Skip to main content

Dasar: Kadangkala tidak jelas

"DPMSS melalui Dewan Pemuda dan Wanita serta anggota Gapums mahu mendapatkan penjelasan dan menyampaikan mesej kepada semua pemimpin Melayu tidak kiralah dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik.

"Kita mahu tahu sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan apakah yang mereka boleh lakukan dan akan lakukan dalam mempertahankan hak orang Melayu memandangkan beberapa dasar yang dibuat kadangkala tidak jelas.”


- Tan Sri Rozali Ismail, Yang Dipertua DPMMS

Dari sudut pandang logika dasar yang tidak jelas ialah dasar yang tidak dapat diterjemah dan dicerna secara akal. Walaupun ia dapat diterjemah dan dicerna secara teori atas kertas (oleh kerajaan yang memerintah) tetapi ia tidak akan bersifat hakikat, dan tidak bersifat praktikal. Maka apabila ia bersifat sedemikian; bakal gagal dalam perlaksanaan.


Teramat sukar bagi kerajaan yang memerintah mengakui bahawa dasar yang tidak jelas adalah disebabkan oleh ketidak-jelasan para penggubal dasar didalam menggubal dasar. pada kebiasaannya para penggubal dasar terdiri daripada golongan atau "puak" yang mana "kecendekiawanannya" diiktiraf oleh kehendak whip parti politik kerajaan yang memerintah.

Maka apabila dasar dilaksanakan dan gagal mencapai misi dan visi yang diharapkan kerajaan yang memerintah beranggapan (1) kegagalannya adalah disebabkan oleh kurang kerjasama daripada rakyat. (2) Rakyat tidak atau kurang memahami secara umum dasar yang dilaksanakan. Jauh sama sekali menuding jari ke arah pihak sendiri. Adakah ini kerana "kill or be kill" demi "political survival?"

Satu perkara yang pihak kerajaan yang memerintah dan para penggubal dasar terlepas pandang atau "kurang ambil berat" ialah kesan dasar yang tidak jelas terhadap (1) sosial, (2) ekonomi dan (3) politik. Dasar yang tidak jelas atau yang kadangkala tidak jelas boleh menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik terencat didalam vakum membangunkan negara.

Dasar yang dilaksanakan biasanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Dan sudah semestinya perbelanjaan pelaksanaan dasar menggunakan wang pembayar cukai atau wang rakyat. Dasar yang tersasar dari matlamat asalnya sudah tentu merugikan negara secara makro dan mikro.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.