Skip to main content

Belanjawan 2009: Adakah untuk rakyat atau untuk "nyawa politik" Umno/BN?

Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Ogos 2008 lepas lebih berunsur politikal jauh sekali daripada sasarannya, menjamin kesejahteraan rakyat seluruhnya. Secara teori dan praktiknya, Belanjawan Negara boleh dijadikan apparatus politik oleh kerajaan yang memerintah untuk menjamin nasib dan masa depan politik parti yang memerintah yakni Umno/BN.


Sebelum Belanjawan 2009 dibentangkan di Dewan Rakyat, kerajaan PM Abdullah seolah-olah kelihatan putus asa dan hilang akal bagaimana hendak meyakinkan semula rakyat terhadap kerajaan amnya dan Umno/BN khasnya. Umno/BN menjadi lebih malang lagi apabila mengalami “pendarahan dalaman” akibat tekanan “darah pergolakan” dalaman yang didalangi oleh juak-juak opportunist yang sentiasa berbelah bagi. “Tekanan darah” dalam Umno/BN semakin deras apabila wazir-wazir kanan Umno/BN menjadi kilang “buih mulut” tentang peralihan kuasa Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2009 di Dewan Rakyat, kerajaan Umno/BN secara rasminya membahas agenda rakyat tetapi pada masa yang sama memperlihatkan cubaan dan konspirasi memerangi Parti Pembangkang secara “perang psikologi.” Ini kerana, pada pandangan kerajaan Umno/BN, Parti Pembangkang tidak layak menjadi “jago rakyat” dan hanya kerajaan Umno/BN yang layak selayak-layaknya walaupun hampir mendapat “lampu merah” daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 lepas.
 
Seterusnya kerajaan Umno/BN cuba memperlihatkan keupayaan dan kemampuannya kepada Parti Pembangkang akan agenda rakyat. Tetapi dari sudut percaturan sama rata sama rasa, perilaku kerajaan Umno/BN boleh dilihat seperti “durian lawan timun.” Pada asasnya, Parti Pembangkang sememangnya tidak memiliki keupayaan dan kemampuan sebagaimana yang dimiliki oleh kerajaan Umno/BN. Kemampuan yang ada pada Parti Pembangkang hanyalah kemampuan memperlihatkan “magis politik” setiap kali PRU, dan keupayaan merampas kerusi Ahli Parlimen kerajaan Umno/BN di Dewan Rakyat selang lima tahun. Namun jika Parti Pembangkang berjaya merampas kerajaan pusat daripada Umno/BN, Parti Pembangkang sudah pasti memiliki keupayaan dan kemampuan seperti mana yang dimiliki oleh kerajaan Umno/BN, dan berupaya menjamin kesejahteraan rakyat.
 
Seandainya dan sekiranya kerajaan Umno/BN benar-benar ingin menjadi jago rakyat dan hendak menjamin kesejahteraan rakyat setiap waktu tanpa mengira siang atau malam, kerajaan Umno/BN perlu menunjukkan kesungguhan yang cakap serupa buat dan bukannya cakap serupa tangkap muat dan suap. Wakil-wakil rakyat Umno/BN sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerja sehingga mencapai tingkat gemilang, cemerlang, dan terbilang untuk rakyat dan bukan untuk nasib politik semata-mata. Disamping itu kerajaan Umno/BN haruslah telus dan bersih serta tidak mengalami demam korupsi apabila menjunjung titah rakyat.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.