Skip to main content

Malapetaka?

Malapetaka "ghaib" nampaknya mulai melanda. Apakah yang akan terjadi dengan nasib orang Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan rendah mahupun yang tidak berpendapatan langsung?

Tidak berapa lama dulu kerajaan pimpinan PM Abdullah telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam. Tercipta suasana gembira dikalangan penjawat awam seolah-olah kenaikan gaji kakitangan awam tidak setanding zaman PM Mahathir.

Suasana gembira nampaknya mulai malap dan kabut. Malapetaka ghaib mulai melanda, pihak media mulai mengumumkan kenaikan harga barangan keperluan manakala para sidang wazir PM Abdullah masih lagi terpukau dengan sindrom "nanti saya siasat."

Selang beberapa waktu PM Abdullah seterusnya mengumumkan yang kerajaan tidak akan melaksanakan pemberian bonus kepada kakitangan awam tahun ini (tahun yang gemilang, cemerlang, dan terbilang era Hadhari). Disamping itu heboh pula didada akhbar akan kemungkinan kerajaan menaikan tarif elektrik ekoran kenaikan harga minyak dunia. Jelaslah bahawa malapetaka ghaib mulai melanda. Mungkin ada hikmah disebaliknya dimana mata orang Melayu dan Bumiputera terbuka seluas-luasnya dan mulai sedar akan "sayangnya" pemimpin (sidang wazir PM dan PM Abdullah sendiri) kepada mereka.

Sesuatu yang amat pelik yang sememangnya tidak disedari sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah, bukankan Malaysia salah sebuah negara yang terbabit dalam carigali dan pengeksportan minyak? Bukankah Malysia melalui Petronas memperoleh keuntungan yang berlipat ganda dalam industri minyak?

Malaysia mengeksport dan mengimport minyak atas nama perniagaan global disamping mencari keuntungan yang berlipat ganda cuma kesan daripada "eksport dan import" akan memberi impak negatif terhadap rakyat dari segi sudut mikro dan makro. Namun malangnya kerajaan tidak pernah sedar dan tidak kisah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.