Skip to main content

Khir turns to blogging

"Khir turns to blogging," merupakan satu perkara yang diluar jangkaan dan andaian. Dari jawatan Menteri Besar Selangor (MB) beralih menjadi sang "blogger." Namun itu tidaklah menghairankan dizaman yang serba "hujung jari" ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan PM Abdullah pun mungkin akan mengikut jejak langkah bekas MB selangor ini seandainya PM Abdullah merangkap pencetus Hadhari tewas di atas papan catur politik Malaysia.

Apakah dengan menjadi seorang blogger Dr Khir dapat mengambil semula kerusi Menteri Besar dari MB Selangor yang baru, yang kini diduki oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bukan daripada parti Umno/BN? Apakah dengan menjadi seorang blogger, Dr Khir mampu mengukuhkan semula kepercayaan rakyat marhaen terutamanya di negeri Selangor kepada Umno/BN? Apakah Dr Khir akan meletak jawatan sebagai seorang blogger sekiranya dia berjaya menduduki kerusi MB semula? Persoalan ini mungkin akan terjawab selepas Pilihan Raya Umum yang ke-13 berlangsung. Namun, ada kemungkinan juga persoalan ini tidak akan terjawab kerana untuk mencari jawaban segala jawaban tidaklah sesenang mencari sebatang jarum didasar jurang laut Mariana.

Langkah untuk menjadi blogger yang diambil oleh Dr Khir secara langsung akan merancakkan lagi arena papan catur politik negara. Ini kerana Dr Khir bukannya pendatang baru didalam arena politik tanah air. Didalam organisasi piramid Umno/BN, Dr Khir merupakan "animal politics" yang cukup berpengalaman dan mempengaruh walaupun tidak memiliki "prima facie" kelulusan bidang politik dari institusi pengajian tinggi samada dalam atau luar negara. Dari sudut pandang mata kasar, Dr Khir dilihat sebagai seorang makhluk yang dipanggil manusia yang memiliki bakat "politikus." Namun bakat yang dimilikinya itu masih lagi berada pada tahap ujian "kertas litmus biru."

Keterlibatan dan kesukarelaan atau keterpaksaan Dr Khir melibatkan diri atau mengabdi-hambakandiri didalam dunia maya atau dunia blogger perlu dilihat pada sudut "atas pagar," yakni tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur yang mempengaruhi. Langkah Dr Khir ini perlu dinilai dari pelbagai sudut yang saling berkait dan tidak tertutup. Pada masa yang sama golongan yang berkait secara langsung atau tidak langsung didalam arena politik tanah air perlu memberi "buah fikiran" disamping memberi kritikan kritis. Ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana penerimaan komuniti blogger terutamanya komuniti blogger yang tidak bertuan yakni blogger bebas dan tidak berada dibawah telunjuk "cyber trooper Umno/BN."

Selain daripada menjadi sang blogger, Dr Khir perlulah juga manjadi pemberi komen setia didalam laman web Malaysia-Today yang dikendalikan oleh YM Raja Petra Raja Kamaruddin. Dengan cara demikian, Dr Khir dapat menilai dan mengetahui sejauh mana rasa ketidakpuasan hati rakyat marhaen dan non-marhaen terhadap kepimpinan PM Abdullah dan wazir-wazir PM Abdullah. Disamping itu, Dr Khir juga dapat memperhalusi keluhan rakyat secara terus tanpa tapisan.

Pada sudut pandang syak wasangka, keterlibatan Dr Khir di atas papan catur maya yakni blogger boleh memberi impak negatif kepada blogger-blogger yang tidak bertuan terutamanya blogger politik. Dengan merujuk keratan akhbar The star, selasa 1 April 2008,

"Dr Khir added he would channel the views to the Umno supreme council of which he is a member."

boleh diandaikan tanpa membuat teori atas kertas conteng, bahawa Dr khir masih lagi berstatus "wazir" didalam organisasi Majlis Tertinggi Umno, dan sebagai jemaah wazir tentulah dia akan bertindak sebagaimana yang dicaturi oleh jemaah MT Umno ini. Sekiranya jemaah MT Umno ini hendak menghapuskan blogger-blogger politik, maka Dr khir bolehlah dijadikan "apparatus" untuk menjayakan misi dan visi MT Umno, dan peristiwa membuat laporan polis terhadap Malaysia-today boleh berulang lagi seperti pisang berbuah dua kali.

Adalah terlalu awal untuk menilai sejauh mana Dr Khir mampu bertahan didalam dunia yang serba hujung jari ini, dan setakat mana keprolifikan Dr Khir sebagai seorang blogger, walaupun laman blognya mendapat pungutan tol sebanyak 27000 sejak hari permulaan penerbitan http://drkhir.blogspot.com/.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.