Skip to main content

Siapa rawat siapa?

Siapa rawat siapa merupakan satu persoalan yang akan sentiasa bermain dibibir rakyat. Adakah yang hendak dirawat itu memerlukan rawatan? Atau ia memang memerlukan rawatan? Pilihan Raya Umum yang ke-12 ini telah menjadi platform kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengganyang kubu kuat PAS di Kelantan dengan manifesto "Tahun Merawat Kelantan." Jadi persoalan "siapa rawat siapa" boleh diandaikan.

Namun demikian, yang merawat mahupun yang dirawat boleh berubah kepada "yang merawat dirawat, dan yang dirawat merawat." Pada PRU yang ke-12 ini, BN nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk menggempur musuh tradisinya itu. Pada PRU yang ke-12 ini manifesto Parti Islam seMalaysia (PAS) ialah "Tahun Melawat Kelantan." Manifesto PAS ini nampaknya dipandang sinis dan jelingan yang penuh caci oleh parti raksasa yang berpengehulukan PM Abdullah pencetus dan pengilham Hadhari. Tahun Melawat Kelantan dinadasiniskan dengan slogan "Tahun Merawat Kelantan."

Dari sudut pandang politik, slogan PAS ini boleh dilihat dari dua sudut yang berteraskan "yin" dan "yang" yakni mempunyai unsur positif dan unsur negatif. Dari aspek positif, tahun melawat Kelantan boleh dijadikan anjakan paradigma oleh Malaysia untuk memperkenalkan tempat- tempat menarik yang ada di Malaysia ke serata dunia. Sudah pasti tempat-tempat menarik di Malaysia bukan sahaja berada di tempat-tempat yang dikuasai parti pemerintah tetapi juga berada di mana-mana ceruk kawasan di Malaysia termasuklah kawasan parti pembangkang.

Kemasukan pelancong luar ke dalam Malaysia sudah tentu melalui pintu masuk utama negara seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Pelabuhan dan lapangan terbang yang ada di Malaysia dikolalakan oleh kerajaan pemerintah yang sinonim dengan nama kerajaan pusat. Setiap pelancong yang menggunakan pintu masuk utama negara ini akan menentukan tanda aras kemasukan aliran wang ke dalam Malaysia. Maka setiap aliran wang yang masuk ini akan membawa keuntungan kepada kerajaan pusat khasnya dan kerajaan negeri amnya. Kemasukan pelancong asing yang kerap ke Malaysia juga akan menjadi penentu terhadap keakraban hubungan politik Malaysia dengan negara-negara pelancong.

Manakala dari pandang sudut negatif pula, manifesto PAS ini mungkin tidak akan kesampaian. Ini kerana wujud beberapa persoalan yang boleh menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat terutamnya di negeri Kelantan. Antara persoalan yang mungkin timbul dan dipersoal ialah seperti berikut;

1) Adakah kerajaan negeri Kelantan mempunyai kekuatan sumber kewangan untuk menjayakan manifestonya ini?

2) Kelantan merupakan negeri Islam di Malaysia, adakah pelancong asing yang datang melawat masuk ke Kelantan dikenakan peraturan menutup aurat?

3) sekiranya kerajaan negeri Kelantan tidak mengenakan peraturan menutup aurat terhadap pelancong asing, apakah status "Islam" kerajaan negeri Kelantan tercalar?

4) Apakah dengan kemasukan pelancong asing ke negeri Kelantan akan memberi impak budaya kuning terhadap muda-mudi negeri Kelantan yang terkenal dengan sifat ke"alim"an itu?

Seandainya kerajaan negeri Kelantan tidak bersikap liberal seperti kerajaan pemerintah didalam pemajuan industri pelacongan, maka kerajaan Kelantan akan mencapai kegagalan misi dan visi manifesto PRU-12 nya itu. Pada sudut pandang politik pula, sekiranya kerajaan negeri Kelantan melaksanakan manifesto PRU-12 nya itu dengan peraturan-peraturan yang sensitif dengan pelancong-pelancong asing, maka wujud sedikit kecalaran nama baik Malaysia di mata dunia yang tekenal dengan sikap keterbukaan yang tiada tolok bandingnya. Disamping itu, ini juga boleh mengeruhkan sedikit situasi kondisi hubungan politik Malaysia dengan negara-negara pelancong.

Seandainya manifesto PAS untuk PRU-12 itu berjaya direalisasikan maka ia boleh mencorak ekonomi Malaysia dari sudut makro dan mikro, secara tidak lansung PAS telah merawat kerajaan pusat yakni kerajaan parti pemerintah. Jika manifesto PAS untuk PRU-12 itu gagal direalisasikan maka kerajaan pusat yakni kerajaan pemerintah perlu memberi rawatan kepada kerajaan negeri Kelantan. Dengan secara langsung kerajaan pemerintah merawat kerajaan negeri Kelantan disamping menepati sasaran "Tahun Merawat Kelantan."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.