Skip to main content

Interlok, Tolong Ingatkan Aku

Interlok, karya sastera Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dan Tolong Ingatkan Aku, karya seni Ana Raffali, telah mencetuskan kontroversi di luar duga. Ia kerana gara-gara mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni. Sastera dan seni tidaklah berdarjat seperti Antara Dua Darjat, tetapi adakalanya dalam menilainya barangkali berdarjat seperti Antara Dua Darjat.


Mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni sememangnya memerlukan penawar berupa "vaksin modus vivendi," agar supaya tidak lagi idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memiliki penawar berupa "vaksin modus vivendi" ini.

Kegagalan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggunakan "vaksin modus vivendi" - pendidikan dan pelajaran sastera dan seni - ini dengan sebaik-baiknya akan mencambahkan lagi benih idiocy dan idiosyncracy dengan subur dalam minda dan pemikiran generasi hari ini, esok dan seterusnya. Benih idiocy dan idiosyncracy yang tumbuh subur dalam minda dan pemikiran akan menyebabkan minda dan pemikiran terkunci dan terbelenggu.

Minda yang terkunci dan terbelenggu bukan sahaja tidak dapat memahami dan menilai Interlok dari sudut sastera, dan Tolong Ingatkan Aku dari sudut seni, bahkan akan mengalami krisis dalam memahami dan menilai apa-apa sahaja unsur-unsur sastera dan seni yang sebenar. Minda dan pemikiran yang sebeginilah - idiocy dan idiosyncracy - yang akan membuka ruang dan peluang untuk karya-karya "sastera" sampah dan karya-karya "seni" sampah membiak subur lagi makmur.

Rasanya bukan Interlok dan Tolong Ingatkan Aku sahaja yang dijadikan mangsa kontroversi oleh mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali. Terdapat banyak lagi karya yang bertaraf sastera dan seni yang sebenar dijadikan mangsa kontroversi sama ada secara tidak terancang atau terancang.

Seandainya amalan memperlaku karya-karya sastera dan karya-karya seni ini dengan sedemikian rupa, dijadikan "aliran" terutamanya oleh mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, bakal pasti kembang tumbuh tamadun sastera dan seni tanah air diambang keruntuhan.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.