Skip to main content

N45 GALAS

N45 Galas - dalam pilihan raya umum 2004, calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman menewaskan calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham dengan majoriti 1,729 undi. Dalam pilihan raya umum 2008 pula, calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.


Untuk mengulangi semula kemenangan pilihan raya umum 2004 di N45 Galas, akankah seluruh jentera UMNO-BN - UMNO-MCA-MIC-Gerakan-PPP-dan lain-lain “bergalas” ke N45 Galas? Untuk mengulangi semula kemenangan pilihan raya umum 2008, akankah seluruh jentera Pakatan Pembangkang - PKR-PAS-DAP - juga turut "bergalas" ke N45 Galas? Bagaimana pula dengan BEBAS?

Berdasarkan kepada kebarangkalian, seluruh jentera parti-parti yang bertanding akan "bergalas" ke N45 Galas. Ini dapat dilihat melalui komposisi pengundi - Melayu 65 peratus, Cina 22 peratus, India 2 peratus, Orang Asli dan lain-lain 11 peratus. UMNO-PAS-PKR berperanan menarik undi orang Melayu. MCA dan Gerakan berperanan menarik undi orang Cina. MIC dan PPP berperanan menarik undi orang India. Bagaimana pula dengan BEBAS?

Dalam "bergalas" ke N45 Galas, parti kerajaan yang memerintah - UMNO-BN perlu diberi perhatian. Walaupun kerusi P32 Gua Musang, N43 Nenggiri, N44 Paloh, milik UMNO-BN, tetapi UMNO-BN sebenarnya berada di negeri yang diperintah oleh Pembangkang, PAS. Situasi ini akan dengan sendirinya membolehkan UMNO-BN mengerah seluruh jentera parti, dengan kombinasi Pusat-Negeri di samping formasi sayap Pergerakan Pemuda-Pergerakan Wanita-Pergerakan Puteri.

Terdapat 10,330 pengundi di N45 Galas. Untuk menawan semula N45 Galas, UMNO-BN memerlukan sekurang-kurangnya 4,400 undi, atau 4,500 undi sekiranya kadar peratus mengundi di N45 Galas berada pada kadar 80 peratus, atau 81 peratus. Dengan mengerah seluruh jentera parti, kombinasi Pusat-Negeri, UMNO-BN mampu memperoleh sekitar 42.5 peratus - 43.55 peratus undi. Kalau pun gagal memperoleh sekitar 42.5 peratus - 43.55 peratus undi di N45 Galas pada pilihan raya kecil nanti, sekurang-kurangnya UMNO-BN telah berusaha dengan seluruh kudrat kekuatannya yang tidak tertandingkan.

Sebagai parti kerajaan yang memerintah, yang mana kudrat kekuatannya tidak tertandingkan, UMNO-BN, mustahil gagal menawan semula kerusi N45 Galas. Lagipun parti lawan, PAS, tidak segagah dan seperkasa UMNO-BN, walaupun PAS berjuang secara triad - PAS-PKR-DAP. Namun, perlu diingat bahawa dalam politik tiada apa yang mustahil. Bukan suatu yang mustahil bagi kuman maut untuk menumbangkan gajah atau singa, walaupun ia tidak segagah gajah atau seperkasa singa.

Andaikanlan UMNO-BN gagal menawan semula kerusi N45 Galas pada pilihan raya kecil N45 Galas 4 November nanti, apakah puncanya? Apakah sebab yang paling munasabah untuk kegagalan itu? Haruskan rakyat N45 Galas dipersalahkan kerana tidak memilih UMNO-BN? Atau, adakah rakyat N45 Galas menolak pembangunan yang hendak dibawa oleh UMNO-BN? Jika demikian punahlah harapan UMNO-BN untuk pilihan raya yang seterusnya.

Bersandar pada logika, UMNO-BN sememangnya telah diberi mandat oleh rakyat N45 Galas pada pilihan raya umum 2004. Bukankah calon UMNO-BN, Mohamad Saufi Deraman memenangi kerusi N45 Galas pada pilihan raya umum 2004? Mesti ada sesuatu yang tidak kena sehingga rakyat memilih calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham semasa pilihan raya umum 2008.

Secara teorinya, sebaik sahaja memenangi kerusi N45 Galas semasa pilihan raya umum 2004 lalu, UMNO-BN dengan secara sendirinya mampu melaksanakan program pembangunan rakyat di N45 Galas, di samping membantu rakyat menyelesaikan isu-isu setempat. Bukankah UMNO-BN memiliki sepenuhnya apa yang diperlukan oleh pembangunan rakyat? Bukankah UMNO-BN memiliki "vaksin" yang diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu setempat rakyat?

Sekiranya sejak dari pilihan raya umum 2004 lagi UMNO-BN melaksanakan program pembangunan rakyat, di samping membantu rakyat menyelesaikan isu-isu setempat di N45 Galas, sudah tentu rakyat N45 Galas tidak akan memilih calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham sebagai wakil rakyat mereka semasa pilihan raya umum 2008 lalu. Bakal pasti, calon BN, Mohamad Saufi Deraman menjadi pilihan.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.