Skip to main content

Zaid-Berman, animal politics yang kecewa?

Ketua Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dulunya merupakan animal politics UMNO-BN dan Parti Keadilan Rakyat. Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Anggkap dulunya juga merupakan animal politics parti pembangkang Sabah, Bersekutu. Kedua-dua animal politics ini memilih untuk tidak "bertuan" sama ada dengan UMNO-BN mahupun Pembangkang.


Menubuhkan parti politik baru sememangnya baik untuk demokrasi tetapi tidak untuk Malaysia. Datuk Zaid Ibrahim dan Berman Anggkap memilih untuk tidak "bertuan" sama ada dengan UMNO-BN mahupun parti Pembangkang. Ia apakah kerana disebabkan kecewa terhadap UMNO-BN dan Pembangkang? Opportunist bagaimana?

Pada Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim keluar UMNO dan menyertai PKR berikutan perselisihannya dengan UMNO. Perselisihan Datuk Zaid Ibrahim dengan UMNO berpunca daripada tindakan kerajaan yang memerintah mengenakan tindakan penahanan terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 lalu.

Pada 15 November lalu, Datuk Zaid Ibrahim telah mengisytiharkan keluar PKR kerana telah hilang kepercayaan terhadap PKR keseluruhannya. Datuk Zaid Ibrahim hilang percaya dengan PKR terutamanya pucuk pimpinan, selain wujudnya manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan Parti. Pada 15 Disember lalu, Datuk Zaid Ibrahim dilantik sebagai Ketua Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang kini dikenali dengan nama Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Gerak perjalanan atau flow politik Datuk Zaid Ibrahim secara pemahaman asas ialah keluar parti-masuk parti-keluar parti- masuk parti. Jika dilihat pada gerak perjalanan politiknya, telah dua kali keluar parti dan telah dua kali masuk parti. Sudah semestinya keluar parti yang telah dua kali itu menunjukkan bahawa Datuk Zaid Ibrahim kecewa terhadap PKR sebagaimana kekecewaannya terhadap UMNO sebelum menyertai PKR.

Kekecewaan Datuk Zaid Ibrahim dengan UMNO-BN dapat dilihat melalui perselisihannya terhadap UMNO berikutan tindakan penahanan terhadap tiga individu di bawah ISA pada 2008 yang dikenakan oleh kerajaan yang memerintah, UMNO-BN. Sebagai pengamal undang-undang yang cukup berpengalaman, Datuk Zaid Ibrahim tentunya melihat tindakan kerajaan yang memerintah itu bercanggahan dengan semangat demokrasi dan hak-hak asasi kemanusiaan.

Kekecewaan Datuk Zaid Ibrahim yang seterusnya ialah dengan PKR. Kekecewaan itu dapat dilihat melalui tindakannya meletak kesemua jawatan yang disandang dalam parti pada 8 November lalu. Perletakan kesemua jawatan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Ketua de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dikatakan menjadi punca berlakunya krisis dalaman parti. Perletakan kesemua jawatan itu juga berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kegagalan pucuk pimpinan parti memberi perhatian terhadap tuduhan wujudnya manipulasi dan penipuan dalam pemilihan parti.

Apa yang boleh diperkatakan tentang Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) ialah ia adalah kesinambungan perjuangan parti Bersekutu. SPF bukanlah parti serpihan Bersekutu sebagaimana AKIM. Tambahan pula presidennya adalah mantan Presiden parti Bersekutu, Berman Anggkap.

Berman Anggkap telah membubarkan parti Bersekutu bagi membolehkannya menubuhkan SPF. Dengan "menjenama" semula parti Bersekutu, Berman Anggkap meyakini bahawa SPF dapat memainkan peranan sebagai parti yang berupaya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi sabah sejak bertahun-tahun lamanya yang gagal diselesaikan oleh UMNO-BN, terutamanya hak-hak rakyat Sabah.

Sewaktu menubuhkan SPF, Berman Anggkap telah menjelaskan bahawa keutamaan SPF ialah memulihkan semula hak-hak rakyat Sabah di samping menyelesaikan permasalahan yang dihadapi Sabah yang gagal diselesaikan oleh UMNO-BN. Berman Anggkap juga menjelaskan bahawa parti pimpinannya, SPF, tidak mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di Sabah. Namun tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya memiliki persamaan ideologi atau doktrin politik.

Sebagaimana Datuk Zaid Ibrahim, Berman Anggkap juga boleh disifatkan sebagai animal politics yang kecewa terhadap UMNO-BN Sabah walaupun parti tersebut diterajui sendiri oleh anak jati Sabah. Selain kecewa terhadap UMNO-BN Sabah, juga kecewa terhadap "Kaum Tua" Sabah kerana tidak memberi sokongan terhadap perjuangan politik yang dibawa Bersekutu. Kekecewaan "Kaum Tua" Sabah terhadap Bersekutu ini berkaitan dengan palitan "sejarah hitam" yang dipalitkan oleh mantan presiden Bersekutu, Datuk Harris Salleh, yang juga mantan Ketua Menteri Sabah pada suatu ketika dahulu.

Comments

Maya said…
kecewa kerana kepentingan diri tidak terlayan, kecewa kerana kepimpinan tidak diterima pemimpin lain dan rakyat, kecewa kerana lama berjuang harta tak mencukupi... kena pilih antara satunya utk jawab kenapa mereka sanggup jadi penentang. utk pru13, mrk sekadar mahu pecahkan undi atau calon2nya nanti akan "menjual diri" apabila "ditawar dan dibeli" pencalonannya.

sekadar pendapat.
Unknown said…
Tuan Maya

Kekecewaan yang sedemikian adalah yang terbanyak yang di"aksikan" oleh animal politics tanah air masa kini.

Namun ada juga kekecewaan kalangan animal politics yang diakibatkan oleh kerana tidak dapat menghasil kebajikan melalui politik.

Animal politic yang kecewanya sedemikian teramat sukar untuk kita cari di masa ini. Kalau ada pun jarang.

Contoh animal politics yang kecewa kerana tidak berbuat kebajikan dengan secukup mungkin melalui politik ialah Dato' Onn Jaafar dan Pendeta Za'ba. Kedua-duanya berdarah Bugis!

Adieu...

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.