Skip to main content

Populariti politik: Sejauh mana ia...?

Dato' Seri Najib - dari segi kualiti atau keadaan disukai atau dikagumi oleh ramai orang adalah tinggi, 70 peratus. Telah mengalahkan populariti politik Tun Dr. Mahathir. Selama 22 tahun 3 bulan 15 hari, bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, Tun Dr. Mahathir hanya meraih 60 peratus populariti politik - tetapi mengecap era emas kehegomonian politik.



Bagaimana pula dengan Dato' Seri Najib? Apakah Dato' Seri Najib juga mampu mencapai kecapan era emas kehegomonian politik sebagaimana Tun Dr. Mahathir? Walau pun mampu mengecap era emas kehegomonian politik, mampukah Dato' Seri Najib - dengan faktor 70 peratusnya - mengembalikan semula kepercayaan mutlak rakyat kepada parti yang dipimpinnya - UMNO-BN - pada PRU-13 nanti?

Pada kebarangkalian boleh dikatakan bahawa kemenangan besar UMNO-BN pada pilihan raya umum 2004 adalah disebabkan oleh faktor populariti politik. Bukannya kerana kekuatan UMNO-BN atau pun kelemahan Pakatan Pembangkang.

Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan animal politics yang cukup berpengalaman. Walaupun pernah disingkir dan tersingkir dari politik, ekoran krisis 1987/88, siapa sangka - menjadi insan yang tepat untuk menggantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Pengurusi Barisan Nasional (BN). Pada 31 Oktober 2003, dinamakan oleh Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima.

(Tun) Abdullah Ahmad Badawi, sebagai animal politics yang cukup berpengalaman di samping "Trade Mark" Mr. Nice Guy dan Mr. Clean, serta "Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama dengan saya," telah melonjakkan populariti politiknya. Kemuncak populariti politik (Tun) Abdullah Ahmad Badawi tinggi meroket ke langit apabila berjaya memimpin Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru dalam pilihan raya umum ke-11 dengan gemilang, cemerlang, terbilang.

Namun tidak diduga, seusai terang datanglah gelap. Keputusan pilihan raya umum 2008 menghampakan UMNO-BN. Animal politics parti kerajaan yang memerintah duka bukan buatan. Dipental oleh suara rakyat, suara keramat. "Trade Mark" Mr. Nice Guy dan Mr. Clean, serta "Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama dengan saya" yang ada pada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi gagal memenangi hati rakyat. Bukankah populariti politik (Tun) Abdullah Ahmad Badawi popular di mata rakyat?

Apakah Dato' Seri Najib juga bakal sedemikian? Populariti politik yang ada, apakah akan mengekalkan kehegomonian politiknya pada pilihan raya umum ke-13 nanti? Dan, senasib dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum ke-14 kelak? Seandainya demikian, populariti politik Dato' Seri Najib, yang 70 peratus itu, hanya popular di mata rakyat tetapi tidak di hati rakyat.

Jika tidak demikian, bermakna populariti politik Dato' Seri Najib benar-benar popular di mata dan di hati rakyat - bukan setakat di gedung buku POPULAR! Jika demikian, apakah kerana faktor Anak Bapak? Barangkali.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.