal melahirkan ahli sukan yang terkenal tanpa wang sesen daripada kerajaan. Sekarang, kerajaan belanja berjuta ringgit setiap tahun untuk sekolah sukan, apa hasilnya? Pemain bola sepak kita kalah kerana tidak guna akal dan tidak azam yang kuat untuk berjaya. Sekolah tidak menanam keazaman, semangat juang, semangat cinta negara dan tidak mencabar daya fikir..."

-Prof Emeritus Dato' Khoo Kay Kim.

"...Zaman saya dulu, elaun pemain bola sepak mewakili negara hanyalah RM10 sehari dan kami sepasukan menanti sehingga 15 hari sepanjang Pesta bola Merdeka untuk mengumpul RM150. Malah jika muncul juara, kami cukup bebesar hati kerana dihadiahkan jam Rolex yang dibelakangnya bertulis penghargaan daripada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra..."

-Raja Bola Sepak era 50-an hingga 60-an, Datuk Abdul Ghani Minhat.

RM 840,000, disamping disalurkan kepada bantuan kemiskinan dan pengurangan pengangguran, ia juga boleh digunakan untuk tujuan kegunaan bantuan pendidikan dan pembangunan pendidikan negara seandainya kerajaan tidak mahu membasmi kemiskinan tegar. Di luar bandar terutamanya di negeri-negeri mundur yang mana tahap pendidikannya tidak setanding dengan negeri maju seperti Selangor, mempunyai kadar keciciran pendidikan yang tinggi. Kadar keciciran pendidikan ini sudah tentu disebabkan oleh faktor kemiskinan.

Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya golongan pelajar-pelajar miskin ini dibantu dengan menggunakan sebahagian daripada RM 1 juta insentif Olimpik atas nama dan maruah pendidikan, melainkan PM Abdullah dan wazir-wazirnya cemburu dan tidak mahu melihat kejayaan akademik pelajar-pelajar miskin yang boleh memalukan dan mengalahkan keupayaan akademik pelajar-pelajar yang datang daripada golongan keluarga kelas "menteri" kerajaan memerintah, dan golongan keluarga kelas "kapitalis."

Kerajaan PM Abdullah kini sudah berada di zon yang selesa walaupun tercalar sedikit akibat bergelut dengan keadaan yang diluar jangkaan. Kerajaan PM Abdullah seharusnya mengutamakan perkara utama yang terutama dikalangan terutama. Tiada gunanya berjuta-juta ringgit, (sudah tentu wang rakyat yang dimiliknegarakan) dilonggokkan dan dibelanjakan kejalan kemegahan yang mana hanya golongan sedikit sahaja merasai nikmat. Apakah PM Abdullah dan kerajaannya ingin sekali lagi menerima "tulah" rakyat sebagaimana yang berlaku pada PRU-12 lalu?

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.