Skip to main content

Rakyat hanya minat galeri luar negara?

"Rakyat hanya minat galeri luar negara" tajuk kecil yang terpampang diruangan akhbar Utusan Malaysia (25/07/08) mampu mencetuskan persoalan; Adakah rakyat sudah "kaya raya" sehingga mampu melawat luar negara hanya semata-mata menapakkan kaki di atas lantai geleri yang diminati? Adakah editor Utusan Malaysia tersalah letak "tajuk" atau ia sememangnnya kenyataan Dato' Sri Azalina sendiri? Seandainya ia adalah kenyataan Dato' Sri Azalina Othman, Menteri Pelancongan merangkap Ketua-Bersama Cyber-Troopers Umno, Maka Dato' Sri Azalina boleh disabitkan sebagai "myopia" mengukur kemampuan rakyat untuk hidup mewah.


Galeri-galeri yang ada di luar negara seperti Tate Modern Gallery, berupaya menarik minat ribuan pengunjung, termasuklah pengunjung dari Malaysia. Namun kemampuan pengunjung-pengunjung Malaysia melawat galeri luar negara masih boleh dipertikaikan walupun fakta Kementerian Pelancongan menjelaskan sedemikian. Golongan-golongan "pemerintah," kapitalis, birokrat, dan teknokrat secara umumnya ialah rakyat di negara ini yakni rakyat Malaysia. Mereka, dari segi kemampuan memang tidak boleh dipertikaikan malah mampu mengalahkan kemampuan Perdana Menteri untuk "hidup kaya, untuk hidup bergaya, dan untuk hidup sekadar berfoya-foya."

Sekiranya rakyat sudah hidup kaya, hidup bergaya, dan hidup berfoya-foya maka rakyat sudah tidak mengeluh lagi dengan kenaikan harga minyak yang dinaikkan oleh kerjaan PM Abdullah. Selain itu rakyat jauh sama sekali mengharapkan batuan daripada kerajaan PM Abdullah lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Umum menjelang tiba. Anak-anak rakyat juga sudah tentu tidak akan mengemis simpati dan belas kasihan daripada pegawai-pegawai PTPTN untuk memohon biaya pinjaman pendidikan. Pastinya rakyat tidak lagi akan bergelut di "jalanan" untuk memprotes kedangkalan kerajaan PM Abdullah di dalam menyelesaikan masalah rakyat, kerana rakyat sudah kaya!

Kenyataan Dato' Sri Azalina juga boleh mengguris hati dan perasaan isteri-isteri menteri seperti isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor. Kerana terdapat dakwaan dan prima facie bertulis yang menunjukkan isteri Timbalan Perdana Menteri itu gemar "makan angin" di luar negara. Bukan sahaja isteri-isteri menteri tetapi anak dan isteri golongan-golongan yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan PM Abdullah akan terguris dan terhiris.

Lagipun rakyat samada kelas pemerintah atau kelas diperintah sering ke luar negara hanya kerana meminati galeri luar negara, bukankah perbelanjaan (melawat galeri luar negara) mereka ini juga boleh melariskan jualan tiket penerbangan "First Class" MAS? Atau merugikan MAS, kerana tempat duduk First Class dibawah subsidi terutamanya untuk golongan kelas pemerintah yang sinonim dengan VIP dan VVIP? Keuntungan MAS dari segi jualan tiket penerbangan sudah tentu mengubah pola hasil perolehan cukai kerajaan.

Terdapat juga rakyat melawat galeri luar negara dan tiada siapa yang pernah menyangka. Namun hanya sedikit saja rakyat yang tidak berkemampuan pada dasarnya tetapi berkemampuan apabila mendapat "durian runtuh." Rakyat ini adalah;

1) Pegawai-pegawai Khas Perdana Menteri dan Isteri

2) Pegawai-pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri dan Isteri

3) Pegawai-pegawai Khas Menteri-menteri Kabinet dan Isteri

4) Kakitangan-kakitangan dan Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berkhidmat di pejabat-pejabat kedutaan dan kosulat Malaysia luar negara

5) Pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di univerisiti-universiti luar negara seperti Universiti Oxford.

Pada realitinya masih ramai rakyat yang miskin di negara ini. Rakyat miskin ini bukan saja tidak mampu untuk mengunjung galeri luar negara malah membayar yuran sekolah anak-anak dan menampung perbelanjaan sekolah anak-anak pun tidak mampu. Rakyat miskin ini juga tidak mempunyai apa-apa harta untuk digadaikan agar mampu mengunjung galeri luar negara. Jika mempunyai sedikit harta pun dan digadaikan, hasilnya digunakan untuk perbelanjaan menunaikan ibadat umrah dan menunaikan ibadat haji di luar negara yakni Arab Saudi.

Sebagai seorang Menteri adalah lebih baik Dato' Sri Azalina Othman berfikiran kritis dan analisis sebelum membuat sebarang kenyataan samada kenyataan media atau pun kenyataan bertulis. Ini penting untuk menunjukkan pemikiran seorang menteri itu tidak dangkal dan jahil, lebih-lebih lagi menteri-menteri berperdana menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan konsep Islam Hadharinya itu.

Adalah baik tajuk "Rakyat hanya minat galeri luar negara" ditukarkan kepada "Pengunjung-pengunjung galeri hanya minat galeri luar negara" atau "Peminat-peminat galeri hanya minat galeri luar negara." Ini penting untuk mengelak salah tafsir dikalangan rakyat yang kritis dan analisis mindanya. Disamping mengelak menteri-menteri kabinet PM Abdullah daripada menjadi bahan jenaka dan bahan ketawa rakyat akibat membuat kenyataan dangkal dan jahil.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.