Skip to main content

Kenapa Bersih pro Pakatan

Bersih dan Pakatan, kedua-duanya inginkan pilihanraya bersih dan adil di negara ini. Bagi Bersih (1) bersihkan senarai undi, (2) reformasikan undi pos, (3) gunakan dakwat kekal, (4) akses media bebas dan adil, (5) hentikan rasuah (6) politik kotor membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana.


Bagaimana pula dengan Pakatan? Adakah melalui pilihanraya bersih dan adil sahajalah yang membolehkannya memenangi pilihanraya, pilihan raya umum terutamanya, dan membentuk kerajaan persekutuan?

Andaikanlah Bersih berjaya mencapai matlamat perjuangannya. Pilihanraya bersih dan adil pun terlaksana dengan sendirinya. Pakatan masih juga gagal memenangi pilihanraya, pilihan raya umum terutamanya. Apakah faktor penyebabnya? Akan sentiasa ada kebarangkalian.

Bersih dan Pakatan adalah dua entiti yang berbeza. Tetapi kedua-duanya saling pro di antara satu sama lain. Terutamanya dalam hal dan perkara yang bersifat politikal - pasif mahupun aktif. Jika dilihat pada perhimpunan-perhimpunan Bersih secara keseluruhan, Pakatan tidak pernah tidak terlibat atau tidak turut serta dalam kesemua perhimpunan anjuran Bersih.

Bagi Bersih Pakatan adalah mangsa (1) parti politik kerajaan yang memerintah dan (2) institusi awam dan bukannya (3) mangsa rakyat. Kegagalan Pakatan memenangi pilihanraya, pilihan raya umum terutamanya, berpunca daripada faktor rasuah dan politik kotor yang dicatur oleh parti politik kerajaan yang memerintah.

Tidak mustahil bagi Bersih kegagalan Pakatan memenangi pilihanraya, pilihan raya umum terutamanya, bukannya disebabkan "rakyat tidak mahu pangkah" Pakatan. Tetapi disebabkan pengaruh dan ugutan secara halus parti kerajaan yang memerintah terhadap "rakyat yang mahu pangkah" Pakatan.

Bersih, bagi Pakatan pula bagaimana? Tentunya bagi Pakatan Bersih adalah "rakan kongsi" yang perlu diberi "perhatian khusus." Selain boleh dijadi-gunakan sebagai "pilot-test-platform" dalam berhadapan kebarangkalian dan kemungkinan politik luar jangka yang sukar ditafsir tetapi mudah diramal.

Dalam memperjuangkan pilihanraya bersih dan adil, Bersih mahu atau tidak terpaksa bergandingan dengan entiti politik bagi membolehkannya bergerak. Bersih sememangnya akur bahawa sekiranya ia bergerak secara tunggal yakni tanpa gandingan entiti politik agenda perjuangannya bakal statik dan menemui ajal gagal.

Untuk bergandingan dengan entiti politik, atau entiti yang bersifat politik kenapa Bersih memilih Pakatan? Atau bergandingan dengan entiti-entiti lain yang memiliki senjata politikal seperti Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).

Antara kebarangkalian yang berasas kenapa Bersih pro Pakatan ialah: Bersih dan Pakatan memiliki faham gagasan yang sama dalam mencapai pilihanraya bersih dan adil di negara ini.

Jika dibuat padanan untuk mencari titik persamaan di antara lapan agenda utama yang diperjuangkan Bersih dengan beberapa kandungan kerangka asas pertama Dasar Bersama Pakatan Rakyat - Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat - hasil padanannya adalah positif.

Lapan agenda yang diperjuangkan Bersih ialah;

1. Bersihkan senarai undi

2. Mereformasikan undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

4. Akses media bebas dan adil

5. Masa kempen minima 21 hari

6. Kukuhkan institusi awam

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor

Antara kandungan kerangka asas pertama Dasar Bersama Pakatan Rakyat - Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil) - yang dimetrai semasa Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 ialah;

1. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

2. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

Comments

Unknown said…
Hi I found your site by mistake when i was searching yahoo for this acne issue, I must say your site is really helpful I also love the design, its amazing!. I don’t have the time at the moment to fully read your site but I have bookmarked it and also add your RSS feeds. I will be back in a day or two. thanks for a great site custom website development company.

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.