Skip to main content

Antara kenaikan harga dan "kerisauan" pemodal dan kerajaan yang memerintah

Secara keadatannya kenaikan harga - harga jualan, harga belian, harga pasaran, dan sebagainya - dipengaruhi oleh keterhadan bahan dan sumber kesan faktor yang tidak boleh dikawal seperti bencana alam. Keterhadan bahan dan sumber menyebabkan pasaran panik untuk seketika dalam menampung kehendak permintaan dan penawaran. Sekiranya kehendak permintaan dan penawaran tinggi meroket, diikuti dengan keterhadan bahan dan sumber, maka sudah tentu kenaikan harga tidak dapat dielakkan.

Kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan - walaupun secara teori mahupun empirikal ia boleh dielakkan - bukan sahaja membebankan isi rumah, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan secara sendirinya tetapi juga membebankan kerajaan yang memerintah. Namun bagi kerajaan yang memerintah, kenaikan harga sama ada secara pasif mahupun statik walaupun mendatangkan bebanan tetapi pada masa yang sama mendatangkan keuntungan melalui perolehan cukai perniagaan dan perdagangan.

Secara teori, para pemodal tidak akan terbeban dengan kenaikan harga walaupun kenaikan harga itu dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh keterhadan bahan dan sumber, dan penawaran dan permintaan. Gelagat atau tingkah laku yang menjadi pilihan para pemodal ialah: menaikkan kadar faedah pada paras yang mampu menjana keuntungan yang bukan sembarangan. Walaupun para pemodal "terbeban" melalui suntikan dana atau suntikan modal kesan daripada kenaikan harga, tetapi dengan menaikkan kadar faedah (dan kadar tukaran asing) para pemodal berupaya menyerap semula aliran dana atau modal yang disuntik.

Sebagaimana yang diwacanakan oleh Joseph Stiglitz di dalam magnum opus-nya - Globalization and Its Discontents, 2002 - para pemodal pada kebiasaannya risau tentang turun naik kadar faedah dan kadar tukaran asing. Manakala golongan isi rumah pula pada kebiasaannya risau tentang kesetimpalan upah dengan kerja yang dilakukan. Perlu difahami secara asas bahawa kenaikan harga tidak akan merisaukan para pemodal sama ada pemodal domestik mahupun antarabangsa.

Kenaikan harga hanya merisaukan kerajaan yang memerintah tetapi secara semi yakni bukan kerisauan yang sepenuhnya. Bagi kerajaan yang memerintah kenaikan harga sememangnya membebankan rakyat tetapi pada masa yang sama memberi keuntungan dari segi cukai, terutamanya cukai perniagaan dan perdagangan. Secara realitinya, kerisauan para pemodal berupaya merisau kerajaan yang memerintah. Sekiranya para pemodal sama ada pemodal domestik mahupun antarabangsa menarik semula modal yang ditanam di negara ini, ia sudah tentu memberi kesan terhadap ekonomi negara sama ada secara makro mahupun mikro.

Seadainya berlaku perubahan makro atau mikro pada ekonomi negara, sudah tentu kerajaan yang memerintah berbelanja - adakalanya sehingga berlaku errors and omissions (E&O) pada wang perbelanjaan negara - besar untuk mengimbang semula ekonomi negara. Perlu difahami secara asas bahawa punca berlakunya kenaikan harga - sehingga tidak boleh dikawal walaupun boleh dikawal - adalah disebabkan oleh faktor kadar faedah (dan kadar tukaran asing). Walaupun keterhadan bahan dan sumber adalah penyebab yang dominan tetapi faktor kadar faedah (dan kadar tukaran asing) memainkan peranan secara senyap dalam mencetus kenaikan harga.

Keterhadan bahan dan sumber boleh diatasi melalui pengaplikasian dan pengadaptasian teknologi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Jika keterhadan bahan dan sumber boleh diatasi melalui pengaplikasian dan pengadaptasian teknologi dan penyelidikan dan pembangunan, sudah semestinya para pemodal dan kerajaan yang memerintah berupaya meminimumkan kadar faedah (dan kadar tukaran asing) secara maksimum. Kadar faedah (dan kadar tukaran asing) yang minimum sememangnya statik dalam menjana keuntungan berlipat ganda tetapi ia boleh diatasi dengan pengaplikasian dan pengadaptasian "Copy + 1" dalam mempelbagaikan output sehingga mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.