Skip to main content

Banteras judi seluruhnya adalah lebih baik

Dari sudut pandang sekular terdapat dua jenis perjudian. Bukan perjudian haram dan perjudian haram. Bukan perjudian haram ialah perjudian yang bersifat sah. Kesahannya "di-prima facie-kan" oleh Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pemberian lesen perjudian. Manakala perjudian haram pula adalah sebaliknya.

Namun dari sudut pandang kepercayaan agama mahupun moral, perjudian sama ada sifat kesahannya disahkan sah atau tidak ia tetap dianggap sebagai haram kerana tidak bersifat baik walaupun membawa kebaikan secara "The Potemkin Economy" - kelihatan baik tetapi sebenarnya tidak. 

 
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun melaksanakan usaha penguatkuasaannya - POLIS OPTIMIS: Banteras mesin judi haram dalam tempoh 48 jam pada Oktober lalu. Anggaplah pihak polis berjaya dalam usaha penguatkuasaannya. Perjudian haram terutamanya yang menggunakan mesin judi haram terbanteras sepenuhnya tanpa saki baki. Tentunya pihak polis berupaya membanteras perjudian yang kesahannya disahkan oleh Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan. Mungkinkah demikian? Tidak - selagi ada Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
 
Dengan memansuh Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bukan perjudian haram yang disahkan kesahannya oleh Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan akan secara dengan sendirinya menjadi perjudian haram. Ini bermakna tiada lagi bukan perjudian haram. Sekiranya demikian tentunya pihak polis berupaya membanteras perjudian sepenuhnya. Mahukah kerajaan yang memerintah memansuh Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953?
 
Kenapa membanteras perjudian seluruhnya adalah lebih baik? Secara "The Potemkin Economy" perjudian - sama ada sah atau tidak - sememangnya menghasilkan kebaikan yakni economic surplus kepada ekonomi negara melalui hasil cukai perjudian. Perjudian juga menyediakan peluang pekerjaan "satellite" - hiliran dan sampingan. Sekiranya penjudi memperoleh hasil laba perjudian sudah tentu tingkat kuasa belinya meningkat. Cuba bayangkan kalau wujud komuniti penjudi disamping tingkat kuasa beli mereka bertingkat-tingkat hasil laba perjudian? Nou en of - economic surplus!
 
Namun di sebalik "The Potemkin Economy" perjudian, terdapat satu barah - antara barah-barah - yang akan mendatangkan masalah kepada masyarakat seluruhnya - jenayah. Jenayah sesiapa sahaja boleh menjadi pelakunya tanpa mengira seseorang itu terpelajar atau tidak, tergolong dalam golongan profesional atau tidak. Sebagaimana jenayah begitu juga dengan perjudian.   
 
Penjudi, kehandalannya bukan sahaja bergantung kepada "keahlian", kemahiran dan kepakaran, kepandai muslihatan dan kelicikan tetapi juga bergantung pada tuah dan nasib. Tuah dan nasib penjudi ini pula ditentukan oleh tuan punya perusahaan perjudian. Sekiranya tuan punya perusahaan perjudian itu pemurah dan berbesar hati memberi kemenangan 10 peratus penjudi tentunya bernasib baik. Tetapi bagaimana jikalau tidak? Penjudi bakal pasti menjadi calon yang tepat sebagai pelaku jenayah dikemudiannya.
 
Secara kebarangkalian, antara jenyah yang boleh dan bakal dilakukan oleh penjudi yang tuah dan nasibnya yang telah ditentu takdirkan buruk oleh tuan punya perusahaan perjudian adalah seperti berikut;
 
1. Menerima suapan, sogokan dan rasuah
 
2. Pecah amanah dan penggelapan wang atau dana
 
3. Melakukan jenayah kekerasan - pecah masuk dan rompakan - bersenjata atau tanpa senjata, secara berkumpulan atau satu-dua
 
4. Melakukan jenayah jalanan - ragut dan samun
 
5. Melakukan jenayah keganasan rumah tangga
 
Bagaimana kalau sang penjudi itu - yang ditakdir tentukan buruk tuah dan nasibnya oleh tuan punya perusahaan perjudian dan menjadi pelaku jenayah - terdiri daripada mereka-mereka yang berlatar belakangkan;
 
1. Ahli politik - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terutamanya
 
2. Penjawat / kakitangan awam dan swasta
 
3. Pegawai penguatkuasa undang-undang - pegawai polis dan jabatan kastam terutamanya
 
4. Pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan
 
Membanteras perjudian haram tetapi tidak bukan perjudian haram hanya mendatangkan kesifatan yang bersifat ironi. Akal dan fikir yang jernih dan sihat tentunya tidak akan menerima bulat-bulat secara mutlak: Perjudian tidak bersifat haram sekiranya mendapat "perkenan" pihak yang berwenang - Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan.
 
Membanteras perjudian secara keseluruhan tanpa mengira sama ada ia bukan perjudian haram atau tidak asalkan ia perjudian adalah lebih baik. Walaupun mendatangkan kesan terhadap perolehan hasil cukai kerajaan yang memerintah dan ekonomi negara, tetapi pada masa yang sama ia dapat mencegah salah satu barah antara barah-barah yang sememangnya mendatangkan masalah kepada masyarakat dan rakyat keseluruhannya - jenayah.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.