Skip to main content

"Rampas" tanah rakyat: Siapa dan bagaimana?

Tanah rakyat sama ada diambil atau "dirampas," atau "diambil-rampas," kesimpulannya adalah rakyat sudah tidak mempunyai tanah lagi. Akan tetapi, benarkah rakyat memiliki tanah dalam erti kata yang sebenar? Apakah rakyat, marhaen terutamanya, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tanah rakyat juga adalah miliknya? Atau "tanah rakyat" hanya sekadar nama di atas kertas urusan rasmi? Urusan rasmi siapa?


Apakah wajar, rakyat yang tidak memiliki tanah, marhaen terutamanya, perlu terlebih dahulu mendapatkan hak atau geran tanah daripada pihak berkuasa - kerajaan yang memerintah - untuk memiliki tanah rakyat? Kenapa tidak diberikan sahaja tanah rakyat berserta geran tanah kepada rakyat, marhaen terutamanya, yang tidak memiliki tanah?

Isu rampas tanah rakyat sudah menjadi sesuatu yang lapuk untuk dipolemikkan hari ini atau hari seterusnya. Tetapi ia adalah modal politik yang cukup lumayan untuk diketengahkan. PAS Kelantan "rampas" tanah rakyat?, merupakan isu yang sedang ligat diputarkan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mendakwa bahawa masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil N45 Galas yang akan berlangsung pada 4 November ini.

Persoalan siapa "rampas" tanah rakyat perlu dikupas secara tuntas walaupun ia menyentuh sensitiviti pihak yang tertentu, pihak berkuasa terutamanya. Bagaimana pula boleh dikatakan bahawa pihak berkuasa berpuncanya tanah rakyat "dirampas" sehingga "siapa" itu merujuk kepada pihak yang berkuasa? Siapa pula pihak berkuasa itu? Adakah ia pihak kerajaan yang memerintah? Atau, adakah ia merujuk kepada pihak kerajaan yang memerintah? Atau...

Selain merujuk kepada pihak kerajaan yang memerintah, ia juga merujuk kepada orang perseorangan atau kumpulan yang kecil bilangannya yang memiliki kuasa memberi perintah dan membuat orang lain ikut perintah - authority. Orang perseorangan atau kumpulan yang kecil bilangannya, yang memiliki authority, kelazimannya berada di dalam lingkungan (1) Politik, (2) Ekonomi, (3) Politik-Ekonomi, dan (4) Ekonomi-Politik.

Berikut adalah keterangan rujukan bagi istilah (1) Lingkungan Politik, (2) Lingkungan Ekonomi, (3) Lingkungan Politik-Ekonomi, dan (4) Lingkungan Ekonomi-Politik.

(1) Lingkungan Politik

Adalah merujuk kepada animal politics sama ada animal politics parti kerajaan yang memerintah atau pembangkang. Mempunyai jawatan atau jabatan politik peringkat kerajaan pusat atau negeri. Umumnya terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

(2) Lingkungan Ekonomi

Adalah merujuk kepada orang perseorangan, atau kumpulan orang perseorangan, atau perkongsian yang menjalankan kegiatan atau aktiviti yang bersifat ekonomi seperti hartanah, perusahaan dan sebagainya. Umumnya terdiri daripada ahli perniagaan dan usahawan.

(3) Lingkungan Politik-Ekonomi

Adalah merujuk kepada (1) Lingkungan Politik tetapi pada masa yang sama bersifat (2) Lingkungan Ekonomi. Animal politics - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang mana pada masa yang sama menjalankan kegiatan atau aktiviti yang bersifat ekonomi adalah tergolong dalam lingkungan ini.

(4) Lingkungan Ekonomi-Politik

Adalah merujuk kepada (2) Lingkungan Ekonomi tetapi pada masa yang sama bersifat (1) Lingkungan Politik. Ahli perniagaan atau usahawan yang menyertai lapangan politik, yang mana pada masa yang sama memiliki jawatan atau jabatan politik - ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri - adalah tergolong dalam lingkungan ini.

Dalam dunia jenayah, jenayah akan berlaku apabila ada (1) penjenayah, (2) mangsa, dan (3) ruang dan peluang. Tanpa keadaan tersebut jenayah tidak akan berlaku. Dalam "merampas" tanah rakyat, lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) berpotensi menjadi pelaku. Kempat-empat lingkungan ini, selain memiliki authority, juga mempunyai kuasa untuk membuat penawaran dan permintaan - supply and demand - terhadap mana-mana pihak seperti penjawat awam / pegawai kerajaan dan golongan profesional seperti peguam, akauntan, dan sebagainya.

Bagaimana pula tanah rakyat boleh diambil atau "dirampas," atau "diambil-rampas" oleh keempat-empat lingkungan ini - lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4)? Sedangkan pihak kerajaan yang memerintah senantiasa membela rakyat daripada dianiaya atau teraniaya oleh lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) ini.

