Skip to main content

Isu pendatang: Perlu main psikologi

Isu pendatang sememangnya perkara yang hangat diperbincangkan selama ini. Sejak awal tahun 1982 sehinggalah sekarang isu ini tiada hentinya. Apakah penguatkuasa gagal memainkan peranan atau wujud "silap mata" atau ada "agenda" yang tersembunyi?

Walaupun pelbagai tindakan diambil dan dilaksanakan oleh pihak berwajib namun isu ini masih hangat bahangnya sehingga menyebabkan kita menjadi muak setiap kali apabila kerajaan mengisytiharkan operasi membasmi pendatang tanpa izin. Apapun kerajaan telah gagal memainkan peranan dalam membasmi kedatangan pendatang tanpa izin (akibat dan kesan daripada tuntutan ekonomi).

Dari perspektif makro dan mikro ekonomi tentunya Malaysia dapat mencorak kerencaman ekonominya untuk jangka masa yang panjang. Disamping itu juga ekonominya sentiasa berjalan dan tidak terhenti. Dari segi kependudukan, Malaysia merupakan kalangan negara yang memiliki jumlah rakyat yang tidak seberapa banyak. Oleh yang demikian Malysia perlu mendapat bantuan tenaga kerja dari luar. Di Amerika Syarikat umpamanya 70% penggerak ekonominya ialah pendatang, namun rakyat Amerika tidaklah "kebuluran" sebagai mana yang dialami oleh kita di Malaysia.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengambil langkah yang bijak agar tidak menjadi "kebulur" kesan daripada kedatangan pendatang yang merampas hak daripada kita. Hak yang dimaksudkan ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan tidak kira berat atau ringan, bergaji besar atau kecil. Apa yang penting kerja yang dilakukan memberi pulangan supaya kita mempuanyi kuasa beli.

Namun yang menyedihkan ialah orang kita tidak mahu dan malu melakukan kerja seperti apa yang dikerjakan oleh pendatang. Apabila bekerja di kilang perusahaan orang kita kata "sejuk," apabila bekerja disektor perladangan dan binaan orang kita kata "panas," Setelah sekian lama tidak bependapatan barulah orang kita kata hak mereka telah dirampas oleh golongan pendatang (seolah wujud rasa iri dan dengki).

Disamping itu juga orang kita harus memiliki kemahiran sebagaimana yang dimiliki oleh golongan pendatang. Kemahiran yang perlu dimiliki haruslah bersifat meluas dan menyeluruh. Tambahan pula kemahiran yang dimiliki perlulah dipraktikan agar mencapai tahap kemahiran yang tinggi bukan setakat kemahiran yang diiktiraf oleh sijil tetapi oleh pasaran kerja. Malangnya orang kita yang berkemahiran malas untuk melipat ganda kemahiran mereka dari semasa ke semasa. Agaknya orang kita masih lagi berpegang kepada perinsip "biar lambat asalkan selamat."

Didalam akhbar terdapat laporan yang mengatakan pendatang membuka gerai makanan dan memberi kesan kepada gerai makanan orang tempatan. Ini menyebabkan periuk nasi pengusaha gerai makanan tempatan tertutup. Timbul beberapa persoalan, pertama, bagaimana pelanggan gerai makanan tempatan boleh ditarik oleh gerai makanan yang dimiliki oleh pendatang? kedua, apakah yang menyebabkan gerai makanan tempatan kehilangan pelanggan?

Kalau kita katakan pengusaha gerai makanan pendatang mengenakan harga makanan yang murah bererti bahan-bahan untuk masakan yang diperoleh oleh mereka berharga murah tetapi bukankah harga barangan runcit naik mendadak sejak akhir-akhir ini? Selain itu masakan makanan gerai pendatang tentulah lebih menyelerakan kerana mereka berkemahiran tinggi didalam selok-belok memasak makanan. Kalau pengusaha gerai makanan tempatan memasak makanan dengan baik disamping mengenakan harga makanan yang berpatutan sudah tentu pelanggan tidak akan lari.

Isu pendatang boleh ditamatkan sekiranya kita berani dan ikhlas menginsafi kesilapan diri. Andaikan 70% penagih dadah, mat dan minah rempit, penganggur, GRO, dan lain-lain melakukan kerja yang dilakukan oleh pendatang sudah tentu pendatang tidak akan mendapat kerja di tanah tumpah darah yang bertuah ini. Kita perlu "main psikologi" untuk mengatasi masalah pendatang yang merampas hak kita sebagai "tuan" di tanah sendiri.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.