Skip to main content

Kenaikan harga: Kerana faktor yang boleh dikawal?

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah melebarkan lagi sayap "ketanpa-sempadanan" ketamakan para pemodal, pemodal antarabangsa terutamanya. Adanya berkat bantuan dan pertolongan institusi-institusi awam dunia - IMF, WTO, Bank Dunia - seterusnya membolehkan para pemodal - domestik dan antarabangsa - meng"kreativiti-inovasi"kan keuntungan niaga dan dagang seinfiniti mungkin.


Dalam percaturan niaga dan dagang, pemodal dan kerajaan yang memerintah adalah "rakan sepermainan." Kedua-duanya akan berjuang bermati-matian dalam menghadapi realiti ekonomi - untung dan rugi. Jikalau kerajaan yang memerintah "diletak-jawatankan" oleh rakyat, ia secara langsung memberi kesan kepada pemodal - risiko kehilangan pai pasaran penawaran dan permintaan dalam niaga dan dagang.

Dalam mekanisme penawaran dan permintaan, harga secara asasnya berperanan sebagai pelengkap. ketidak-ikut-sertaan harga di dalam mekanisme penawaran dan permintaan, secara teorinya boleh diatasi melalui praktik sistem barter yakni sistem tukar barang. Namun adalah mustahil pemodal dan kerajaan yang memerintah mahu menggunapakai praktik sistem tukar barang dalam urusan penawaran dan permintaan. Jikapun berlaku, mungkin hanya tertumpu kepada penawaran dan permintaan berbentuk "limited edition."

Fungsi terutama kerajaan yang memerintah - selain memerintah - ialah menjaga kebajikan rakyat seinfiniti mungkin. Manakala fungsi terutama pemodal ialah menghasil keuntungan niaga dan dagang seinfiniti mungkin. Walaubagaimana pun, inti kepaksian pemodal dan kerajaan yang memerintah ialah: profit. Pemodal dan kerajaan yang memerintah, sebagai "rakan sepermainan," sememangnya memahami bahawa faktor yang boleh digunapakai atau dipraktik untuk menghasil profit ialah faktor yang boleh dikawal seperti (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan.

(1) Kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan secara teori (mahupun empirikal) berkait rapat dengan turun naik harga. Walaupun turun naik harga selalunya dikaitkan dengan kehendak pasaran tetapi disebalik kehendak pasaran adalah pemodal dan kerajaan yang memerintah. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan turun naik harga juga adalah kehendak pemodal dan kerajaan yang memerintah. Turun naik harga walaupun dipengaruhi kuat oleh faktor-faktor yang tidak boleh dikawal (seperti kegawatan ekonomi, keterhadan bahan dan sumber - yang disebabkan oleh becana alam dan sebagainya) tetapi pada keadaan yang tertentu (juga) adalah kehendak pemodal dan kerajaan yang memerintah.

(1) Kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan - juga cukai individu dan kadar tukaran asing - adalah faktor yang boleh diselaras oleh pemodal dan kerajaan yang memerintah mengikut masa dan situasi ekonomi. Pihak pasaran juga secara teori di atas kertas boleh dianggap sebagai "pihak" yang berupaya atau boleh menyelaras (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan ini. Tetapi perlu difahami secara asas analitis bahawa di sebalik pasaran juga adalah pemodal dan kerajaan yang memerintah.

Manakala isi rumah/rakyat - melainkan isi rumah/rakyat yang tidak bersifat ekonomik seperti polis dan tentera - walaupun berperanan sebagai pelengkap dalam pasaran (yakni di dalam mekanisme penawaran dan permintaan), tetapi mereka tidak berupaya menyelaras (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan ini, melainkan isi rumah/rakyat sendiri yang menjadi penentu perjalanan mekanisme penawaran dan permintaan bukannya pemodal dan kerajaan yang memerintah.

(1) Kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan - termasuklah cukai individu dan kadar tukaran asing - adalah faktor yang boleh dikawal dan diselaras mengikut masa dan situasi. Faktor-faktor di atas sekiranya setara dengan keadaan faktor yang tidak boleh dikawal seperti kegawatan ekonomi umpamanya, pemodal dan kerajaan yang memerintah pada kelazimannya memilih untuk bersikap kosensus dengan desakan faktor yang tidak boleh dikawal. Memilih untuk bersikap konsensus ini seterusnya membolehkan pemodal dan kerajaan yang memerintah menaikkan nilai (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan - termasuklah cukai individu dan kadar tukaran asing.

Dengan menaikkan nilai (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan, pemodal dan kerajaan yang memerintah berpendapat dan berkesimpulan bahawa langkah yang diambil bertepatan dengan hukum ekonomi moden walaupun tidak masuk akal. Kesan daripada kenaikan nilai (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan ialah kerajaan yang memerintah berupaya menjana pulangan pungutan - cukai yang dikenakan ke atas isi rumah/rakyat dan industri. Manakala bagi pemodal pula, kenaikan nilai (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan membolehkan mereka menyelaras penawaran upah dan harga barangan pengguna ke tahap yang tidak membebankan modal mereka.

Secara teori mahupun empirikal, kenaikan harga sememangnya berkait rapat dengan kegawatan ekonomi dan keterhadan bahan dan sumber - yang disebabkan oleh bencana alam dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama juga disebabkan oleh (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdagangan. Tanpa kenaikan nilai (1) kadar faedah dan (2) cukai perniagaan dan perdangan - termasuklah cukai individu dan kadar tukaran asing, pemodal dan kerajaan yang memerintah tidak mungkin berupaya menjana profit yang hampir infiniti nilainya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.