Berbalik semula kepada dunia jenayah, tanpa (1) penjenayah, (2) mangsa, (3) ruang dan peluang, jenayah tidak akan berlaku. Dalam persoalan "rampas" tanah rakyat, yang mana pelaku yakni lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) dengan sendirinya mengetahui bahawa (2) mangsa adalah rakyat marhaen yang tidak memiliki apa-apa kuasa apatah lagi dalam membela diri daripada aniaya. Sebagai pelaku, lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) seterusnya memerlukan (3) ruang dan peluang. Bagaimana pula hendak mendapatkannya?

(3) Ruang dan peluang yang sukar atau tipis selalunya menghampakan pelaku jenayah. Dalam persoalan "rampas" tanah rakyat, yang mana pelaku yakni lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4), memiliki authority di samping kuasa membuat penawaran dan permintaan - supply and demand. Authority dan kuasa membuat penawaran dan permintaan yang ada biasanya digunakan sebagai apparatus untuk mendapatkan (3) ruang dan peluang.

Dalam persoalan "rampas" tanah rakyat, (3) ruang dan peluang yang diperlukan oleh lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) - pada masa yang sama ada di tangan lingkungan (1), lingkungan (3), lingkungan (4) sendiri -, penjawat awam / pegawai kerajaan, dan golongan profesional seperti peguam, akauntan, dan sebagainya. Walaupun lingkungan (2) - lingkungan ekonomi - yang sebenarnya "ketua badut" dalam "merampas" tanah rakyat tetapi lingkungan (1), lingkungan (3), dan lingkungan (4) juga mempunyai potensi "merampas," selain daripada memberi kerjasama atau memberi bantuan.

Bagaimana pula dengan penjawat awam / pegawai kerajaan dan golongan profesional? Bukankah (3) ruang dan peluang yang diperlukan oleh lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) untuk "merampas" tanah rakyat, ada di tangan mereka? Pada kebiasaannya, penjawat awam / pegawai kerajaan hanya memainkan peranan sebagai pemberi kerjasama atau bantuan, itu pun kalau sudah menerima imbuhan atau suapan atau kedua-duanya sekali daripada lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4) - lingkungan (2) terutamanya.

Manakala golongan profesional seperti peguam dan akauntan pula berperanan sebagai connexiteit atau medeplichtige bagi melicinkan urusan rasmi "merampas" tanah rakyat untuk mengelakkan kewujudan keraguan dikemudiannya. Juga agar supaya urusan rasmi "merampas" tanah rakyat tidak dipersoal atau dipersulit oleh undang-undang buatan manusia untuk satu jangka masa yang tertentu. Melainkan, urusan rasmi "merampas" tanah rakyat yang mana pelakunya, lingkungan (1), lingkungan (2), lingkungan (3), dan lingkungan (4), terbongkar dengan sendirinya walaupun tidak dibongkar.

Tanpa kerjasama atau bantuan penjawat awam / pegawai kerajaan, golongan profesional, pun, urusan rasmi "merampas" tanah rakyat boleh berlaku. Kerjasama di antara animal politics - lingkungan (1) - dan ahli perniagaan atau usahawan - lingkungan (2) - adalah sudah memadai dan mencukupi. Lebih-lebih lagi ahli perniagaan atau usahawan itu adalah kroni kepada animal politics kerajaan yang memerintah. Atau, animal politics kerajaan yang memerintah itu adalah kroni kepada ahli perniagaan atau usahawan. Quid pro quo.

Bagaimana pula animal politics dilihat sebagai pemberi kerjasama atau bantuan, secara langsung atau tidak langsung, kepada ahli perniagaan atau usahawan dalam "merampas" tanah rakyat? Animal politics, sama ada yang berkedudukan sebagai menteri kabinet kerajaan pusat atau kerajaan negeri, pada masa yang sama adalah wakil rakyat. Sebagai wakil rakyat, animal politics berperanan secara mutlak sebagai penggubal dasar-dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara / negeri. Sebagai penggubal dasar-dasar kerajaan, animal politics juga mempunyai kuasa untuk menentukan "ekonomi" yang bagaimana diperlukan oleh negara / negeri.

Oleh kerana hasil pendapatan negara / negeri yakni cukai, yang mana rakyat adalah penyumbang setia walaupun tidak seberapa, senantiasa tidak mencukupi, maka para penggubal dasar - animal politics - tampil dengan idea penswastaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri (DUN). Maka apabila penswastaan dijadikan sebagai salah satu dasar utama untuk membangunkan ekonomi negara / negeri, aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan yang memerintah diserahkan kepada pemegang modal yang terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, usahawan, dan sebagainya yang telah ditentukan - kroni.

Apabila "ekonomi" menggesa kerajaan yang memerintah, melalui animal politics, untuk membuka tanah-tanah baharu agar supaya aktiviti-aktiviti ekonomi negara / negeri berkembang maju dan pesat, maka para penggubal dasar-dasar kerajaan, yakni animal politics, tidak mempunyai pilihan lain selain meluluskan "akta rampasan" tanah rakyat di Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain berdiam diri kerana setiap akta atau apa-apa yang berkaitan dengan negara / negeri, yang diluluskan di Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri (DUN) sah di sisih perundangan negara / negeri.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.