Skip to main content

Memartabatkan bahasa Melayu

Mengikut kajian yang dilakukan oleh PBB sekitar tahun 1990-an mendapati Bahasa Melayu antara bahasa di dunia yang masih mampu bertahan selama seratus tahun lagi. Ini sememangnya membuktikan bahawa bahasa Melayu beperanan besar sebagai lingua franca. Jika dilihat daripada sudut kepenggunaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa tuturan dibeberapa buah negara sekitar nusantara. Disamping itu juga bahasa Melayu mulai dipelajari dan ditutur oleh golongan bukan penutur asli. Ini sekali gus memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu berperanan besar sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di jabatan-jabatan kerjaan, institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta menjadi nyawa penggerak penulisan dan sastera. Namun demikian sejak kebelakangan ini pencemaran penggunaan bahasa Melayu berlaku secara berleluasa. Apa yang menyedihkan ialah penutur asli bahasa Melayu sendiri yang mengkhianati dan mencemari bahasa Melayu.

Disamping itu juga kesan dan akibat daripada dasar kerajaan yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dua. Andaikan pejuang-pejuang ulung bahasa seperti Za'ba masih lagi bernyawa sudah tentu dia sedih melihat segala apa yang telah diperjuangkannya menjadi sia-sia.

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan membangun dalam masa 13 tahun dari sekarang (2007). Tiada gunanya Malaysia menjadi negara yang maju dan membangun jika bahasa rasminya iaitu bahasa Melayu diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu." Apa mungkin pada tahun 2020 juga tanpa disedari terkuburnya bahasa Melayu yang selama ini menjadi kebanggaan orang Melayu ?, tepuk hati tanya minda.

Amatlah menyedihkan bilamana para pemimpin di pemerintahan, ahli parlimen, ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara, ahli Dewan Undangan Negeri, pensyarah-pensyarah IPTA & IPTS, guru-guru sekolah menengah dan rendah, maha siswa dan siswi, penjawat awam dan seluruh pengguna bahasa Melayu (Orang Melayu) telah mengkhianati bahasa yang telah diwarisi sejak berkurun lamanya. Lihatlah didada-dada akhbar sama ada akhbar-akhbar rasmi mahupun bukan rasmi, penggunaan bahasa Melayu amatlah menyedihkan dan tidak menepati hukum-hakam tatabahasa sebagaimana yang terkandung didalam " Pelita Hidup."

Selama ini pelbagai usaha telah dilaksanakan atas nama memartabatkan bahasa Melayu. Namun usaha yang dijalankan tidaklah mendatangkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Tanpa disedari apa yang kita warisi berkurun lamanya hilang satu demi satu.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.