Skip to main content

"BN tunjuk muka sepanjang masa": Tidak perlu publisiti media

"Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka.
"Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa."

- Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Barisan Nasional (BN) sememangnya tunjuk muka sepanjang masa walau di mana jua berada - termasuklah di luar negara. Rakyat sudah mengakui itu. Namun ketunjukan muka BN sepanjang masa itu tidak perlu publisiti media. Panca indera rakyat sentiasa tajam dan rakyat sudah semestinya sedia maklum dengan ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu. Melainkan rakyat buta huruf, buta baca atau buta media sehingga tidak tahu BN turun ke bawah tunjuk muka.


Tanpa publisiti media pun ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu boleh menjadi sensasi dan akan sentiasa bersifat sensasi selagi wujud pensensasi di dalam organisasi BN. Di mana-mana sahaja rakyat akan berbicara, berbual, berpolemik dan berdiskusi, dan berjenaka tentang ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu.

Namun ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat hasil daripada tunjuk muka itu. Melainkan sensasi dan populariti semata.

"Apabila Umno dan BN kalah teruk pada dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, bintangnya kembali terang. Atas kekalahan kawan-kawannya dalam Umno untuk pertama kali dia dipilih menjadi menteri kabinet. Bukan main ligat dia sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Tiada menteri sebelumnya pergi tidur di rumah-rumah orang kampung dan pondok-pondok buruk. Tidak pasti apakah dia ada tidur di rumah Orang Asli. Sepatutnya ada.

"Tidak diketahui berapa kali dia memilih menumpang tidur di rumah orang kampung dari menginap di hotel? Tetapi publisiti tidur di dangau itu memasyhurkannya," Subky Latif, 2009. Adakah ini satu tunjuk muka?

Walau bagaimana pun, tunjuk muka BN - yang sepanjang masa itu - masih boleh dipersoal dan dipersulit secara mudah. Adakah tunjuk muka itu hanya sekadar memenuhi tuntutan jadual waktu tugas politik? Atau hanya sekadar ke muka untuk bersemuka dengan muka-muka supaya terkemuka di muka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya?

Comments

ninim said…
begitu mudah perkara yang ditunjukkan

tunjuk muka menjustifikasikan bekerja

adilkah begitu??
Unknown said…
Assalam alaikum

Secara logik, tunjuk muka menjustifikasikan "kerja" atau bekerja atau "melakukan kerja."

Di sebalik tunjuk muka, ada Quid Pro Quo; sesuatu untuk sesuatu (Latin).

Umno khasnya dan BN amnya tidak wujud dalam satu tetapi bergerak secara berasingan untuk mendapatkan kuasa dalam parti.

Umno: Akhir Sebuah Impian; hasil wacana Tan Sri Mohammed Rahmat, Allahyraham ada mewacanakanya secara ringkas tetapi jelas tentang di sebalik tunjuk muka itu.

Banyak isu rakyat sebenarnya boleh diselesaikan atas kertas dengan masa yang singkat dan tidak perlu "Tunjuk Muka." Ini telah berhasil sejak di awal era keemasan Umno dan BN.

Tunjuk muka boleh dinilai dari dua sudut. Sudut media dan sudut "mata dan telinga rakyat." Walaupun media tidak "menggemburkan" tunjuk muka, rakyat akan "menggemburkannya."

Umno / Bn zaman Tun Abddul Razak umpamanya banyak melakukan tunjuk muka tetapi tidak mendapat liputan meluas media (zaman itu media terhad liputannya) tetapi masih mendapat "liputan" - rakyatlah yang membuat "liputan." sebab itu Tun Abdul Razak kekal di persada kuasa dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa.

Tunjuk muka hanya satu formaliti untuk menunjukkan kita bekerja. Tetapi tiada guna jika kerja yang ditunjukkan itu tidak mengahasilkan apa-apa melainkan "hype" semata.

................................

Terima kasih atas komen anda dan saya menghargainya.

Wassalam

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.