Skip to main content

Golongan intelektual di Malaysia

Golongan intelektual di Malaysia boleh diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu". Kebanyakan golongan intelektual ini seiring dan senada, dan seia dengan apa yang dilaungdengungkan oleh badut-badut kuasa pemerintahan dan sang penguasa. Amat jarang golongan intelektual ini lantang bersuara dan membangkang, dan mengkritik setiap apa yang dilaung dengungkan oleh pemerintah, yang jelas dan terang ialah golongan intelektual ini hanya "mengangguk tanda setuju". Jika dibuat perbandingan secara rawak mahupun terperinci diantara golongan intelektual di Malaysia dengan golongan intelektual di negara-negara yang mengamalkan sistem semi-demokrasi, jurang perbezaannya amat dalam bak jurang laut Mariana.


Amnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke arah pembangunan dan berusaha keras untuk mencapai status negara maju samada pada tahun 2020 atau 2057. Pembangunan yang ada di Malaysia hanyalah berkisar pada pembangunan infrastruktur semata-mata dan bukan pada konsep pembangunan sosial, ekonomi, dan politik apatah lagi pembangunan insaniah tetapi ia seringkali dimanipulasikan dengan pembangunan sosial, ekonomi, dan politik atau dengan nama pembangunan menyeluruh. Di Malaysia, ketiga-tiga konsep pembangunan ini masih lagi berada dalam keadaan statik dan belum menunjukkan tanda-tanda perubahan positif. Hal sedemikian berlaku kerana wujudnya sindrom "pemimpin dan dipimpin," dan sindrom "bisu senyap diam."

Sindrom pemimpin dan dipimpin adalah merujuk kepada keadaan pemimpin ditampuk pemerintahan mengandaikan diri mereka sebagai orang yang berkuasa untuk memimpin yang dipimpin dengan mengandaikan diri sebagai orang yang diberi kuasa oleh rakyat setiap selang 5 tahun melalui Pilihan Raya Umum (PRU). Oleh yang demikian dari sudut teknikal dan bukannya sudut logik, pemimpin-pemimpin dipemerintahan telah menjalankan kuasa sebagai pemimpin kerana mereka mempunyai kuasa sebagai pemimpin dan bukannya menjalankan kuasa sebagai pemimpin atas nama rakyat yang memberikan mereka mandat dan kuasa memimpin.

Kesan daripada pemimpin dan dipimpin ini akhirnya telah melahirkan satu situasi yang akan berakar sampai bila-bila masa selagi sistem pemerintahan manusia sesama manusia masih diamalkan di atas muka bumi ini. Situasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah situasi "menurut orang besar" tanpa banyak bicara apatah lagi menyoal secara kritis bak sang intelektualis. Dalam banyak perkara, terutamanya sesuatu yang melibatkan pemikiran kritikal dan analitikal apatah lagi ia berkait rapat atau secara langsung dengan sistem yang digunapakai oleh kerajaan sang penguasa, golongan intelektual biasanya tidak boleh mempertikai, mengkritik, membidas, apatah lagi menunjuk ajar sang badut-badut kuasa termasuk sang penguasa sendiri.

Walaupun dunia sering kali didengungkan dengan mantera "pengetahuan itu kuasa," tetapi pada realitinya pengetahuan itu tidak boleh mengatasi kuasa. Begitu juga halnya dengan golongan intelektual. Golongan ini mempunyai pengetahuan tetapi tidak mempunyai kuasa, sebaliknya golongan sang badut-badut kuasa dan sang penguasa mempunyai kuasa dan berpengetahuan tetapi tidak tahu memparaktikan pengetahuan berasaskan hak dan batil, dan halal dan haram. Ini seterusnya akan membawa kepada keadaan pemimpin dan dipimpin yang mana orang yang berkuasa menjadi pemimpim dan orang yang bepengetahuan akan dipimpin atau terpimpin. Keadaan ini seterusnya membawa kepada sindrom "senyap bisu diam."

Sindrom senyap, bisu, dan diam adalah legasi daripada sindrom pemimpin dan dipimpin. Sindrom ini merujuk kepada situasi atau keadaan yang mana manusia sebagai makhluk yang diberikan nikmat bersuara atau kebolehan bersuara diam seribu satu bahasa atau menikus seribu bahasa apabila diherdik oleh sang badut-badut kuasa dan sang penguasa kerajaan yang memerintah. Apabila golongan ini mulai bersuara atas nama rasional dan relevan maka pelbagai cara senyap lagi seni digunakan agar golongan ini hanya menjadi "peng-ia" kepada sang badut-badut kuasa dan sang penguasa.

Sekiranya sang penguasa ingin melancarkan serangan indoktrinasi melalui ruang pendidikan dan media maka golongan intelektual hanya layak menjadi sebagai alat yang memberi penerangan dan selok-belok tentang apa yang diingini oleh sang penguasa kerajaan yang memerintah. Sekiranya golongan intelektual ini bangkit bersuara serta mempunyai asas yang rasional dan relevan untuk memantapkan hujah, maka golongan ini akan mendapat "kad merah" serta mendapat "bye" daripada kerajaan sang penguasa.

Di Malaysia, walaupun golongan intelektual majoritinya berada dibawah jari telunjuk sang penguasa, namun masih terdapat lagi golongan intelektual yang bersikap "fear no evil." walaupun sering mendapat tekanan secara seni daripada kerajaan sang penguasa, golongan minoriti ini tetap lantang bersuara dan tidak pernah ambil kisah dengan apa yang akan bakal berlaku keatas diri mereka. Ini adalah disebabkan oleh mantera "pengetahuan itu kuasa" dan sikap "fizikal yang dipenjara bukannya mental."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.