Skip to main content

Debat memberi kesan

Perdebatan yang berlaku diantara Menteri Penerangan Dato’ Sri Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memicu satu pembaharuan didalam lapangan bersuara di Malaysia atas kapasiti tanpa campur tangan daripada tangan-tangan ghaib kerajaan Pemerintah yakni kerajan PM Abdullah.


Namun demikian kerajaan pemerintah tidak begitu terbuka untuk membenarkan debat-debat seumpamanya diadakan dan ingin mengkaji terlebih dahulu samada ia boleh memberi kesan positif atau kesan negatif terhadap rakyat, kerajaan dan Negara. Adakah kerajaan igin mengkaji terlebih dahulu debat sedemikian kerana kerajaan takut “pecah tembelang”?

Perdebatan yang terbuka tanpa campur tangan ghaib kerajaan pemerintah sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat marhaen terutamanya golongan aliran atas pagar dan golongan yang tidak terindoktrinasi mindanya. Ini kerana perdebatan sedemikian merupakan satu landasan yang tebaik untuk mereka menilai sejauh mana betul dan silapnya sesuatu yang sering dipolemikkan oleh kerajaan dan pihak bukan yang memerintah terutamanya rakyat seperti krisis kenaikan harga miyak yang berlaku sekarang ini.

Namun perdebatan yang terbuka apatah lagi kerajaan pemerintah tidak campur tangan akan menyebabkan pemerintah, aktor-aktor pemerintah, dan golongan-golongan opportunist serta kalangan rakyat yang setia dengan kerajaan PM Abdullah akan berasa tidak senang. Ini kerana, mereka berpendapat yang kerajaan PM Abdullah sudah cukup gemilang, cemerlang, dan terbilang didalam membela dan memperjuangkan nasib mereka walaupun tidak nasib rakyat seluruhnya.

Disamping itu, golongan menteri Kabinet PM Abdullah juga pastinya akan berasa berat hati untuk berdebat dengan pihak-pihak pembangkang utama kerajaan di pentas-pentas debat. Ini kerana mereka berhadapan dengan kurang kemampuan untuk berhujah secara analisis dan kritis serta tidak mampu menyajikan fakta secara jelas dan tuntas. Kegagalan menteri-menteri kabinet PM Abdullah berdebat dengan baik disamping tidak gemilang, cemerlang, dan terbilang pastinya akan memalukan kerajaan PM Abdullah di mata rakyat.

Kalangan golongan ini juga berpandangan bahawa setiap apa yang berlaku seperti krisis kenaikan harga minyak didalam Negara lebih-lebih lagi di era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, tidak perlu dipolemikkan secara kritis dan analisis, dan penyajian sesuatu fakta kepada rakyat seluruhnya sudah menunjukkan yang PM Abdullah bukan “the sleeping beauty” tetapi bekerja bertungkus-lumus tanpa mengenal pukul tanda waktu dan sentiasa berpegang yakin dengan slogan “berkerjalah bersama-sama saya, tetapi bukan untuk saya.”

Perdebatan secara terbuka tanpa campur tangan kerajaan pemerintah sudah pasti melahirkan satu golongan yang berfahaman aliran baru yakni golongan yang tidak percaya kepada pihak pemerintah dan pihak yang bukan memerintah. Golongan yang beraliran fahaman baru ini merupakan golongan yang sentiasa beranggapan pihak pemerintah dan pihak pembangkan gagal didalam tugas menyelesaikan masalah rakyat dan masalah Negara.

Golongan ini juga beranggapan bahawa perdebatan secara terbuka di pentas-pentas umum tidak lain hanya memecahkan tembelang sendiri dan mendedahkan kelemahan, kedangkalan, dan kejahilan sendiri. Cubaan mendaftarkan Parti Mahasiswa Negara oleh kelompok mahasiswa pada hari sebelum Pilihan Raya Umum 12 (PRU12) berlangsung menunjukkan pelahiran golongan befahaman baru yang tidak percaya kepada mana-mana pihak samada pihak kerajaan pemerintah mahupun pihak pembangkang.

Pedebatan secara terbuka tanpa campur tangan kerajaan pemerintah daripada sudut pandang demokrasi sememangnya dialu-alukan malah tidak bercanggahan dengan hukum-hakam demokrasi itu sendiri. Oleh yang demikian kesediaan dan keterbukaan kerajaan pemerintah yakni kerajaan PM Abdullah membenarkan perdebatan di pentas-pentas umum merupakan satu langkah ke arah demokrasi tulen dan bukan semi-demokrasi yang mengaku demokrasi tulen.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.